in ,

6 Lokasi Picnic Kawasan Lembah Klang Korang Harus Usha

Sumber gambar: Instagram @adahazman_

Sekarang ni tengah musim orang pergi picnic, boleh dah ni survey tempat best. Boleh la ajak family atau kawan-kawan pergi ke sana…

Iya, semenjak sudah masuk fasa PKPP ini banyak aktiviti kita boleh lakukan. Termaksuklah rekreasi bersama keluarga di tempat awam. Dikesempatan itu, boleh juga kita pergi picnic sambil posing OOTD kan, bukan selalu pun. Sekarang ini kalau nak picnic kena pandai pilih tempat, kena elakkan tempat yang jadi tumpuan umum. Ramai satu hal, nanti kena saman pula kalau tak pakai face mask waktu tengah rekreasi. Disebabkan itu, kami akan list beberapa lokasi best untuk korang picnic weekend ini, confirm korang akan excited!

TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM

Menariknya dekat Taman Botani Negara Shah Alam ini ialah korang boleh pilih untuk picnic dekat mana-mana sahaja. Selagi tempat itu tiada papan tanda larangan, selagi itu la korang boleh lepak. Nak makan dekat tepi sawah padi pun boleh juga, maklum la kawasan Taman Botani Negara ini memang sangat luas. Sebab itu dekat mana-mana sahaja korang boleh picnic. Lokasi yang kami boleh suggest ialah berhampiran sawah padi sebab dekat situ ada tersedia gazebo untuk pengunjung beristirehat. Sambil tu bentang tikar, makan dan ambil gambar sekali! At the same time korang boleh buat aktiviti lain dekat sana juga, antaranya berbasikal tawaf kawasan taman.

TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR

Jangan salah tempat, Taman Botani Perdana terletak di Kuala Lumpur ya. Lokasi yang sangat strategic kerana berhampiran dengan bandar, Dataran Merdeka, Taman Burung, Tugu Negara, pengangkutan awam dan beberapa lokasi menarik lagi. Biasanya pengunjung akan jogging atau jalan-jalan sahaja disini, ada juga yang menjadikan Taman Botani Perdana sebagai lokasi untuk berkelah. Mempunyai kawasan seluas 91.6 hektar, maksudnya korang boleh picnic di mana-mana sahaja asalkan bukan dekat atas air. Ada banyak kawasan menarik di dalam taman ini, antaranya ialah kawasan bunga, rumah buluh danΒ  macam-macam lagi. Korang boleh bentang tikar dekat atas padang berhampiran playground disitu. Confirm taknak balik sebab seronok dekat sana kan.

TAMAN KLCC

Dress up sikit, masak simple dan boleh gerak ke Taman KLCC! Mungkin ada yang tak tahu bahawa kita dibenarkan untuk picnic dekat dalam kawasan Taman KLCC sebab tempat itu memang dibuka untuk beriadah. Jangan segan untuk berkelah dekat situ walaupun orang ramai tengah fokus dekat kolam renang ‘mini’ dan juga air terjun yang ada dekat situ. Nak lagi mudah, bawa sahaja tikar dan beli makanan dekat dalam KLCC. Tak jauh mana pun nak jalan masuk ke dalam Suria KLCC tu, boleh la pilih bermacam jenis makanan yang ada, tak perlu susah-susah nak masak dari rumah kan, hehe!

TAMAN METROPILITAN KEPONG

Setiap hujung minggu, Taman Metropolitan Kepong memang menjadi perhatian ramai untuk beriadah bersama keluarga. Even sebelum PKP ini, banyak aktiviti boleh dilakukan dekat sana, ada yang bawa basikal sendiri, mainan sendiri untuk dimain dekat sana. Ramai juga peniaga memunculkan diri untuk mengisi perut pengunjung yang datang. Sejak PKPP ini, tak pasti pula macam mana keadaan dekat sana. Mungkin dah kurang dikunjungi kot, so ini la peluang untuk korang picnic tanpa diganggu…

TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA

Sebelum ini, Taman Saujan Hijau dikunjungi oleh sesiapa yang nak jogging atau ambil gambar dekat situ sebab tak dinafikan pokok dikawasan Taman Saujana Hijau memang cantik belaka. Ada feeling ala-ala berada di oversea lagi itu. Semenjak tempat ini dikunjungi ramai, pasti la terbukti bahasa kawasannya sangat cantik sehingga berjaya menangkap mata yang memandang. Cuma jadi tak berapa nak seronok sangat sebab dah ramai orang, susah nak jaga social distancing, kena pakai mask setiap masa.

PANTAI BAGAN LALANG

Nak picnic tetapi taknak sampai ke negeri lain, maka pantai Bagan Lalang ialah lokasi yang korang cari sebab ia masih berada dalam kawasan negeri Selangor. Cuma drive beberapa jam sahaja dan korang dah ready untuk picnic. Dapat deco best mesti lagi enjoy je picnic korang itu nanti.

Kalau nak bagi list tempat picnic, memang takkan habis satu hari sebab ada banyak tempat menarik. Kelebihan tempat yang kami list ini ialah mudah untuk cari parking, so tak ada la kena bawa barangan picnic tu jauh-jauh kan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perbezaan Ketara Gaya Bercinta Selebriti Barat dan Selebriti Korea

Newkidd Kolaborasi Bersama Aizat Amdan Untuk Lagu β€˜Me Me We’