in ,

8 Selebriti Korea Cantik Tanpa Makeup

Sumber gambar: starbiz.net

Omo unnie! Tak makeup pun cantik……..

Kalau kita cakap pasal kecantikan artis Korea, sampai esok pun tak habis. Ramai antara gadis di Malaysia mengidolakan wajah glowing dan segar seperti para artis Korea tersebut. Siap ada yang follow apa sahaja yang lakukan mereka, mulai dari rutin facial, menggunakan skincare dan makeup dari brand-brand Korea untuk dapatkan kulit bak cermin macam unnie kita.

Walaupun ramai yang kata mereka cantik sebab lakukan plastic surgery, tapi lagi ramai yang sebenarnya natural beauty guys. Hari ini LUNARIA akan kongsikan beberapa orang unnie yang kekal cantik tanpa makeup dan kami salute confident level mereka tinggi.. ini yang kita perlukan!

Song Hye Kyo

Bekas isteri Song Joong Ki, tetap cantik walaupun sudah meningkat usia. Di usianya 39 tahun, Song Hye Kyo tetap awet muda walaupun tanpa makeup. Melihat kecantikan semula jadinya, banyak wanita mengagumi dan bagi dia gelaran sebagai “ Dewi Korea”. Berkat kecantikannya yang natural inilah Song HyeKyo berjaya menjadi brand ambassador dari beberapa brand kecantikan Korea Selatan, mulai dari Etude House, Laneige, hingga kini Sulwhasoo.

Seo Ye Ji

Nama Seo Ye-Ji tengah panas berikutan drama It’s Okay To Not Be Okay yang trending baru-baru ini. Banyak yang tidak menyangka, Soe Yae Ji sebenarnya sudah berusia 30an. Dia memang cantik dari kecil. Selepas drama terbaru lakonannya tular, banyak gambar mengenai wajah cantik Soe Ye Ji tanpa makeup tersebar.

Im Yoon Ah

Memulakan debutnya sebagai salah seorang ahli dari Girls’ Generation pada Ogos 2007, Yoona memang sangat terkenal dengan kecantikannya walau tanpa full makeup. Yoona juga selalu share gambar tanpa makeup di akaun media sosial miliknya. Haa, nampak tak Yoona sangat confident untuk upload gambar tanpa makeup.. kita pun perlu ada confident macam Yoona! Hargai setiap kecantikkan kita.

IU

Lee Ji Eun atau biasa kita kenal sebagai IU, pun sangat cantik tanpa makeup. IU adalah artis serba boleh bermula dengan menyanyi, bermain alat muzik dan berlakon. Bentuk muka yang kecil dan flawless membuat dirinya menjadi idaman para wanita Korea. Kalau korang nak tengok dan mengagumi kecantikkan IU tanpa makeup, korang boleh layan YouTube channel miliknya sebab dia selalu go natural sahaja.

Shin Min A

View this post on Instagram

본방사수 ~ 보좌관 시즌 2 오늘 첫방송🔳

A post shared by Shinmina (@illusomina) on

Seorang model dan artis, Shin Min A, memang sudah tidak diragukan lagi kecantikannya. Ditambah dengan lesung pipi yang dia miliki, membuat dirinya semakin cantik dan manis. Umur nak masuk 40an tapi tetap miliki kulit seperti seorang remaja.

Kim Se Jeong

Salah seorang pelakon drama School 2017 ini memiliki ciri istimewa iaitu eye-smile dan senyumnya yang manis. Pesona dari senyuman Se Jeong memang mampu membuat orang yang melihatnya jatuh cinta. Kulitnya pun sangat halus dan sihat tanpa sebarang makeup. Jadi, walaupun Se Jeong tak pakai makeup, dia tetap onz!

Jun Ji Hyun

Fakta menarik tentang heroin drama My Love From The Star ini, dia pernah memiliki berat badan 70kg! Walaupun berat badannya naik-turun, tapi ia tidak memberi kesan kepada kecantikan Jun Ji Hyun. Ji Hyun, atau yang dikenal sebagai Gianna Jun, memiliki kulit yang sihat dan bersinar di usianya yang sudah 38 tahun. Brand ambassador Hera ini juga dikenal sebagai artis Korea yang tidak melakukan pembedahan plastik.

Son Ye Jin

View this post on Instagram

송윤아언니와 이민정씨의 지목으로 오랜만에 의미있는 일로 인사드리게 됐어요.모두가 코로나19로 참 힘든시기를 보내고 있는 지금 그 최전선에서 우리를 위해 애써주시는 의료진여러분 정말 감사합니다.여러분들의 노고에 진심으로 존경을 표합니다.조금만 더 힘내주세요.파이팅!!#의료진덕분에 #덕분에챌린지 #덕분에캠페인 제가 함께하고 싶은 분들은 존경하는 김희애선배님 @heeae_official 멋있는 강형욱님 @hunter.kang 귀여운 강하오 @hihaoya

A post shared by 손예진 (@yejinhand) on

Baru-baru ini Son Ye Jin terpilih sebagai wanita paling cantik di dunia pada 2020 oleh satu survey Starmometer. Kini, berusia 38 tahun, kecantikan Son Ye Jin seperti tidak pernah berubah. Dan berkat kecantikannya itu, Son Ye Jin menjadi brand ambassador produk kecantikan Skin Inc. Ramai gadis Malaysia mula mengamalkan rutin kecantikkan Son Ye Jin sebab nak nampak cantik semula jadi.

Ramai lagi sebenarnya artis Korea yang cantik tanpa lakukan pembedahan plastik. Tapi untuk senarai diatas yang mana satu idola kecantikkan korang? Jangan lupa komen dan kongsikan dengan kami..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Buat Pilihan Beli Telefon Baru Untuk Pelajar

Barangan Daiso Viral Yang Mungkin Berguna Untuk Korang Cuba