in ,

7 K-Idol Yang Mengidolakan Taehyung BTS Sebagai ‘Role Model’

Sumber gambar: thevocket.com

Taehyung atau juga dikenali sebagai V daripada kumpulan BTS, sememangnya menjadi rujukan ‘buku teks’ oleh beberapa orang idol muda sebagai panduan untuk berjaya di masa hadapan. Rata-ratanya merujuk kepada pencapaiannya dalam beraksi dengan cukup sempurna di atas pentas selain caranya berinteraksi dengan peminat. Berikut ialah penjelasan daripada 7 idol muda dan berbakat ini kenapa mereka memilih Taehyung BTS sebagai ‘role model’ mereka:

Park Ji Hoon

View this post on Instagram

⚘JTBC New Drama || JTBC 새 월화드라마 #조선혼담공작소_꽃파당 눈부신 꽃비주얼에 감탄하는 #대본리딩 현장 – 이게 바로 조선 최고 꽃비주얼이다!!🎉 소설에서 막 튀어나온 듯한 싱크로율 100% 김민재.공승연.서지훈.박지훈.변우석.고원희! 청춘 대세 배우 6인방 기대 많~이 해주세요💜 – 조선 최고의 매파 <조선혼담공작소 꽃파당> 2019년 9월, 우리 함께 하겠소?! – – #JTBC #월화드라마 #조선혼담공작소 #꽃파당 #김민재 #공승연 #서지훈 #박지훈 #변우석 #고원희 #ComingSoonJTBC #9월첫방송 #열여덟의순간 #후속 #대본리딩 #조선혼담공작소꽃파당 #로코사극

A post shared by 박지훈 (@official_jihoon) on

Park Ji Hoon, bekas ahli Wanna One yang kini bergelar artis solo dan pelakon sepenuh masa, tidak pernah segan-silu mengakui bahawa dia ialah ‘fanboy’ Taehyung sejak sekian lama, dan merujuk kepada pencapaian Taehyung di atas pentas sebagai panduannya untuk beraksi. Pernah sekali penyanyi itu mendapat perkenan daripada Taehyung, yang berterima kasih di atas ucapan dedikasinya itu.

Kim Yo Han

Kim Yo Han, bekas ahli X1 dan akan debut di dalam kumpulan baru OUIBoys tak lama lagi, pernah berangan untuk beraksi seperti Taehyung di atas pentas. “..Saya nak jadi seperti Taehyung BTS kerana beliau telah menunjukkan persembahan cukup berseni seperti seorang seniman,” katanya yang kagum dengan penyanyi daripada kumpulan BTS itu.

Kim Woo Seok

View this post on Instagram

❤️

A post shared by 김우석 KIM WOO SEOK (@woo.ddadda) on

Juga bekas ahli X1 yang kini bernaung di dalam kumpulan UP10tion, Kim Woo Seok memuji pakej ketampanan yang dimiliki oleh Taehyung sehingga menamakannya paling terkacak di antara idol-idol. “V memang kacak seperti dalam gambar. Saya betul-betul sukakan V. Saya rasa ekspresi muka dan isyarat tubuh sangat penting, saya tengah pelajari daripadanya,” katanya yang menganggapkan Taehyung sebagai ‘role model’.

Jungmo CRAVITY

View this post on Instagram

오늘 모델 좀 귀엽다😎 이름이 뭐야?😊 #정모 #러비티 #포토쿠래퍼

A post shared by CRAVITY JUNGMO (정모) (@jungmo_cravity) on

Jungmo, ahli kumpulan CRAVITY yang baru saja ‘debut’ pada pertengahan tahun 2020 ini, terang-terang menjadikan Taehyung sebagai panduannya beraksi di atas pentas. “Senior V sangat hebat di atas pentas buatkan saya terkesima. Saya nak tunjukkan persembahan yang lebih baik di kemudian hari, seperti juga senior, supaya penonton dapat merasai emosinya.”

Younghoon The Boyz

Younghoon tidak meluahkan kekagumannya ke atas Taehyung dengan kata-kata pujangga, tetapi terang-terang mengakui menjadi ‘fanboy’-nya sejak sekian lama. Younghoon pernah menjumpai Taehyung satu ketika dulu dan pernah dihadiahkan patung TATA dan membawa patung itu ke mana saja pada tahun lepas. Sekali lagi, Younghoon bertaut semula dengan Taehyung di atas pentas di KBS Music Bank dan penyanyi itu dilihat menundukkan rasa hormatnya kepada Taehyung.

Yunmin Newkidd

View this post on Instagram

Debut album pics🙈

A post shared by 윤민 (@newkidd.yunmin_) on

Yunmin mendedahkan Taehyung sebagai ‘role model’-nya dan mahu berkolaborasi dengannya satu masa nanti. “Saya mahu bekerja kuat supaya dapat hasilkan persembahan berpengaruh seperti senior V di atas pentas.” Malah dalam satu bual bicara bersama Newkidd, Yunmin mahu segera bergambar berdua-duaan dengan Taehyung untuk disimpan sebagai kenangan.

Beomgyu TXT

Beomgyu daripada kumpulan TXT, yakni junior kepada BTS di dalam agensi sama, mengakui meminati Taehyung sejak menjadi pelatih Big Hit lagi, malah menjadi sumber inspirasinya untuk terus berjaya. Beomgyu dan Taehyung mudah untuk bersemuka sesama sendiri kerana mereka di bawah agensinya yang sama.

Selain ketujuh-tujuh orang idol ini, turut pernah menyatakan kekaguman terhadap Taehyung ialah Lee Taeseung TEEN TEEN, Donggyu Spectrum, True 1the9, Yeonwoo Baikal, Sameul Kim, Haruto TREASURE, Byeongchan VICTON,  dan Jaehyun Golden Child. Nampaknya bukan kita sahaja yang jadikan Taehyung idola, ramai rupanya bias Taehyung!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Untuk Dijadikan Topik Semasa IG Live

Tips Belajar Unik Dan Istimewa Yang Pelajar Harus Tahu