in ,

Ada Apa Dengan Geng Tudung Hitam?

Sumber gambar: http://rebloggy.com/post/photoshoot-blackout-hijab-fashion-all-black-hijabis-schwaza-dab-black-muslims-me/136298354778

Mak: Adik, cuba pakai tudung warna lain.. Asyik hitam je..

Me: Alaa, tapi ma.. Hitam paling senang……..

Siapa pernah alami situasi di atas? Kita geng! Beli macam-macam warna tudung tapi end up pakai juga tudung warna hitam betul tak? Ainaa sendiri ada 6 tudung warna hitam tau.. Haha! Korang pernah tertanya-tanya kenapa girls suka kumpul tudung warna hitam tak? Harini Ainaa akan rungkaikan sebab kita lebih selesa pakai tudung warna hitam!

SENANG NAK PADAN

#Lunagirls perasan tak yang tudung warna hitam akan nampak onz terox dengan apa-apa design atau fesyen baju dan seluar. At the same time, kalau baju yang korang pakai tu bercorak, sesuai sangat kalau nak matching dengan tudung hitam tau. Sebab itulah ramai girls lebih prefer tudung hitam, tak payah susah-susah nak fikir pakai tudung warna apa.

TAK PAYAH IRON

View this post on Instagram

🙆🏻‍♀️

A post shared by Asyura H. (@asyurahatta) on

Ainaa sangat tak rajin nak iron tudung sebenarnya. Kalau boleh suruh tudung iron diri sendiri, confirm disuruhnya macam tu. Seperti biasa penyelamat sejati, tudung hitam yang gelap akan kurang nampak kedut kalau tak iron, lagilah girls sukakan? Bukan nampak sangat pun yang tudung kita tak iron, paling-paling nampak kedut sikit je, hehe!

SARUNG SAJA SIS


Dah lambat nak keluar gi makan dengan kawan-kawan? Apa susah sis, tudung hitam ada! Sarung dan selempang je dah siap! Tak payah susah-susah nak pikir buat gaya apa. Korang siap boleh tak payah pakai pin lagi tau, punya la senang nak pakai tudung hitam.. Lagi best bila korang ada banyak gila tudung warna hitam then boleh pakai hari-hari tanpa jemu!

TAK KOTOR

Tumpahlah apa pun dekat tudung hitam kita, confirm tak ada masalah. Bukan nampak sangat pun kotor tu, cukup sekadar korang bilas dengan air sikit then dah okay balik. Tapi jangan lupa spray perfume sikit sebab takut nanti ada bau tom yam atau bau milk tea! Dan pastikan tudung tak terlalu lembap, nanti berbau kepam pula!

See, tudung warna hitam memang ada banyak kegunaan dan memudahkan kehidupan setiap gadis tau. Bonus point, hitam itu menawan, so bila kita pakai akan nampak lebih cantik dengan tudung hitam!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Life Hacks: Iron Baju Boleh Buat Roti Bakar

Sebab Ahli BTS Tak Ada Akaun Social Media Sendiri!