in ,

Aduh! Sakitnya Buah Dada Saya!

Sumber Gambar: http://majalahouch.com

#Lunagirls pernah rasa sakit di bahagian payu dara masa period? Rasa denyutan sehinggakan kacau mood kita seharian? LUNARIA faham sangat! Ada pelbagai sebab kenapa buah dada kita akan sakit.. lebih lagi kita di fasa remaja ni.. It’s okay girls, LUNARIA akan senaraikan beberapa sebab kenapa buah dada kita sakit!

HORMON

via GIPHY

Setiap kali nak datang bulan hormon badan kita akan berubah tau #Lunagirls! Sebab itulah mood kita sentiasa berubah.. kadang terlalu happy atau too emotional! Perubahan hormon badan juga boleh menyebabkan rasa kesakitan pada anggota tubuh kita yang lain seperti perut dan buah dada tau, ini kerana kita kekurangan hormon estrogen di dalam badan!

BRA KETAT 

Sumber Gambar: Flifestyle.analisadaily.com

Kebiasaan remaja suka pakai bra yang ketat sebab nak nampak buah dada kita lebih padat! Tapi kalau #Lunagirls nak tahu, pakai bra yang ketat tu juga boleh jadi penyebab buah dada korang sakit tau.. Sebab bra yang ketat tidak memberikan ruang kepada buah dada kita untuk bernafas! Oh no!

KAFEIN BERELEBIHAN 

via GIPHY

Sesiapa yang suka minum air berkafein ini akan lebih kerap rasa sakit buah dada! Sebab kafein  tidak begitu elok untuk kesihatan.. lagi-lagi kalau kita mengambilnya secara berlebihan! Jadi kalau korang penggemar minuman berkafein dan selalu rasa sakit di bahagian dada, korang perlu mengurangkan minum okay?

UBAT 

Sumber Gambar: http://viniyamey.blogspot.com

Ada sesetengah ubat akan menghalang badan kita untuk produce hormon estrogen di dalam badan.. Kalau korang merasa tidak selesa ketika mengambil ubat, disarankan untuk melihat kandungan ubat itu atau pun jumpa doktor okay? Mungkin korang allergic dengan ubat tersebut!

Jadi jangan sesekali berfikiran negative kalau rasa sakit di buah dada okay #Lunagirls? Check dulu sebab apa korang rasa sakit.. Tetapi sekiranya kesakitan itu ada benjolan dekat area dada korang ajak mak atau kakak untuk pergi jumpa dengan doktor segera okay?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eii! Nafas Awak Bau Telur Busuk!

Muka Cantik Tapi Almari Baju Bersepah.. Hmm..