in ,

5G OTW! No More Internet Lambat…

Sumber gambar: https://internetofbusiness.com/5g-new-deals-between-fujitsu-ericsson-samsung-nec/

Biar betul Malaysia bakal ada Teknologi Generasi Kelima (5G)?! Maksudnya lepas ni internet akan jadi makin laju ke?!

Since sekarang kita dah capai tahap line 4G atau LTE, memang ramai orang nanti-nantikan teknologi 5G pula! Nampaknya Malaysia pun bakal rasai teknologi maju nanti! Tapi #Lunagirls, ia masih lagi dalam ujian kepantasan dan hanya lima negeri saja yang akan rasai ujian tersebut!

via GIPHY

Antara negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo, tujuan utama kenapa hanya lima negeri saja yang terlibat dengan ujian tersebut ialah disebabkan permintaan yang tinggi.

Tak dinafikan, negeri lain memang ada minta supaya teknologi 5G ni diperkenalkan. Tapi for now hanya lima negeri yang terpilih saja yang akan rasainya dulu.

Pada masa akan datang, mungkin negeri lain pun akan rasai teknologi terbaru ni. Cuma bila ia akan dilaksanakan tak tahu lagi, korang kena tunggu bila update terkini nanti ya. Memandangkan sekarang pun tengah dalam tempoh ujian dan percubaan, kita kena la tengok feedback tu dulu before nak upgrade dalam skala yang lebih besar.

via GIPHY

Tapi untuk jayakan ujian 5G, banyak aspek teknologi yang perlu dinilaikan termasuklah keselamatan, infrastruktur baru dan juga banyak lagi yang perlu dinaiktaraf. Bukan senang nak upgrade teknologi tinggi tau.

Lepas ini makin laju la internet! Yayy, boleh la tengok video laju lepas ni! Nak scroll social media pun makin seronok tanpa perlu tunggu loading lama-lama! Untuk #Lunagirls yang duduk di kawasan yang terlibat, jom komen sikit feedback korang tentang internet 5G di bawah okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS-GFriend Bergabung, Fans Nak Big Hit Ambil Alih YG Entertainment?

Period Punya Pasal, Habis Semua Tak Kena!