in ,

Ada Lelaki Suka Kat Kita? Macam Mana Nak Detect?

Sumber gambar: youtube.com/SianJudd

Suka pada seseorang adalah sesuatu yang sudah menjadi fitrah pada semua orang. Tak salah pun kalau korang nak suka pada sesiapa asalkan korang jangan mengganggu hidup mereka sampai mereka tidak selesa, betul tak? Biasanya, kalau perempuan suka seseorang mereka lebih suka simpan perasaan dan lama sikit baru mereka akan confess pada crush mereka tetapi kalau lelaki, mereka ini akan nampak lebih obvious dan jom kita tengok apa sahaja tanda lelaki suka pada kita, macam mana nak tahu dan detect.

TAK TAHAN SENYUM

Sumber gambar: jessjinny

Setiap kali mereka tengok atau nampak korang, confirm mereka tidak tahan untuk senyum. Selain daripada tersenyum, mata mereka akan selalu tengok kemana sahaja korang pergi. Woah! Sweet betul! Mungkin mereka risau takut apa-apa jadi pada diri korang? Nampak tak betapa caringnya mereka pada korang? Dan kalau korang perasan ada yang buat perangai macam ini pada korang, hmm! Jangan tercyduk ya! Hehe!ย 

CUBA MENDEKAT ATAU MENJAUH

Sumber gambar: Jo Gozon

Lelaki ini, kalau korang nak tengok sama ada dia dah jatuh hati dengan korang ada dua cara juga cara mereka ekspresikan perasaan mereka iaitu dengan berusaha mendekati diri korang supaya dia boleh ambil hati korang. Selain dari itu, boleh jadi juga mereka akan cuba menjauhkan diri mereka dari diri korang sebab mereka malu-malu kucing dengan korang. Eh! Lelaki pun ramai yang pemalu juga tau!ย 

SUKA PERHATI

Sumber gambar: vmindaily

Hmm! Mereka tak akan pernah berhenti untuk memerhatikan diri korang dari jauh. Ala, sama macam korang yang perempuan juga, mesti korang suka perhatikan crush korang dari jauh kan? Bukan setakat itu saja, boleh jadi mereka suka tengok media sosial korang dan akan berikan respons paling laju kalau nak compare dengan followers korang yang lain.

CARA BERCAKAP BERBEZA

Korang akan nampak cara lelaki itu berborak dengan korang sebab ia memang berbeza dan nampak agak lebih istimewa. Contohnya, sebelum ini dengan kawan-kawan dia seorang yang sangat membosankan tapi bila depan korang saja dia boleh jadi seorang kelakar dan memang boleh masuk satu kepala dengan korang. Kalau yang banyak cakap pula, boleh jadi dia akan berubah jadi seorang yang sangat pemalu dan manja. Hehe! Kemain ya korang!ย 

CUBA UNTUK SUKA APA YANG KORANG SUKA

Sumber gambar: the conversation

Lelaki akan nak ambil tahu tentang diri korang dengan lebih banyak, lebih lagi benda yang korang suka. Contohnya, kalau korang suka muzik K-Pop, dia akan cuba suka K-Pop, kalau korang suka seni dia pun akan cuba suka seni. Ini sebab dia akan cuba tunjukkan minatnya dan akan cuba bersifat lebih terbuka sebab dah angau dengan korang. Ha gitu…

HEBOH DENGAN KAWAN

Sumber gambar: IB Times

Ini sudah pasti mereka akan buat, iaitu kecoh dengan kawan-kawan dia dan selalu bercakap tentang diri korang. Kalau boleh satu dunia dia nak beritahu tentang diri korang yang korang ini comellah, cantiklah, pandailah, kelakarlah dan lain-lain. Mereka sangat berbangga yang mereka crush pada diri korang dan percaya atau tidak, lambat-laun kawan mereka akan suruh si lelaki ini pergi confess pada diri korang as soon as possible.

Jadi, kalau korang nampak salah satu tanda ini pada mereka, maknanya mereka ada hati pada diri korang atau memang nak jadi kawan dengan korang. Mana tahu, salah seorang dari mereka adalah crush korang?! Alamak! Kan dah tercyduk hati korang sama-sama nanti! Hehe!ย 

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. smua tu ad tpi knp respon dia mcm taik๐Ÿ˜‘ aq ad la main satu game kt ws, yg sruh smbung lps hruf h tu apa and at the end jwpn dia mcm acuh x acuh ja..sumpah aq kena muvon๐Ÿ˜”๐ŸคŸ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Menarik Dekat Dalam Petrosains Ni?

Check List Barang Sekolah Yang Korang Perlu Beli