in ,

6 Perangai Random Orang Berpuasa, Korang Yang Mana Satu?

Sumner gambar: Lunaria.com.my

Mak…. Hari ini masak apa? Mak.. buka hari ini makan kuih apa? Mak…. Hari ini kita buka pukul berapa?

Korang okay tak? Masih ada yang tak bertenaga? Amboi.. baru pertama kali puasa ke geng? Opss! Kita kena sentiasa buat aktiviti.. kalau bermalasan lagi rasa masa lambat berjalan. Sepanjang puasa kali ini apa achievement korang? Ada yang dah mula buat kuih raya? Ada yang dah mula scrollΒ untuk beli baju raya online?Β Atau ada yang tidur je sepanjang hari? Buatlah apa pun, asalkan tak keluar lepak mall okay! Hari ini LUNARIA nak kongsikan 6 perangai orang ketika berpuasa.. cuba check perangai korang tersenarai tak?

TIDUR, TIDUR, DAN TIDUR LAGI

via GIPHY

Perangai yang pertama semestinya tidur, tidur dan tidur lagi! Mengaku cepat siapa dalam kategori ini? Kaki tidur sepanjang hari.. Bila mak kejut, bangun kejap.. lepas itu sambung tidur balik! Amboi, nakal ya! Sebenarnya tak baik tau ketika berpuasa asyik tidur sahaja. Rugi pahala puasa nanti. Selepas ini, apa kata jika korang mula rasa mengantuk, cuba tolong mak kemas dapur, buat kerja sekolah atau pun buat kuih untuk buka nanti okay?

MAKAN BANYAK KETIKA BERBUKA

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Bila masuk sahaja waktu berbuka, terus capai air minum tiga cawan! Legaaaa tekak! Lepas itu terus makan roti john, kuih ketayap, tepung pelita.. sambung pula makan nasi lauk ayam masak merah! Uish.. dahsyat ya! Muat ke perut masuk semua itu? Ada tak antara korang yang termasuk dalam kategori makan banyak ketika berbuka? Meh, kongsi tips macam mana boleh muat makanan banyak-banyak dalam perut… LOL!

EMOSI TAK MENENTU

via GIPHY

Kejap marah, kejap menangis.. pantang di tegur emosi tak menentu kalah waktu datang bulan. Ada yang geng hati sensitif tak? Bila lapar, macam-macam emosi boleh ‘menjelma’.. Ada orang bila lapar jadi monster, ada pula yang bila lapar terus jadi sendu! Tapi guys, nak sendu okay je.. janganlah sampai buat orang sekeliling terasa. Kesian mereka.. Ingat ya, kita nak kumpul pahala lebih bulan puasa bukan nak kurangkan pahala.

TENGOK VIDEO MASAK

View this post on Instagram

Puasa Day 2 – Roti John . . . Bahan2/Ingredients: πŸŒ•1.5 biji bawang holland (1.5 whole holland onion) πŸŒ•4 ulas bawang putih (4 cloves garlic) πŸŒ•3 sudu rempah kari daging (3 tbsp beef curry powder) πŸŒ•1 sudu kecil jintan manis (1 teaspoon fennel powder) πŸŒ•1 sudu kecil jintan putih (1 teaspoon cumin powder) πŸŒ•400g daging kisar (400g ground beef) πŸŒ•Garam (salt) πŸŒ•2 cawan air (2 cups water) πŸŒ•Roti sosej (hot dog buns) πŸŒ•Mentega (butter) πŸŒ•5 biji telur (5 eggs) πŸŒ•Daun bawang (scallion) πŸŒ•Keju (Cheese) πŸŒ•Sos cili (Chilli sauce) πŸŒ•Mayonaise . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Dapur lonely dah keluar video baru!! Nak kena tengok ni..

Amboi, pantas ya! Pantang ada video menu baru, terus tengok! Tapi kalau dah tengok, korang buat tak? Atau sekadar tengok je.. lepas itu lapar dan menyesal sambil tunggu waktu berbuka. Team LUNARIA sendiri pun termasuk dalam kategori ini sebab kami suka tengok video orang masak sambil menahan lapar.. LOL! Apa pun, kalau korang on notification Instagram @Khairulaming, jangan lupa on juga notification Instagram @Lunariamy okay!

LEMBIK SEPANJANG HARI

Mak suruh angkat kain, kita kata tak larat. Kakak minta tolong sapu bilik, kita kata penat.. Amboi, kita seorang sahaja ke yang puasa? Ahli keluarga lain pun berpuasa tapi masih bertenaga kenapa tidak kita? Ada antara korang yang termasuk dalam kategori ini tak? Jangan ambil kesempatan di bulan puasa.. kita perlu buat aktiviti seperti biasa okay!

ASYIK TENGOK JAM

via GIPHY

Ada geng menghitung saat berbuka tak? Mata melekat je tengok jam berdetik.. tak penat ke? LOL! Sebenarnya, kalau kita tunggu masa berjalan.. masa akan terasa lambat! Apa kata sambil tunggu waktu berbuka kita buat sesuatu yang berfaedah.. Ini kalau asyik tengok jam, lama-lama boleh termasuk ketagori perangai nombor 1, tidur tidur dan tidur lagi!

Antara kategori yang tersenarai di atas, korang yang mana satu? Kami di LUNARIA mengaku kami termasuk dalam kategori nombor empat iaitu tengok video masak lepas itu kenang nasib tahan lapar.. LOL! Tak apa guys, belum terlambat untuk kita ubah diri kita jadi lebih baik.. Selamat berpuasa!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Yang Sesuai Untuk Korang Online Class!

Puasa Korang Akan Sia-Sia Sebab Perkara Ini…