in ,

6 K-Drama Terbaru Bulan Mei 2020 Harus Tonton

Sumber gambar: YouTube K-Junkee

Gais, Mei 2020 is coming.. Maknanya apa? Senarai baru K-drama akan dikongsikan! Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita ada banyak masa untuk diluangkan di rumah. Jadi, jom gunakan peluang ini sebaiknya.

Seperti biasa, LUNARIA sangat excited kongsikan senarai drama-drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang Mei ini. Mungkin ada yang akan mengisi bucket list korang yang sedia ada. Well, ada beberapa buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Mei ini. Banyaknya gaiss!! So, let’s check it out the list.

Soul Mechanic (KBS)

“Soul Mechanic” adalah sebuah drama yang menceritakan kerjaya seorang psikiatri dan para pesakit mereka. Drama ini sesuai untuk korang explore cara psikiatri cuba menyembuhkan emosi pesakit mereka yang terluka. Menerusi berbagai cerita, drama ini cuba untuk mengupas tentang persoalan “Dari mana datangnya kegembiraan” dan akan berkongsi mesej-mesej yang menyentuh hati dan menghiburkan para penonton.

Shin Ha Kyun akan membawakan watak sebagai Lee Si Joon, seorang psikiatri di sebuah hospital umum. Dia adalah seorang doktor yang sangat berdedikasi dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu pesakitnya. Apa yang menarik, ini merupakan drama bertemakan perubatan pertama Shin Ha Kyun dalam tempoh sembilan tahun.

Jung So Min pula akan memainkan peranan Han Woo Joo, pelakon muzikal yang sedang meningkat naik. Han Woo Joo seorang yang diibaratkan seperti api dan air, mood yang sentiasa berubah, bersemangat dalam kerjaya serta apa sahaja yang disukainya dan cuba untuk mencari diri sebenar beliau. Han Woo Joo juga merupakan pesakit kepada Lee Si Joon. Agak-agak mereka akan bercinta tak? LUNARIA tak sabar nak tengok!

“Soul Mechanic” bakal bersiaran di KBS World TV Ch 391 dan Ch 392HD mulai 7 Mei depan bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat, jam 9.10 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

Oh My Baby! (tvN)

“Oh My Baby” mengisahkan seorang wanita berumur 39 tahun yang nak ada baby tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Setelah dia rasa tak ada harapan untuk bercinta, tiga lelaki hadir dalam hidupnya. Jang Nara memegang watak sebagai Jang Ha Ri, penolong ketua jabatan di majalah keibubapaan. Jang Ha Ri, seorang yang rajin bekerja, cantik dan sangat berbakat dalam kerjayanya. Dia bagaimanapun, telah berputus asa dalam bercinta sejak 10 tahun yang lalu.

Go Joon akan membawakan watak sebagai jurugambar bebas Han Yi Sang, yang sangat mempercayai pada kehidupan bujang dan sentiasa mencari hobi-hobi yang baru. Park Byung Eun pula membawakan watak Yoon Jae Young, seorang pakar pediatrik dan rakan karib Jang Ha Ri. Pada suatu hari selepas bangun dari tidur, Yoon Jae Young mendapati dirinya tiba-tiba menjadi seorang ayah tunggal. Manakala Jung Gun Joo sebagai Choi Kang Eu Tteum, seorang pekerja baru di majalah keibubapaan yang akan membawanya menikmati pengalaman yang menarik dan sentiasa memerhatikan Jang Ha Ri. Haa, nampak macam menarikkan?

“Oh My Baby” akan ditayangkan menerusi tvN Asia Astro Ch 395, Astro Go dan Unifi TV Ch 211 mulai 7 Mei depan. Drama ini akan mengisi slot Khamis-Jumaat mulai jam 9.45 malam.

Mystic Pop-up Bar (JTBC)

“Mystic Pop-up Bar’ yang merupakan adaptasi daripada webtoon popular “Ssang Gap Pocha” mengisahkan tentang misteri kewujudan pojangmacha di tengah-tengah malam di tempat yang jarang dikunjungi oleh manusia. Kewujudannya mencetuskan tanda tanya buat pengunjung pondok kanopi itu apabila mereka dikatakan telah ‘dipengaruhi’ sesuatu selepas pulang ke rumah. Pojangmacha  dikenali sebagai jajaran pondok kanopi yang biasanya dilawati peminat ‘food street’ untuk menikmati soju dan hidangan daging celup bakar. Kalau di Malaysia lebih kurang macam Yong Tau Fu!

Hwang Jung Eum akan memegang watak Wol Joo, pemilik pojangmacha. Wol Joo seseorang yang tidak tergolong dalam dunia realiti mahupun dunia kematian, yang membolehkannya bergerak di antara mimpi. Dia diibaratkan kaunselor yang menyelesaikan kerisauan manusia dalam dunia impian.

Yook Sungjae pula membawakan watak sebagai Han Kang Bae, pekerja dikhidmat pelanggan Gab Eul Mart dan pekerja sambilan di pojangmacha. Dia memiliki  kemampuan luar biasa sehingga membolehkan seseorang berterus terang mengenai rahsia selepas mereka bersentuhan dengan Han Kang Bae. Ada beberapa pelakon lain seperti Choi Won Young, Lee Joon Hyuk dan Jung Da Eun akan akan bersama jayakan drama ini.

