in ,

9 Selebriti Yang Pernah Tolak Tawaran SM Entertainment

Sumber gambar: kpopping.com

SM Entertainment adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat K-Pop. Memang ramai selebriti hebat yang lahir dari SM Entertainment seperti TVXQ, Girl Generations, EXO, NCT, SHINee, Super Junior, Red Velvet dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang, walaupun SM Entertainment selalu melahirkan ramai selebriti yang hebat, mereka juga pernah ditolak oleh beberapa K-Pop idol juga tau, nak tahu siapa? Jom kita tengok antara yang pernah tolak SM Entertainment! Hehe! 

G-DRAGON BIGBANG

Sumber gambar: pinterest

Semua peminat K-Pop mesti tahu yang pada awalnya GD ini adalah trainee di  SM Entertainment tetapi sebab dia lebih tertarik dengan rap dan muzik hip hop. GD memutuskan untuk tinggalkan SM Entertainment dan masuk dalam agensi YG Entertainment dan adalah BIGBANG macam sekarang ini. 

PARK HYUNGSIK

Sumber gambar: pinterest

Jika korang kenal dengan pelakon Park Hyungsik yang sedang menjalankan sesi tentera pada waktu ini. Waktu sekolah menengah, SM Entertainment dan juga YG Entertainment  pernah tawar kontrak tau pada dia tapi dia tolak sebab dia tak ada minat nak jadi penyanyi pada waktu itu, iya lah masih sekolah lagi mesti dia enjoy lagi kan? Hehe! 

JISOO BLACKPINK

Sumber gambar: pinterest

Sewaktu Jisoo masih lagi seorang trainee di YG Entertainment, dia pergi lah ke konsert YG untuk tengok senior dia beraksi. Eh masih ada juga ya staf dari SM Entertainment yang datang pada Jisoo dan tanya adakah dia berminat untuk masuk dalam SM Entertainment. Akan tetapi, Jisoo tolak dengan baik dan inform yang dia trainee YG Entertainment. Woah! Kalau tak mesti BLACKPINK lain kan jika Jisoo setuju waktu itu? 

OH HYUK

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang kenal dengan vokalis Hyukoh iaitu Oh Hyuk, sebenarnya dia ini dah lulus audition untuk SM Entertainment, YG Entertainment dan juga JYP Entertainment sewaktu dia sekolah, tetapi bila dia fikir balik. Oh Hyuk terus ubah fikiran dan tidak jadi untuk tanda tangan kontrak dengan mereka sebab gaya muzik yang dia minat tidak sesuai dengan ketiga-tiga agensi ini.

BANG JAE MIN

Sumber gambar: pinterest

Terkenal sewaktu penampilannya di High School Rapper 2 sebagai rapper. Pun dia pernah ditawarkan kontrak untuk menjadi artis di SM Entertainment, tetapi dia tolak sebab dia tak nak jadi seorang K-Pop idol.

YOON SUN YOUNG

Sumber gambar: pinterest

Seorang model yang sangat terkenal di Korea ini pun, Yoon Sun Young pernah ditawari kontrak dari ketiga-tiga agensi besar idola di Korea tetapi dia tolak sebab tak suka nak jadi K-Pop idol.

PARK BO GUM

Sumber gambar: pinterest

Park Bo Gum ini pada awalnya, dia ingin menjadi seorang penyanyi dan siap hantar video audition di banyak agensi tau! Park Bo Gum ini juga dapat banyak tawaran dari banyak agensi tetapi dia tolak sebab kebanyakannya tidak benarkan Park Bo Gum ini untuk jadikan pelakon dan penyanyi dalam waktu yang sama.

SEOKJIN BTS

Sumber gambar: pinterest

Worldwide handsome BTS ARMY pun sama sebab waktu dia sekolah ada staf SM Entertainment yang cuba cari Seokjin ini di sekolah akan tetapi sebab dia ingatkan itu adalah salah satu scam atau penipu dia tolak tawaran itu. 

SEHUN EXO

Sumber gambar: pinterest

Macam yang satu ini pula memang lain, dia adalah artis SM Entertainment tetapi staf terpaksa perlukan waktu yang banyak untuk pujuk di tanda tangan kontrak sebab waktu sekolah adalah seorang staf SM Entertainment cuba dekat dengan Sehun. Akan tetapi sebab Sehun ini anak yang dengar cakap parents supaya jangan dekat dengan orang tak kenal. Dia larikan diri dari staf SM Entertainment itu. Selepas 30 minit sesi kejar mengejar, akhirnya staf itu pun explain pada Sehun. Haha! Dahsyat betul ya! 

Jadi, jika fikir semula ada hikmahnya juga kan mereka semua ini tolak sebab kalau tak mesti korang tak dapat bayangkan bagaimana mereka ini tanpa group K-Pop mereka yang sekarang ini. Dan mungkin juga nama group yang mereka debut itu pun lain dari lain. Hehe! 

What do you think?

29 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Item Dekorasi Viral TikToK Korang Perlu Ada

Soalan #ASKME Paling Kerap Di Tanya Di Instagram @Lunariamy