in ,

Pakai Aksesori Extra Baru Laa Raya!

Sumber gambar: Instagram Ohbulan.com

Balik kampung-kampung,
ooohhh, oohhh,
Balik Kampung..

via GIPHY

Yuhuu, #Lunagirls.. Ada yang dah sampai kampung ke? Hihi.. Mesti korang dah siap semua persiapan nak raya kan.. Maklum la minggu depan dah nak raya! Baju raya dah siap gosok tak? Tudung matching dengan baju tak? Haa aksesori raya? Eh tak ada?! Sempat lagi nak beli ni.. Jom LUNARIA share tips special sempena raya tak lama lagi!

MINIMUM

sumber gambar: https://picswe.net/pics/wearing-accessories-a2.html

Nak bergaya dengan aksesori tu boleh.. Tapi jangan la terlalu melampau okay? Nanti kalah makcik Senah belakang rumah nenek tu! Hihi.. Lebih cantik kalau #Lunagirls mix and match aksesori tu, tapi jangan sampai lebih 5 aksesori tau.. Contohnya korang boleh pakai subang, gelang dan cincin.. Tapi cincin tu jangan pakai semua jari pula.. cukup untuk 2 jari kiri dan kanan okay!

SIZE

Sumber gambar: https://glowsly.com/fall-winter-2018-2019-accessory-trends/

Kalau boleh size aksesori korang tu jangan terlalu besar atau terlalu kecil.. Make sure ia sesuai dengan korang! Kalau terlalu kecil akan nampak kita besar, dan kalau terlalu besar takut tak kena dengan baju.. LUNARIA suggest, pakai gelang tangan, subang dan cincin yang sama size, baru nampak cantik dan seragam!

WARNA

Sumber gambar: Instagram omayazein

Warna sangat memainkan peranan tau! Satu tips menarik, cari warna yang kontra dari warna baju raya korang.. Baru la pop out aksesori korang tu! Atau pun kasut or handbag, ambil warna yang sedikit gelap atau cerah dari warna baju.. contohnya kalau baju raya korang warna merah coklat cair, #Lunagirls boleh pakai aksesori warna merah okay?

Make sure aksesori korang tu tak terlalu meriah.. Yang simple pun dah boleh naik seri! Ingat girls, less is more! Lagi pun aksesori ni pelengkap gaya! And girls.. raya nanti share la dengan LUNARIA selfie korang tu.. Nak jugak tengok kemeriahan raya korang!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tukar Berus Makeup Sebelum Raya Please!

Bag Raya Besar Macam Nak Pindah?