in ,

Ada Pori Besar? Ini Cara Nak Kecilkan

Sumber gambar: www.elle.com

Cuba korang tengok muka korang kat cermin sekarang! Korang nampak muka korang macam kulit limau ke atau flawless dan licin? Kalau korang nampak sama seperti kulit limau itu, mesti kadang-kadang korang risau kan? Ala, tak perlu risau! Sebab itu cuma liang pori di muka dan untuk pengetahuan korang, ia merupakan pembukaan untuk bulu roma dan saiz bulu roma kita dan ia tergantung kepada saiz liang tersebut. Biasanya juga, ia terjadi di bahagian hidung, dagu dan pipi tetapi sebenarnya kat mana-mana bahagian muka pun boleh terjadi. Dan kalau korang ada pori yang besar-besar itu, korang mesti tertanya-tanya bagaimana cara nak kecilkan pori ini kan? Okay, kalau nak tahu jom cuba tips kami ini! Hehe

CUCI MUKA SEBELUM TIDUR

Sumber gambar: murtela cosmetic

Pastikan setiap kali sebelum tidur korang cuci muka korang. Sebab korang sudah cuci guna pencuci muka dua kali sehari. Sebelum tidur itu nak cuci tanpa facial wash pun tak apa. Pastikan korang cuci dengan menggunakan air yang suam atau sejuk. 

SCRUB MUKA BAHAGIAN T-ZON

Sumber gambar: cheatsheet

Setiap minggu, korang wajib scrub muka korang dua atau tiga kali. Utamakan bahagian T-zon korang iaitu bahagian pada muka yang membentuk garisan huruf T satu di bahagian dahi yang menghubungkan kedua kening, seterusnya bahagian tengah kening turun melalui hidung ke dagu, seolah-olah membentuk satu huruf T itu adalah area yang penting untuk muka korang sebab pori lebih cepat terbuka di situ.

SKINCARE ADA RETINOL

Sumber gambar: theskincareedit

Untuk pengetahuan korang, produk yang mengandungi kandungan retinol ini memang terbaik untuk kulit korang sebab ia akan buang segala kulit mati korang dan dalam masa yang sama ia akan kawal pengeluaran sebum dari kulit.

SELALU DOUBLE CLEANSE

Sumber gambar: allure

Selalu pastikan setiap malam korang buat double cleansing muka korang. Double cleanse itu bermaksud kita cuci muka kita sebanyak dua kali. Yang pertama dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product. Teknik ini dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya korang mencuci muka sekali sahaja.

TUAM AIS

Sumber gambar: quora

Ais adalah cara yang paling efektif untuk kecilkan pori-pori di kulit muka. Caranya, korang cuma ambil beberapa ketul ais kiub dan balutkannya dalam tuala kecil. Tuamkan pada muka korang khususnya di kawasan paling besar porinya secara berulang kali. Korang juga disarankan untuk melakukan petua ini setiap kali sebelum bersolek. Mesti korang akan kagum dengan hasilnya lama-lama nanti.

Selepas ini, mungkin kalau korang dah cuba liang pori di muka korang akan lebih kecil dan lama-lama muka korang akan nampak lebih licin. Bukan setakat itu, muka korang pun akan susah untuk tumbuh jerawat. Iya lah antara faktor jerawat pun adalah liang pori besar itu. Jadi cuba korang praktikkan dengan rutin yang kami kongsi ini dan nanti share dengan kami okay

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aksesori Yang Buat Korang Nampak Extra Cute!

Idea Menu Masakan Untuk Hujung Minggu