in ,

Ada Beza Ke Sunscreen Dan Sunblock?

Sumber Gambar: baptisthealth.net

Hello #Lunagirls! Ada yang masih keliru perbezaan between sunblock and sunscreen? Actually kedua-dua mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu melindungi kulit kita dari kerosakkan  kulit akibat sinaran matahari.. Tapi kedua-duanya mempunyai kandungan dan kebaikan yang tersendiri! Bak kata orang, sama tapi tak serupa! Hihi! Harini LUNARIA akan kongsikan perbezaannya..

SUNBLOCK

via GIPHY

Sunblock lebih berfungsi sebagai penghalang untuk memantulkan kembali sinar ultraviolet (UV) berbahaya matahari! Ia menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit muka kita.. Kebanyakan sunblock menggunakan titanium oksida atau zink oksida sebagai bahan aktif. Ia amat sesuai digunakan pada kulit yang sensitive sebab ia mampu menghalang sinar UVB dan sunburn!

SUNSCREEN 

via GIPHY

Sunscreen pula berfungsi untuk meresap hingga kelapisan kedua kulit untuk menghalang sinaran UVA! Pelindung matahari ini menggunakan pelbagai bahan kimia yang menyerap sinaran UV yang baik menembusi kulit korang! Untuk #Lunagirls yang mempunyai kulit sensitive tidak digalakkan menggunakan sunscreen okay!

SINAR UVB

Sumber Gambar: http://balibreeze.co.id

Sinar UVB adalah radiasi matahari yang panjang, boleh menyebabkan kemerahan dan juga kesakitan. Ayat mudah kulit sunburn! Hihi! Sinaran UVB ni hanya boleh terhalang dengan tingkap kaca. Dan sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit!

SINARAN UVA

Sumber Gambar: http://vickyfahmi.com

Radiasi matahari yang lebih panjang dari sinaran UVB, tapi tidak menyebabkan kemerahan atau sunburn! Tapi #Lunagirls, sinaran UVA boleh menyebabkan kerosakkan kulit kekal sehingga boleh mengakibatkan kanser kulit dan kulit menjadi lebih gelap! Sinaran UVA ni bahaya tau sebab boleh menembusi tingkap kaca.. Dan kulit kita akan mudah berkedut dan nampak tua! Oh no!

So #Lunagirls dah faham perbezaan sunblock and sunscreen? Tak kisah sekolah pagi atau sekolah petang, dua-dua sama penting untuk pakai sunscreen! Psst, nak beli sunscreen jangan ikut brand atau pengaruh daripada orang lain okay.. korang check dulu yang mana sesuai untuk kulit okay!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haip! Kenapa Suka Bermalasan Ni!

Jadi Lebih Happy Dengan Aktiviti Productive!