in ,

5 Subjek Penting Yang Korang Perlu Buat Nota Awal

Sumber gambar: variety.com

Tinggal beberapa hari lagi sahaja nak habis bulan Januari. Korang punya study macam mana setakat ini? Okay ke? Mesti okay sahaja betul tak? Sebab masih awal tahun lagi. Jadi baguslah untuk korang! Tapi korang macam ada lupa sesuatu tak? Nota? Eh nota apa? Peperiksaan lambat lagi.. Haa, mana boleh cakap awal lagi. Sepatutnya, lagi awal korang bersiap sedia, lagi baik sebab nanti last minute nanti korang boleh relax sikit tanpa perlu study hard. Jadi biar LUNARIA beri tips dekat korang subjek penting apa yang korang wajib buat nota awal.

SAINS

Sumber gambar: tanwir

Sains adalah subjek yang wajib korang buat nota ringkas setiap kali habis belajar setiap satu bab, sebab nanti kemungkinan untuk lupa sangat tinggi. Kalau korang buat latihan banyak kali pun bagus tetapi masih tetap korang perlukan nota ringkas untuk ingat beberapa terma dalam setiap bab contohnya organ manusia, proses tumbuhan, asid alkali, dan lain-lain.

SEJARAH

Sumber gambar: iluminasi

Uish! Dalam banyak-banyak subjek, ramai  pelajar setuju bahawa subjek sejarah yang paling complicated untuk kita semua ingat. Sedangkan sejarah keluarga sendiri pun ada yang ingat dan tak, ini pula sejarah negara betul tak? Kalau korang nak tahu, sebenarnya belajar sejarah sangat seronok sebab korang boleh tahu macam mana segala benda di sekeliling kita ini boleh terbentuk dan terjadi dan harmoni seperti sekarang. Jadi, sebab itu untuk korang jenis yang pelupa, sebaiknya buatlah nota sejarah lebih awal dan catatkan tarikh-tarikh dan nama penting dalam sejarah supaya korang ingat. Nama penjajah itu, korang ingat saja ibarat kononnya dia ex korang yang dah lukakan hati korang. Aicewah

GEOGRAFI

Sumber gambar: tes

Hmm, budak-budak sekarang selalu kata mereka suka travel. Kalau suka travel tapi gagal Geografi buat apa? Tetap tak function.. LOL! Jadi, kalau korang ada cita-cita nak travel ke mana-mana sambil korang boleh tahu apa yang menarik tentang sesuatu negara. Korang cuba cintakan subjek Geografi dengan buat nota secara awal. Sambil itu, nak lagi senang korang catat apa yang menarik dekat setiap negara itu contohnya iklim ada berapa musim, terletak di longitude latitude berapa dan apa yang menarik, bencana apa yang mudah terjadi dan lain-lain. Zoe memang suka subjek Geografi sebab boleh tahu apa sumber makanan di situ. Huhu!

BAHASA MELAYU

Sumber gambar: menulismenconteng

Subjek Bahasa Melayu juga wajib korang tulis nota awal khususnya untuk Komsas sebab tema sajak, maksud tersirat, sinopsis novel dan lain-lain itu korang boleh ingat ke? Belajar bahasa ini sebenarnya memang best! Mana tahu korang boleh jadi seorang yang deep persis penyanyi di luar sana. Hehe! Mungkin boleh jadi penulis lirik selepas ini?

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

Sumber gambar: electrical-engineering

Kenapa subjek RBT kena juga buat nota awal? Sebab ia ada kena mengena dengan kemahiran hidup dalam diri korang. Lebih lagi, korang hidup dalam Revolusi Industri Keempat (IR4) yang mana generasi korang wajib titik berat kan untuk masa depan korang. 

Sebaiknya, bila ada masa lapang, korang buat sahaja nota penting sama persis macam nota yang korang selalu ringkaskan untuk exam itu. Tak perlu panjang berjela pun. Cukup untuk korang ulangkaji pun sudah memadai. Tak silap, semua subjek ini antara yang core sebab semuanya perlu menghafal. Kalau Matematik dan subjek tak dinyatakan itu biasanya memerlukan lebih banyak latihan berbanding menghafal dan ulangkaji juga. Jadi, kalau korang cuba buat nota awal, mesti last minute nanti korang tak serabut dan tak ada masalah apa-apa. Have a good day okay! Hidup mesti chill

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Fakta Menarik Tentang TikTok

Bahaya Coronavirus, Hati-Hati Guys!