in ,

6 Sebab Sebenar Selebriti Korea Jarang Bercinta

Sumber gambar: Favim

Siwon ni bercinta dengan siapa ya? Kenapa ramai selebriti Korea tak tunjuk mereka tengah bercinta? Kenapa asyik nak sorok je bila ada kekasih?

via GIPHY

Berbeza dengan selebriti dekat Malaysia, baru bercinta tapi gaya macam dah bertahun tapi at the end of the day putus juga ditengah jalan. Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh kan? Ternyata cara selebriti di Korea dan Malaysia menjalinkan hubungan cinta memang sangat berbeza. Bagi mereka, hubungan cinta itu tidak perlu ditunjuk kepada umum, cukup hanya mereka dan orang yang terdekat sahaja tahu tentang kisah cinta itu.

Ada yang tertanya-tanya tak mengapa selebriti Korea merahsiakan hubungan cinta mereka setiap kali mereka sudah mempunyai kekasih hati? Kebanyakan daripada mereka memang akan merahsiakan segalanya daripada pengetahuan umum. Ada beberapa penyebab mengapa mereka melakukan begitu, antaranya ialah…

NANTI FANS TAK NAK SUPPORT

Forget the Song-Song divorce – 5 Korean celebrity couples who are ...
Sumber gambar: SCMP

Biasa la bila tengah single bukan main ramai berebut siap ada banyak fan club, sekali bila ada boyfriend atau girlfriend mula la seorang daripada seorang fans lari… Perkara ini semestinya akan berlaku kepada selebriti lelaki yang mana mereka memiliki ramai peminat wanita. Sayang la kalau sebabkan dah bercinta, habis fans lari kepada idol atau selebriti yang lain. Takut peminat ada yang patah hati sampaikan tak mampu untuk menerima kenyataan. Tak best tau macam tu, nak jaga hati fans punya pasal.

AGENSI KATA CANNOT

BREAKING NEWS! SM dan YG Entertainment Mengomfirmasi Kai EXO dan ...
Sumber gambar: JNKdrama

Sesetengah agensi memang tak bagi selebriti dibawah naungan mereka menjalinkan hubungan cinta tak kira antara selebriti atau orang biasa sekali pun. Sebelum menjadi selebriti dibawah naungan sesebuah production itu, mereka perlu menandatangani kontrak yang telah tertulis banyak syarat serta permintaan yang perlu mereka ikut. At the same time, jadual mereka juga agak padat so produksi sendiri taknak nama artis mereka buruk disebabkan fokus kerja terganggu sebab bercinta dan tak pandai untuk bahagi masa.

TAK NAK FANS KENAL SEBAB GOSIP

Gu Hye Seon | Wiki | K-Drama Amino
Sumber gambar: AmonisApp

Kalau dekat Malaysia ada sahaja selebriti yang namanya disebut ramai disebabkan gosip yang melanda mereka. At the same time ia akan membuatkan nama mereka terus naik dalam masa yang pantas. Bagi selebriti Korea, mereka mahukan dirinya dikenali disebabkan karya lakonan atau nyanyian yang dilakukan, bukan hanya disebabkan gosip semata-mata.

TAK BOLEH BERCINTA DENGAN TENANG

Lee Hyun Woo | Seoul Awesome: Your K-blog
Sumber gambar: Seoul Awesome

Orang lain nak dating boleh je date dalam keadaan tenang, tak ada siapa ganggu, persekitaran menarik. Tetapi tidak sama sekali bagi selebriti di Korea kerana setiap gerak geri mereka akan diperhatikan. Once kisah cinta mereka diketahui ramai, confirm ke mana sahaja mereka pergi akan diikuti oleh fans. Fans satu hal, reporter pun satu hal juga yang sentiasa mahukan berita gosip daripada selebriti itu sendiri. At the end of the day nanti hubungan itu putus ditengah jalan kerana masing-masing tak dapat nak adapt dengan situasi yang luar biasa itu. Iya la, siapa boleh relaks kalau tengah dating ada orang ambil gambar sana sini.

I LOVE YOU FANS

BTS LOVE ARMY | ARMY's Amino
Sumber gambar: AmonoApps

Bagi mereka fans ialah segala-galanya kerana telah bersama daripada mula sehingga berjaya. Ada sesetengah selebriti Korea sangat menghargai peminatnya sampai tak sanggup untuk melukakan hati mereka dengan mempunyai hubungan cinta bersama orang lain. Boleh jadi kalau mereka ada girlfriend atau boyfriend, mesti dia risau kalau fans rasa kecewa dengan keputusan yang dilakukan olehnya itu.

KESELAMATAN KEKASIH TAK DIJAMIN

Trips, Sports, And Late Nights: How Korean Celebrities Date | Soompi
Sumber gambar: Soompi

Bila ke sana ke sini, mesti akan ada stalker yang sanggup cari maklumat butir peribadi pasangan selebriti yang mereka cintakan itu. Just imagine kalau berjalan ke mana-mana, ada yang menjerit atau buat perkara yang tak baik sebab rasa tak puas hati apabila selebriti yang mereka gemar itu mempunyai kekasih hati. Kalau sampai bab privasi pun ada yang ambil tahu, memang tak selamat la rasanya…

Maka dengan ini diharapkan terjawabla persoalan yang bermain diminda kalian semua. Nampak kan berbezanya cara selebriti Korea dengan selebriti dekat Malaysia. Tak mengapa, tak kisah la bercinta atau tidak asalkan mereka tak abaikan kerja mereka sebagai selebriti sudah la kan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Kesalahan Biasa Penyebab Bulu Mata Sendu

5 Aktiviti Hari Raya Haji Yang Lain Daripada Lain