in ,

A to Z Tentang Fimie Don? Jom Kita Tanya Fifi, Si Peminat Tegar!

Sumber gambar: instagram.com/_afiqahroslan

Ada tak yang masih ingat lagi dengan pelakon cilik Fimie Don yang dulu kita kenal sebagai hero Hikayat Putera Shazlan? Untuk yang tak tahu dengan perkembangannya, sebenarnya dia dah besar panjang pun dan bukan setakat itu sahaja. Dia juga siap dah ada single terbaru tau! Korang dah dengar ke belum lagunya, Jangan Panggil featuring Raja Shahiran? Okaylah, sebenarnya bukan kita nak borak tentang single itu pun tapi Zoe nak cakap tentang seorang peminat setia Fimie Don iaitu Afiqah Roslan atau lebih senang dipanggil Fifi yang sentiasa sokong Fimie Don walau apa pun yang dia buat dan kita nak tahu juga apa yang best tentang Fimie Don ini dimatanya. 

Sumber gambar: murai

Apa yang best tentang Fimie Don?

Fifi: Sebenarnya kalau jujur, saya tahu Fimie Don ini sejak Hikayat Putera Shazlan tapi waktu itu belum minat lagi sebab mungkin waktu itu masih kecil. Tapi sejak 2017, saya terus minat Fimie sebab Fimie selalu keluar dalam video YouTube seorang model yang waktu itu tak silap saya dia adalah girlfriend Fimie dan waktu itulah terminat dan sentiasa follow up tentang Fimie. Apa yang best tentang Fimie ini pula yang saya suka adalah cara dia bawa diri, perwatakan dia, perangai dia dan orangnya memang mudah nak bergaul dengan sesiapa pun lebih lagi peminatnya. Walaupun saya kerap juga ganggu dia di media sosial, opss! Fimie masih tetap sahaja layan saya dan peminat yang lain dan bagi saya memang seronoklah kalau kita buat kawan dengan dia ini. 

Sumber gambar: _afiqahroslan

Bakat Fimie Don yang paling WOW?

Fifi: Bakat Fimie? Pada pandangan saya, Fimie lebih minat muzik tau. Walaupun asalnya Fimie mula sebagai pelakon tapi dia nampak macam lebih minat dalam menulis lirik, mencipta muzik tetapi dia tidak tonjolkan bakatnya kepada orang. Untuk yang tak tahu, Fimie ada buat highlight seperti “Peludah Murahan” “Naasarep” dan tak lupa juga dia ada akaun @bunyi.own di mana akaun itu Fimie akan post lagu-lagu yang ditulis sendiri. Katanya Fimie lebih suka meluahkan perasaan dengan menulis lagu. Bukan setakat itu sahaja, Fimie pun ada berlakon teater bawah @iq.rock dan nak dijadikan cerita Fimie memang sesuailah nak dijadikan idola orang muda diluar sana, macam mana saya jadikan dia idola dalam perkara yang baik-baik dia buat. 

Sumber gambar: _afiqahroslan

Tentang Fimie Don yang tak ramai tahu?

Fifi: Saya rasa ramai yang tak tahu sebenarnya Fimie Don ada bakat dalam bidang nyanyian. Walau bagaimanapun, macam saya cakap dia mungkin suka nyanyi tapi pada waktu lapang dia sahaja. Mungkin sebab orang ramai tak tahu lagi yang dia ada bakat nyanyian. Fimie juga saya rasa dia lebih kepada genre Indie seperti Iqbal M dan dari situ saya nampak Fimie mula pandai berkata-kata, buat lagu, main muzik dan ayat yang digunakan Fimie dalam lagu dia pun indah dan mudah difahami bila kita baca. Dan saya memang seronok sangat bila lagu Jangan Panggil itu release sebab untuk yang tak tahu sebelum lagu itu ramai tahu, dia pernah sahaja post lagu itu untuk followers dia. Hehe! Di sini perlahan-lahan kita boleh nampak Fimie dah mula okay nak masuk bidang nyanyian sebab sebelum ini dia suka post saja-saja, memang sayang betul kalau tak ditunjukkan pada orang lain kan?

Sumber gambar: _afiqahroslan

Seterusnya, menurut Fifi juga, sekarang ini Fimie Don tengah giat juga hadir dalam rancangan TV untuk promote lagu dia Jangan Panggil featuring Raja Shahiran. Bukan setakat itu sahaja, drama Titian Takdir yang tengah ditayangkan di TV setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam pun ada Fimie Don. So far, itu sahaja update yang Fifi peminat tegar Fimie Don tahu tentangnya. Dan Fimie Don pun tengah sibuk dengan teater dia yang tak pasti apa tajuknya tapi siapa yang peminat dia yang lagi power mesti tahu tajuk teater dia apa sebab Fifi ini pun masih sibuk belajar. Kalau korang nak tahu, bukan setakat Fifi ini seorang saja tau yang masih minat dengan Fimie ini tapi ramai sahaja lagi cuma LUNARIA tak sempatlah pula nak cari dan kumpul semua. Fimie Don pun mesti rasa bertuah sebab ada peminat-peminat macam ini. Iyalah bukan senang tau kita nak ada peminat yang setia ini. Apa pun, keep it up and all the best Fimie Don! 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bibi Qairina Bercinta Dengan Orang Dewasa?

Jangan Marah Orang Bising Kalau Study Di Restoran Segera