in ,

5 Jenis Seluar Ohsem Korang Kena Ada!

Sumber gambar: giphy.com

Happy Afternoon girls! Pernah tak korang alami situasi susah nak mix and match baju dengan seluar? Dah ada seluar, tapi tak kena pula dengan baju..dah ada baju tapi seluar pula nampak pelik..sudahnya pakai seluar hitam je! Haha! Sebenarnya kalau #Lunagirls ada 5 jenis seluar ini dah cukup lengkap tau! Antaranya…

BOOT CUT

Sumber gambar: Pinterest.com

Untuk #Lunagirls yang berbadan kurus atau rendah, seluar jenis boot cut sangat sesuai untuk korang! Kalau berbadan rendah, bila pakai boot cut ni terus nampak tinggi tau.. hehe! Boot cut bukan saja ada jenis jeans tapi ada juga dalam jenis palazzo dan banyak lagi!

HIGH WAIST

Sumber gambar: www.nona.my

Seluar high waist sangat sesuai kalau #Lunagirls pakai dengan crop-top or blouse tight in untuk nampak lebih cool! Effect nampak kaki panjang akan terserlah untuk korang yang berbadan rendah memandangkan seluar jenis ini akan cover bahagian perut dan pinggang!

TREGGING

Sumber gambar: Pinterest.com

Tregging ialah trousers + legging! Dengar macam pelik tapi ia sangat selesa! Untuk #Lunagirls yang suka pakai baju panjang untuk nampak lebih style, boleh cuba padankan dengan seluar jenis tregging! Ia bukanlah legging sebab jenis kainnya lebih tebal!

STRAIGHT CUT

Sumber gambar: Pinterest.com

Ramai juga yang suka pakai seluar straight cut sebab tak terlampau ketat dekat bahagian kaki! Kalau seluar skinny jeans boleh tahan ketat sampai susah nak masuk kaki kan.. Hehe! Untuk yang berpinggul agak besar, seluar jenis ini sangat sesuai untuk korang!

CULOTTE PANTS

Sumber gambar: blog.my-baju.net

Cute and trendy! Ramai hijabster suka sangat pakai culotte pants ni sebab kainnya selesa dan tak rasa panas.. #Lunagirls boleh juga mix and match dengan t-shirt kalau pakai seluar ni! Ia akan buat korang nampak simple and effortless gituu!

Antara dalam senarai seluar tadi yang mana satu favorite #Lunagirls? Kalau korang dah ada 5 jenis seluar ni, sangat mudah untuk korang berfesyen! Beli banyak seluar pun mesti tak pakai semua, so why not berjimat dan beli mana yang patut je okay girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaSquad: Teens Zaman Dulu VS. Zaman Sekarang?

Tips Bijak Beli Smart Phone Baru!