in ,

Ada Cikgu Baru? Okay Jom Kita Cuba Rapat

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=nlknoj0eCro

Uishh! Cikgu baru ni garang betul la. Sikit-sikit nak marah, tak siap kerja sikit, asyik nak rotan je. Mesti ada cara nak buat cikgu ni cool down sikit…

Ehemm, ada yang tengah rungsing ke tu bila berdepan dengan cikgu baru? Okay tenang #Lunagirls sebab Ainaa akan share dekat korang a few step untuk korang buat cikgu yang garang macam singa tu cool down sikit. BTW Ainaa pernah cuba cara ni waktu dekat sekolah dulu dan tips ni sememangnya berkesan.

BANYAK BERTANYA ATAU JAWAB SOALAN

Sumber gambar: http://www.letsdevelopphilly.com/single-post/2017/11/22/This-Holiday-Season-Play-the-Curiosity-Game

First step korang cuba banyakkan tanya soalan waktu dalam kelas everytime dia habis mengajar. Selalunya Cikgu mesti akan tanya respond kita setiap kali dia habis mengajar untuk make sure students betul-betul faham apa yang dia ajar. Dekat sini korang boleh mainkan peranan untuk selalu bertanya atau jawab soalan yang dia bagi. Kalau korang selalu jawab atau tanya soalan, cikgu tu mesti akan notice korang.

FOKUS DALAM KELAS

Sumber gambar: https://www.homeworkhelpglobal.com/ca/blog/how-to-stay-focused-in-class/

Fokus dalam kelas ialah benda yang paling penting sekali setiap kali cikgu tengah mengajar dekat depan. Kalau korang dah tahu cikgu tu jenis yang pantang students bising, jangan la main dekat belakang. Make sure fokus sungguh-sungguh, bukannya jasad dekat kelas tapi jiwa dekat kantin pula ya. Mesti cikgu baru tu rasa happy bila ada student yang pay attention dalam kelas.

SABAR 

via GIPHY

Baru lepas kena marah dengan cikgu tu? It’s okay chill and relax okay girls, jangan marah tau. Kalau korang bertenang, cikgu pun akan rasa serba salah untuk terus marah korang. Yang penting, lepas kena marah tu korang mengaku salah dan minta maaf. But still bergantung pada punca utama kenapa dia marah korang la. Let say salah tu bukan berpunca daripada korang, cuba untuk explain baik-baik, mesti dia akan faham.

SIAPKAN HOMEWORK

via GIPHY

Cikgu mana yang tak happy bila ada students yang selalu siapkan homework? So, kalau nak bagi cikgu yang garang macam harimau tu bertukar macam kucing, better selalu siapkan homework. Korang bukan je dah ikut cakap dia tapi dah laksanakan tanggungjawab as a student. Maybe after this, kalau cikgu tu tahu yang korang serajin ni, mesti dia akan kurang garang dengan korang. Silap haribulan boleh jadi favourite student cikgu tu.

BUAT BAIK TIAP MASA

via GIPHY

Ainaa bukan la nak ajar korang untuk ‘kipas’ cikgu, cuma tak salah pun kalau korang berbaik dengan mana-mana cikgu dekat luar kelas. Selalu la tanya khabar diorang and at the same time hormati mereka. Kalau nampak cikgu tu bawak barang berat-berat, apa salahnya kalau korang tolong angkatkan. Biar la kalau ada kawan-kawan yang kata korang ni kaki bodek, asalkan korang tahu yang cikgu ialah salah satu kunci untuk berjaya.

Sempena Hari Guru yang jatuh pada hari ni, Ainaa dan seluruh team LUNARIA nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang dah mengajar kita semua membaca, mengeja, mengira dan banyak lagi. Thank you teacher! We love you!

 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ikut Trend Social Media Sampai Bunuh Diri

Bulan Puasa Makin Malas? Jaga-jaga 👀