in ,

Abang Hot Band-Band Lokal Korang Boleh Usha!

Sumber gambar: Deskgram/ Syed Mir Iqbal

Dalam dunia muzik ada banyak genre lagu yang kita boleh layan untuk release stress dan buat hati jadi lebih tenang. Lain orang lain citarasanya. Tapi kalau kami LUNARIA suka layan banyak lagu, tak kisah sama ada Hip Hop, Pop, Balada, Rock dan banyak lagi. Jadi kali ini, kami akan kongsi dengan korang tentang band lokal lelaki yang sentiasa menjadi pujaan hati orang ramai! Punyai vokal yang best dan muzik mereka yang boleh buat ramai pendengar layan dan tangkap cintan. Psst, ada pakej rupa yang handsome sekali!

MASDO

Siapa saja yang tak kenal dengan kugiran Masdo? Masdo adalah antara band yang unik yang sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air sejak tahun 2015. Masdo suka memainkan alunan muzik Pop berasaskan tahun 1960-an dan berjaya menarik orang ramai untuk layan mereka. Ini sebab muzik mereka telah digubah mengikut citarasa remaja kini dan korang semua mesti tahu antara lagu yang naikkan nama mereka adalah Bunga, Bercanda Di Malam Indah dan macam biasalah lagu terbaru mereka yang tengah hit adalah Dinda! Kalau untuk Masdo, Ali pilihan kami!

FLOOR 88

“Zalikha…Zalikha…Zalikha..Kaulah gadis jelita…”, woah! Kalau dua tahun lalu memang lagu ini sajalah yang asyik berulang orang dengar.. Band Floor 88 ada enam orang ahli dan mereka sebenarnya pun dah lama ada sejak 2007 dan mereka juga merupakan bekas pelajar ASWARA! No wonder lagu dan muzik video mereka ini macam ada kesinambungan. Korang pun perasan tak?Lagu baru mereka berjudul Hutang itu pun memang sedap! Ehem, Ayie lead singer untuk Floor 88 sangat handsome.. sis boleh cair!

INSOMNIACKS

Ada empat orang anggota yang semuanya masih muda dan comel belaka. Siap ada nama fandom sendiri dipanggil Maniacks! Siapa lagi kalau bukan Insomniacks! Lagu Pulang trending dan selalu dimainkan di corong radio! Dan lagu ini ada banyak version yang korang boleh dengar di YouTube. Ehem! Kalau nak tahu Ainaa writer LUNARIA pun selalu dengar lagu ini banyak kali, asyik ulang-ulang saja. Kalau dalam band ini, Iqie pilihan LUNARIA! So cute!

PROJECTOR BAND

Macam sudah lama saja mereka keluarkan single terbaru..Kalau sebelum ini lagu panas mereka Sudah Ku Tahu selalu dimainkan di radio berminggu-minggu, hampir satu Malaysia hafal. Band ini pun selalu tampil dengan gaya sederhana dan mereka sangat unik sebab mampu nyanyi slow note dan high note secara tiba-tiba. Dahsyat bukan? Mana tidaknya, mereka merupakan anak didik Harry iaitu gitaris kumpulan Khalifah yang memang kita tahu sangat berbakat buat lagu best. Dan mereka semuanya reti buat lagu sendiri tau

Selain band di atas yang kami kongsi dengan korang, sebenarnya ada banyak lagi band tempatan best dan korang boleh saja pergi tengok show mereka setiap hujung minggu. Jom kita support artis dan karya tempatan. Mana tahu dengan usaha awak semua yang sentiasa sokong pemuzik tempatan ini, suatu hari nanti mereka boleh berada di arena antarabangsa? 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Kawan Annoying Kawan Biasa Yang ‘Acah’ Rapat

Demi MV Baru, Queen Hyuna Mandi Bunga!