in ,

After School Rutin Yang Korang Perlu Buat!

Sumber gambar: seoulbeats.com

Setiap pelajar sekolah, korang mesti sudah ada rutin harian yang sendiri yang sudah dijadualkan mengikut masa korang, betul tak? Jadi, selalunya setiap hari korang buat apa sahaja selepas balik dari sekolah? Dan kebiasaannya juga, tidak semua orang yang akan balik tepat pada waktu jam pulang sekolah sebab korang ada aktiviti ko-kurikulum atau kelas tambahan. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya setiap pelajar sekolah khususnya yang bersekolah pada sesi pagi korang ada “after school routine” yang wajib korang buat tau. Ini sebab korang dah mulakan aktiviti korang betul-betul pada waktu pagi dan berbanding dengan korang bersekolah pada sesi petang biasanya korang akan ada masa untuk rehat dan lakukan hal yang lebih relax sebelum pergi ke sekolah. Jadi kami akan kongsi dengan korang “after school routine” bagaimana yang perlu korang praktikkan.

BERSIHKAN DIRI

Sumber gambar: authentic moon

Apa yang penting selepas korang jejakkan kaki di rumah selepas pulang dari sekolah adalah korang wajib bersihkan diri korang. Korang perlu mandi, buat rutin penjagaan muka dan pastikan badan korang segar sebelum buat hal seterusnya. LUNARIA rasa ramai yang akan terus bergolek atas katil pakai baju sekolah main phone dan tertidur.. No No No gaiss! Selepas ini balik sekolah make sure terus mandi okay! 

NAP: 1 JAM

Sumber gambar: favim

Seterusnya, selepas korang mandi dan bersihkan muka korang. Korang perlu ambil nap atau tidur sekejap dalam masa satu jam atau satu jam setengah. Ini sebab kalau tak, korang akan terlampau letih untuk belajar, buat homework dan ulangkaji. Jadi, rehatkan diri korang supaya korang akan dapat tenaga untuk spend baki masa harian korang dengan lebih baik. Nap sangat penting untuk badan korang berehat seketika selepas beberapa jam berjaga.. Jom bagi badan kita break time!

MAKAN DAN MINUM

Sumber gambar: kyutiemochi

Bila korang dah bangun tidur, pastikan korang makan dan minum air. Kalau korang tak nak makan pun tak apa, korang boleh sahaja ambil jus atau minum susu. Kiranya, anggap ini adalah makan petang korang sebab sekejap lagi korang perlukan tenaga untuk belajar dan ulangkaji mata pelajaran. Kalau rajin, boleh bake simple mug cake untuk treat yourself for the day.

ULANGKAJI PELAJARAN

Sumber gambar: s_dalila

Selepas korang sudah kumpul balik tenaga sebab dah makan dan minum jus atau susu. Korang bolehlah bahagikan masa untuk siapkan kerja sekolah dalam masa satu jam dan belajar dalam masa setengah jam atau satu jam. Untuk pengetahuan korang, kalau yang ini ia tergantung dengan kemampuan korang untuk belajar. Kalau korang rasa sebelum ini nilai dan skor dalam mata pelajaran korang kurang memberangsangkan, korang spend masa itu lebih sikit tetapi jika korang memang tiada masalah dalam belajar cukup sekadar kemampuan korang.

MEDIA SOSIAL TIME!

Sumber gambar: gramho

Selain dari itu, selepas korang luangkan masa untuk belajar, barulah korang boleh isi masa korang dengan bersosial di media sosial, nak tonton YouTube ke dan lain-lain pun ikut mana yang korang suka buat. See? Di sini korang saja dah nampak yang kalau korang pandai bahagikan masa, korang cukup rehat, main telefon, makan dan belajar.

NIGHT SKIN CARE ROUTINE

Sumber gambar: wellandgood

Bila dah pukul 8:00 malam atau 9:00 malam, korang bolehlah buat night skin routine seperti pakai mask atau bedak sejuk ke, buat rutin harian untuk lembutkan rambut ke, cerahkan kulit badan ke dan lain-lain sebab kalau nak pakai mask pada wajah, rambut dan lain-lain biasanya korang tak perlu buat setiap hari tetapi dua atau tiga kali seminggu. Ia tergantung pada korang untuk buat yang mana satu. Akhir sekali barulah korang boleh buat apa yang korang nak bersama keluarga ke, makan malam dan tidur.

Sebenarnya mudah sahaja nak jadi pelajar dan dalam masa yang sama korang mampu hidup secara sihat dan bahagikan masa untuk belajar dan bersosial. Masa korang pun tak adalah terlalu sia-sia terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat, setuju tak? Jadi, mungkin selepas ini kalau korang cuba ikut “after school routine” yang LUNARIA kongsi ini. Korang tidak akan ada masalah dalam hal pelajaran, tidur, makan dan lain-lain.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ciri-Ciri Kawan Yang Kita Perlu ‘Buang’

Top 5 Alasan Kenapa Parents Tidak Bagi Bercinta Waktu Sekolah