in ,

8 Insiden Dan Kemalangan Teruk Pernah Menimpa K-Idol

Sumber gambar: Kmania.com

What! Dia pernah hampir diculik?

Baru-baru ini, TMI News telah berkongsi beberapa insiden mengejutkan yang pernah menimpa K-idol kesayangan ramai dan ada beberapa insiden hampir-hampir meragut nyawa mereka. Siapa sangka mereka pernah menghadapi situasi yang genting sepanajng karier mereka. Untuk Kpopers sejati, jom LUNARIA selitkan 8 insiden buruk yang pernah menimpa antara beberapa K-idol.

Telinga Jin BTS terkena percikan mercun

Sumber gambar: Kmania.com

Ketika membuat persembahan lagu “Blood, Sweat and Tears” di One Asia Festival, Busan, Jin BTS dilihat menekan-nekan telinganya seakan-akan sedang sakit akibat disambar api percikan mercun. Seorang saksi mendakwa telinga Jin kemerah-merahan meskipun kejadian tersebut tak dilaporkan oleh BigHit kemudian. Malah, sebaik saja konsert berakhir, mata Jin dikatakan telah disambar oleh bunga api lantas menyebabkan Jungkook cepat-cepat membasuh matanya dengan air. Kwon Hyun Bin (VIINI), rakan baik Jin BTS, mendedahkan dirinya turut terkejut apabila diberitahu konsert tersebut telah dibekalkan lebih banyak mercun bunga api lebih daripada kelaziman.

Park Hyun Bin terselamat daripada dibadai ombak tsunami Tohoku

Park Hyun Bin Gifted Girls' Generation Beef Because of Yuri? | Soompi
Sumber gambar: soompi.com

Sehari selepas Park Hyun Bin membuat persembahan di Enka Festival pada sekitar Mac 2011, lokasi berdekatan telah dibadai ombak tsunami Tohoku. Jika penyanyi itu melambat-lambatkan tempoh masa berada di sana, beliau mungkin akan menjadi salah seorang mangsa bencana tersebut. Namun, malang tak berbau berlaku kemudian pada tahun 2016 apabila kereta dinaiki oleh Park Hyun Bin dilanggar teruk sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan. “Aku ingat aku tak dapat jumpa kau lagi. Aku ingat aku akan mati. Ia betul-betul menyakitkan,” katanya.

Ravi VIXX pitam kerana sesak nafas

Ravi VIXX pitam ketika melakukan persembahan di Mexico sehingga video kejadian itu tertular di kalangan peminat. Peminat difahamkan penyanyi tersebut mengalami hiperventilasi (sindrom kesesakan nafas akibat menghembus melebihi kadar menyedut) barangkali disebabkan geografi kawasan tersebut yang berada di kawasan pergunungan selain pengaliran udara yang teruk dengan bilangan kehadiran melebihi kapasiti sedia ada. Ravi tetap meneruskan persembahan walaupun mengadu sakit kepala sehingga dia jatuh pengsan kemudiannya. Selain Ravi, Leo turut pitam seperti dilaporkan oleh agensi mereka kemudian.

Taeyeon hampir-hampir diculik oleh sasaeng

Taeyeon SNSD sering menjadi rebutan ke mana saja penyanyi itu pergi. Malah, penyanyi itu juga pernah memegang status selebriti Korea paling ramai diikuti oleh peminat di instagram suatu ketika dulu. Pada tahun 2011 ketika membuat persembahan Run Devil Run, Taeyeon hampir-hampir dicekup oleh peminat sasaeng ketika berada di atas pentas namun dia cepat-cepat ditarik oleh Sunny dan MC Lotte World Ice Rink, Oh Jung Tae berada di berhampiran.

