in ,

Ada Kulit Limau? Jangan Buang Please!

Sumber Gambar: www.hakuhodo-global.com

Chinese New Year lagi dua minggu.. Yay! #Lunagirls tak sabar nak cuti tak? Hihi! Eh! Tahun baru cina ni mesti korang akan dapat limau mandarin kan? Sedapnya kalau buat jus minum sejuk-sejuk! Tapi #Lunagirls selain daripada kita makan dan minum buah limau tu, kulit dia ni pun ada khasiat rahsia  untuk kita tau! Antaranya ialah..

ATASI BAU MULUT 

Sumber Gambar: https://www.jelasberita.com

Bau mulut adalah satu benda yang ramai takut terjadi pada mereka! Walaupun kadang-kadang dah pelbagai tips and tricks dah cuba buat untuk hilangkan bau mulut tapi masih tak berjaya! But it’s okay #Lunagirls, apa kata korang cuba kunyah kulit limau yang masih segar tu.. Boleh buat sekerap mungkin sampai hilang bau-bau tak syok tu okay?

MERAWAT BATUK 

Sumber Gambar: https://palapanews.com

Bila kena makan ubat batuk, ramai akan cuba mengelat sebab tak sedap! Haha! Ha! Apa kata #Lunagirls cuba tricks rawat batuk korang dengan kulit limau! Senang je tau caranya.. korang kena keringkan kulit limau itu selama 15 minit, dan rebus! Lepas tu, jangan lupa tambah halia sikit dan gula merah! Make sure korang minum air tu masih suam ya, barulah tekak rasa lebih selesa!

ASMA 

Sumber Gambar: http://www.gempak.com

Untuk korang yang mempunyai masalah sesak nafas atau asthma, jom cuba rawat menggunakan kulit limau mandarin! Ambil kulit limau, rendam di dalam air panas dan tambahkan sedikit gula untuk rasa manis-manis sikit! Minum ketika suam juga tau! Cara ini akan bantu untuk buka ruang pernafasan korang!

TAMBAH SELERA MAKAN 

Sumber Gambar: https://www.thestar.com

 Untuk #Lunagirls yang kurang selera makan, korang boleh cuba keringkan kulit limau, lepas tu rendam dalam dalam air panas dan tambah sikit daun teh. Rasa limau tu sendiri yang akan triggered korang untuk rasa lapar dan meningkatkan selera makan tau! Kalau mula rasa tak sedap badan, korang cuba cara ni okay?

MERAWAT GIGI SENSITIF

Sumber Gambar: http://www.tribunnews.com/

#Lunagirls ada masalah gigi sensitif? Kulit limau boleh tolong korang! Yass! Apa yang korang perlu buat hanya rendam je kulit limau mandarin dalam air panas dan minum! Senang kan? Lepas ni boleh makan aiskrim dan minum air sejuk bila-bila masa! Hehe!

Kalau #Lunagirls nak tahu buah limau sangat popular dengan khasiat vitamin C untuk kulit, tapi sekarang bukan buah je kita boleh makan, kulit limau pun elok untuk kesihatan kita tau! Siapa buah limau lover dekat sini? Kita geng! HIhi!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kena Buat Presentation Depan Satu Kelas? Alamak!

Eww! Ada Ke Orang Nak Share Panties?