“Mystic Pop-up Bar’ akan ditayangkan dirangkaian JTBC mulai 20 Mei bagi mengisi slot drama Rabu-Khamis.

Old School Intern (MBC)

Sumber gambar: Kdramacrazy

“Old School Intern” mengisahkan tentang situasi dipejabat dan bertemakan komedi, ‘bromance’ serta penuh drama. Ia menceritakan seorang bekas pekerja yang melakukan ‘sweet revenge’ terhadap ex-boss. Tapi, plot twist apabila kini ex-boss dia menjadi pekerja bawahannya.

Park Hae Jin akan membawakan watak sebagai Ga Yeol Chan, seorang pekerja yang telah berpindah ke syarikat ramyun setelah berdepan tekanan bekerja di bawah bos yang berusia, suka mengarah dan mempunyai fikiran ‘old style’. Kisah balas dendam Ga Yeol Chan akan bermula disamping aksi ‘bromance’ antara kedua-dua lelaki ini yang akan digambarkan secara realistik dan sedikit aksi komik.  Pasti menarik untuk saksikan mereka beraksi tambahan Ga Yeol Chan yang ‘perfectionist’ itu sebenarnya seorang yang cuai dalam kehidupan seharian. Agak-agak dia akan buli ex-boss dia atau tidak?

Drama ini akan mula ditayangkan selepas drama “Find Me In Your Memory” berakhir dan berkemungkinan besar ianya akan ditayangkan di OhK! Ch 394 bagi mengisi slot Khamis-Jumaat jam 7.50 malam mulai 21 Mei depan.

Shall We Eat Dinner Together? (MBC)

Sumber gambar: Pinterest

“Shall We Eat Dinner Together?” adalah karya berdasarkan satu webtoon dengan tajuk yang sama. Ia menceritakan kisah cinta antara seorang lelaki dan wanita yang serik untuk bercinta setelah berdepan dengan perpisahan yang perit. Setelah menikmati makan malam bersama, akhirnya luka lama semakin terubat dan mereka kembali merasai ni perasaan cinta. Mereka cuba mencari cinta kembali bermula dengan makanan. Comelnya cari cinta melalui makanan..

Song Seung Heon akan membawakan watak Kim Hae Kyung, seorang ahli psikiatri dan psikologi makanan yang menganalisis pesakit dengan menyaksikan mereka makan dan menggunakan cara yang luar biasa untuk merawat pesakitnya iaitu melalui makanan dan sajian makanan. Walaupun Kim Hae Kyung digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut dan sopan ketika merawat pesakitnya, namun dia begitu jujur dan sangat tegas sehingga boleh menjadi kejam apabila mengkritik makanan. Seo Ji Hye pula akan membawakan watak Woo Do Hee, seorang yang tidak lagi punya perasaan cinta apabila pernah gagal dalam percintaan.

Walaupun kedua-dua watak itu seakan pakar dalam percintaan, mereka sebenarnya masih lagi trauma dengan cinta pertama masing-masing. Kim Hae Kyung dan Woo Do Hee akan menunjukkan keserasian yang tidak dijangka apabila mereka secara kebetulan menjadi teman makan malam tanpa mengetahui nama satu sama lain.

Drama ini juga mungkin akan ditayangkan di OhK TV Asia Ch 394 dan Astro Go bagi mengisi slot drama Selasa-Rabu mulai 24 Mei jam 7.50 malam.

Late Night Snack Man and Woman (JTBC)

Sumber gambar: Gaekon

“Late Night Snack Man and Woman” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantik yang mengisahkan mengenai cinta tiga segi di mana seorang lelaki dan wanita bertarung melawan lelaki yang sama.

Jung Il Woo akan membawakan watak sebagai Park Jin Sung yang berjaya mencuri hati orang lain melalui makanan. Park Jin Sung menguruskan sebuah restoren istimewa yang dinamakan Bistro72. Dia ditawarkan menjadi host sebuah rancangan masakan yang diberi nama “Late Night Snack Man and Woman” oleh pelanggan tetapnya PD Kim Jin Ah selain turut menyembunyikan satu rahsia. Dengan kata-kata yang tulus dari hati dan kemahiran memasak yang lur biasa, chef Park Jin Sung semakin dikenali ramai.

Kang Ji Young KARA pula memegang watak pengarah kontrak bagi ‘variety show’, PD Kim Ah Jin. Dia bekerja keras kerana impiannya ingin membuat penampilan sulung sebagai pengarah. Kim Ah Jin seringkali mengunjungi Bistro72 untuk menikmati minuman dan makanan ringan di mana padanya itu sahaja sumber kegembiraan dalam hidupnya setelah penat bekerja. Sebelum tamat kontrak, impian terakhirnya untuk menjadikan rancangan “Late Night Snack Man and Woman” berjaya.

“Late Night Snack Man and Woman” akan mula ditayangkan pada 25 Mei  menerusi rangkaian JTBC.

Jadi, buat peminat K-drama, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Happy watching!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Elak Bibir Kering Sepanjang Ramadan

Kata-Kata Terbaik Cerita Spongebob Untuk Dijadikan Contoh