Kyuhyun Super Junior terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran

Kyuhyun Shares What Fellow Super Junior Members Told Him To Bring ...
Sumber gambar: soompi.com

Tindakan Kyuhyun Super Junior tidak menyelamatkan diri ketika kebakaran menghinggap hotel di Taipei, Taiwan telah mengundang ketakutan kepada peminat. Pada waktu kejadian, kebakaran telah pun menguasai di tingkat bawah bangunan dan Kyuhyun diberitahu untuk kekal duduk di biliknya bagi mengelakkan dirinya terdedah bahaya menyedut asap kebakaran sewaktu sedang sibuk bekejar-kejar menyelamatkan diri. Api berjaya dipadamkan dan Kyuhyun akhirnya terselamat. Selepas kejadian berikut, peminat mula menyalahkan staf berhampiran dengannya kerana tidak cakna dengan hal-hal genting diambil ketika berada di dalam kecemasan, namun Kyuhyun mempertahankan keputusan diambilnya ketika itu adalah betul memandangkan mereka telah terlepas masa kritikal yang dibenarkan untuk menyelamatkan diri.

Son Ho Young G.O.D asyik terbabit dalam kemalangan

Son Ho Young Talks Marriage, g.o.d's 20th Anniversary, Reunions Of ...
Sumber gambar: soompi.com

G.O.D ditimpa nasib malang apabila berhadapan kemalangan kereta pada tahun 2000 dengan Son Ho Young mengalami kecederaan paling teruk sekali di bahagian hidung dan lututnya. Son Ho Young mengaku terpaksa bergantung ubat tahan sakit sejak daripada itu. Dalam kejadian berbeza, Son Ho Young juga pernah hampir-hampir mati akibat cubaan membunuh diri pada tahun 2013 susulan kematian teman wanitanya beberapa hari sebelum itu. Son Ho Young sengaja membiarkan dirinya keracunan di dalam kereta menyedut gas arang, namun api kebakaran tercetus kemudian membuatkannya berubah fikiran lantas terus menyelamatkan diri.

Sandara Park 2NE1 trauma alami gempa bumi

Sandara Park 2018: Former 2NE1 Star Reveals First Love — And It's ...
Sumber gambar: Korea portal

Sandara Park pernah ditinggalkan keseorangan sekejap di tingkat 34 hotel yang didudukinya ketika gempa bumi melanda pada tahun 2011. Malah, gempa bumi tersebut telah menggegarkan struktur bangunan hotel menyebabkan Sandara Park panik dan cuba menghubungi sesiapa saja dengan berbekalkan telefon bimbit yang ada di sisinya. Nasibnya agak baik apabila CL menerima panggilannya. “Jangan risau, aku akan ambil kau. Jangan sesekali guna lif, duduk diam di sana,” tegas CL meyakinkan Sandara Park supaya tidak berbuat perkara di luar jangkauan pemikirannya. CL akhirnya berjaya menemani Sandara Park turun ke lobi hotel.

Moon Hee Jun H.O.T hampir-hampir kelumpuhan

ASK K-POP Moon Hee Jun cautiously discusses H.O.T's reunion plan
Sumber gambar: askactor.com

Ketika mengadakan persembahan konsert Stadium Jamsilju sempena promosi album keempat mereka pada tahun 1999, hujan turun mencurah-curah mendorong penerbit SM Entertainment ketika itu, Lee Soo Man mengarahkannya turun pentas dengan segera. Namun, Moon Hee Jun tetap berdegil dan mahu menyanyikan satu lagu baru daripada H.O.T sebelum berbuat demikian. Moon Hee Jun menerima padahnya apabila tergelincir dan jatuh ke bawah pentas yang tingginya 3m. Dia terpaksa terlantar di hospital selama 6 bulan dan perlu rawatan susulan selama 3 bulan dengan harapan dia tak perlu berhenti menari lagi. Kejadian malang itu telah disaksikan oleh lebih ribuan peminat dan kira-kira 200 orang daripadanya pengsan kerana terkejut melihat idol mereka mengalami kecederaan teruk.

Orang kata pengalaman mematangkan seseorang. Jika perkara sebegini berlaku kepada saudara terdekat mesti kehidupan kita akan turut terkesan. Bila kita tengok kebanyakan K-idol sentiasa nampak happy and fun tapi adakah mereka betul-betul happy?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hadiah Peminat K-Pop Bagi K-Idol Yang Mungkin Buat Korang TERKEJUT!