in ,

5 Sukan Sekolah Yang Wajib Korang Cuba Sertai

Sumber gambar: stadiumastro.com

Bulan Februari ini mesti kebanyakan sekolah dah mulakan pemilihan atlet untuk sukan sekolah kan? Biasanya, antara sukan yang selalu menjadi rebutan korang dan rakan-rakan adalah bola sepak, ragbi, futsal, bola jaring, bola baling, bola tampar dan segala jenis bola korang nak sapu kan? Hehe! Kenapa tidak, kali ini korang beri peluang kepada diri korang untuk cuba sukan baru yang lain pula? Biar kami kongsikan dengan korang antara lima sukan yang korang boleh cuba untuk sukan sekolah kali ini. 

MEMANAH

Sumber gambar: smkprai

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu. Jadi, kalau korang adalah salah seorang yang sangat kuat di bahagian badan atas, korang boleh lah cuba masuk dan menjadi wakil rumah sukan dalam sukan memanah. Bukan setakat itu sahaja, dari memanah korang boleh cuba belajar untuk fokus pada sesuatu benda hanya dengan memanah. Woah! 2 dalam 1 gitu kan?

BERENANG

Sumber gambar: darunnajah

Walaupun tidak semua sekolah yang ada sukan ini tetapi kalau kalau sekolah korang ada, korang cubalah masuk sukan berenang. Selain dapat tambahkan kemahiran berenang korang dengan lebih baik, korang boleh praktik dan upgrade kan lagi gaya renang korang sambil membantu rumah sukan korang untuk dapatkan mata dalam rumah sukan.

SQUASH

Sumber gambar: blogskgongbadak

Sebenarnya, memang ramai yang nak masuk sukan squash ini tetapi ramai yang takut nak sertai sebab tak reti main squash, betul tak? Ala, korang tak perlu pun rasa takut nak volunteer diri korang untuk masuk squash sebab kalau korang tak reti, korang boleh minta tolong senior atau cikgu yang dah hebat main squash. Nanti, dari belajar asas korang lama-lama sama hebat lah seperti mereka. 

HOKI

Sumber gambar: astro awani

Kalau nak masuk hoki, korang kena lincah tau! Jadi memang sesuai untuk korang yang memang lincah untuk join sukan hoki sebab ia bukan sahaja korang perlu fokus nak pukul bola itu tapi ia melibatkan banyak hal sekeliling yang perlu korang perhatikan. Selain dari itu, korang juga akan nampak sangat cool tau! Hehe! 

SUKANEKA

Sumber gambar: psssktbtum

Sukan ini yang paling ramai orang selalu tak nak masuk sebab katanya nampak tak cool. Ish! Korang ini! Sukaneka ini lah antara sukan paling function sebenarnya sebab mata yang dikumpul untuk sukaneka lebih banyak berbanding sukan lain. Apa yang lagi best, ia ada variasi permainan yang boleh korang cuba untuk korang keluarkan peluh korang dan sukaneka juga antara sukan yang paling ramai orang nantikan untuk sokong korang. Jadi, tak payah tunggu lama-lama. Kalau cikgu tanya siapa nak jadi wakil, korang terus angkat tangan okay! Haha! 

Sebenarnya, walaupun korang tak biasa main semua sukan ini, korang boleh sahaja cuba. Orang kata, belajar benda baru tidak salah pun. Mana tahu, daripada korang sengaja masuk sukan ini secara suka-suka, lama-lama korang antara yang mewakili negara suatu hari nanti? Semua ini boleh kita boleh belajar dan kalau kita berusaha, kita mungkin boleh menjadi salah seorang penyumbang mata untuk rumah sukan kita menang, setuju tak? Hehe

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments