in , ,

Ada Cikgu Tak Suka? Ini Korang Perlu Buat!

Sumber gambar: http://www.dramabeans.com/
Sumber gambar: Lunaria.com

Hmm kenapalah cikgu asyik nak marah aku je? Benda itu bukan salah aku pun dia still nak nampakkan macam semuanya salah aku. Haihh, sedihlah macam ini.

Alaa kenapa guys? Apa yang buatkan korang rasa cikgu tak suka dengan korang? Maybe korang sendiri ada buat salah dengan dia tak? Sebab itu cikgu marah korang? But actually ada je situasi seperti ini berlaku sebab cikgu pun manusia biasa. Mesti ada sebab kenapa mereka bersikap sebegitu dengan korang. Tak ada satu pun cikgu yang benci dengan pelajar dia. Don’t worry okay boys and girls, Ainaa ada a few tips yang boleh korang gunakan untuk dapatkan semula hati cikgu dengan cara…

TANYA CIKGU TERUS

Image result for jumpa cikgu
Sumber gambar: kisahdunia.com

Kata orang malu bertanya sesat dijalan. Sama juga dalam isu ini, selagi korang tak tanya dekat cikgu apa salah yang korang buat, selagi itu masalah tak selesai. Jangan takut, pergi je tanya dia mungkin by that time dia akan bagitahu puncanya. Kalau takut nak pergi jumpa cikgu seorang diri, ajak kawan yang lain sekali. Tapi make sure jangan jumpa dekat bilik guru, sebab takut nanti cikgu lain salah faham pula. Cari tempat yang sesuai dekat dalam kawasan sekolah.. Maybe dekat taman sekolah atau kerusi yang sesuai. Waktu itu buatlah sesi luahan perasaan sikit, barulah korang tahu puncanya.

AMBIL HATI

via GIPHY

Tak bermaksud kalau kita nampak orang tak suka kita, kita pun kena tak suka dia juga. Keburukan boleh je dibalas dengan kebaikan. Dalam hal ini, korang boleh cuba untuk ambil hati cikgu. Contohnya kalau nampak dia bawa banyak buku, tolong je tanpa rasa malu. Even dia akan menolak pertolongan sekali pun, korang berkeras juga untuk tolong supaya dia nampak yang koranG sebenarnya bukan budak nakal pun. Dalam masa yang sama, cuba selalu senyum atau bagi salam setiap kali lalu sebelah cikgu. Hati manusia ini akan lembut kalau kita pun berlembut dengan dia. Ingat, senyum dekat cikgu tau, bukan dekat crush. Opss!

BUKTIKAN DENGAN RESULT YANG BAGUS

Image result for good result spm
Sumber gambar: www.infopelajar2u.com

Since korang dapat rasa yang ada cikgu macam tak suka dengan korang, why not korang buat something yang boleh terus mengubah fikiran dia terhadap korang. Ya, kita belajar untuk masa depan diri sendiri. Tapi bonus point juga untuk buktikan pada cikgu yang korang sebenarnya bukan macam yang dia fikirkan selama ini. Tak kisahlah korang nak buktikan dengan result exam hujung tahun atau SPM sekali pun! Baru cikgu dah tak fikir negative tentang korang. But still jangan buat sesuatu untuk puaskan hati orang lain ya. Kita tak boleh nak puaskan hati sesiapa kecuali hati sendiri.

BUAT TAK TAHU

via GIPHY

Perasaan kita kadang-kadang bukannya 100% betul. Maybe korang rasa je yang cikgu itu tak suka korang, tapi hakikatnya dia tak ada apa-apa masalah pun dengan korang. Jangan sebabkan perasaan salah faham sampai korang sendiri tak bertegur dengan cikgu pula ya. Tak baik tau sebab cikgu umpama lilin dalam hidup kita sebagai pelajar. Think positive, maybe cikgu tersebut memang jenis pandang semua orang dengan pandangan garang sebab ada je orang yang jenis macam itu tau. Apa pun, korang jangan sesekali ada perasaan benci pada cikgu ya.

Kalau pengalaman sendiri, dulu dekat sekolah Ainaa memang nakal sikit so tak dinafikanlah kalau ada cikgu yang pelik dengan perangai Ainaa. Tapi apa yang Ainaa buat ialah Ainaa cuba untuk buat baik dengan semua cikgu. Senang je, kalau jumpa mereka just senyum dan bagi salam. Itu pun dah buat cikgu rasa seronok walaupun sebelum ini dia rasa kita nakal sangat, hehe! Hormati cikgu okay sebab mereka yang beri ilmu pada kita semua!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Best Deepavali Yang Boleh Share Dengan Kawan

Ramai Cair Bila NCT Nyanyi Lagu Cinta Luar Biasa