in ,

Agust D Kembali Dengan Mixtape D-2! Suga BTS Buat Hati ARMY Tak Keruan!

Sumber gambar: twitter.com/bts_bighit

Empat tahun sudah berlalu, memang tidak dinafikan selepas terciptanya mixtape Agust D yang pertama pada tahun 2016 lalu. Suga BTS semakin lama semakin menjadi-jadi pula kegeniusannya dalam mencipta lagu yang hebat. Bukan sahaja untuk penciptaan lagu BTS dan para artis yang berkolaborasi dengannya, malah mixtape untuk dirinya yang lebih menunjukkan lagi aura Suga sebagai rapper BTS pun mendapat perhatian ARMY dan juga penggemar lagu rap dan hip-hop.

Sumber gambar: Big Hit Entertainment

Setelah empat tahun penantian para BTS ARMY utamanya yang selalu bertanya pada Suga BTS sebelum ini yang inginkan lagi mixtape Agust D yang membawa makna SUGA Daegu Town yang diterbalikkan. Dia kembali dengan D-2 yang mempunyai 10 song tracks iaitu Daechwita sebagai lagu utama, Moonlight, What Do You Think, Strange, 28, Burn It, People, Honsool, Interlude: Set Me Free dan Dear My Friend, Suga semakin menunjukkan lagi aura savage, charming, hot dan apa yang paling penting Suga BTS memang nampak sangat kacak tau dalam mixtape dia kali ini.Β 

Sumber gambar: Big Hit Entertainment

Sebelum ini, Big Hit Entertainment dan juga anggota BTS RM juga ada cuba memberi hint dan spoiler kepada ARMY di media sosial untuk comeback mixtape D-2 ini tapi semua itu menjadi tanya tanya dan ternyata semua tekaan ARMY memang betul! Jadi, bila muzik video Daechwita keluar sahaja pada di Youtube ia terus mendapat sambutan dan lebih sejuta tontonan dalam masa 2 jam sahaja! Woah! Bukan main-main ya penangan aura Agust D ini. By the way, korang dah tonton ke belum tu? Hehe!Β 

Apa yang menarik dalam muzik video Daechwita oleh Agust D dalam mixtape D-2 ini adalah Suga BTS nak tunjukkan pada semua penggemar muzik tentang muzik tradisional Korea melalui instrumen, perkusi yang ditonjolkan. Bukan itu sahaja, jalan penceritaan dalam muzik video Daechwita juga memang menunjukkan 100% budaya Korea tradisional dari segi istana, kawasan kampung dan apa yang best! Agust D siap bagi penampilan khas oleh dua orang kesayangan ARMY juga tau! Iaitu Jin dan Jungkook yang menjadi watak kameo dalam muzik video ini! Nak tahu di mana? Ha! Mereka di scene waktu Agust D terlanggar orang itu lah! Itu lah Jin dan Jungkook yang menjadi watak kameo orang kampung dalam muzik video Daechwita.

Sumber gambar: Big Hit Entertainment

Jika korang lihat pada penampilannya kali ini, memang lain daripada yang lain sebab Agust D kali ini nampak lebih hangat dan intense dengan pakaian tradisional Korea sambil rap! Siap ada luka vertical di sebelah mata kanannya tau! Dah macam watak Kakashi Hatake yang jadi guru dalam cerita Naruto Shippuden pula kan? Mesti Suga dapat inspirasi dari cerita Naruto kan? Haha!Β 

Sumber gambar: Big Hit Entertainment

Untuk pengetahuan korang juga, Suga BTS bukan satu-satunya ahli BTS yang melancarkan projek solo sebab RM dan J-Hope juga telah pernah mengeluarkan mixtape mereka sebelum ini dengan konsep mereka yang tersendiri. Korang juga boleh nampak perbezaan mixtape para rap line BTS ini sebab konsep yang dibawakan dalam mixtape RM lebih perlahan, J-Hope lebih rancak dan Suga sebagai Agust D lebih savage! Memang patutlah ramai BTS ARMY sayang sangat BTS sebab macam-macam mereka bagi ya melalui muzik!Β 

Sumber gambar: Big Hit Entertainment

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments