in ,

5 Soalan ‘Wajib’ Tanya Future Boyfriend Or Girlfriend

Alamak, si dia dah ready nak make it official.. Tapi kenapa hati macam tak puas lagi dan perlukan lagi masa nak berkenalan?

Jangan risau! It is normal to feel nervous bila si dia ajak declare! Kalau korang masih rasa ragu-ragu dan rasa macam tak cukup kenal si dia dengan lebih dalam, apa kata korang tanya 5 soalan penting ini! Dengan jawapan yang bakal si dia jawab mungkin hati akan rasa lebih ready untuk jadikan relationship korang ke next level? Ala, soalan simple je.. Tapi pastikan si dia jawab dengan jujur dan ikhlas okay! Ini antara 5 soalan korang perlu tanya..

PENDAPAT SI DIA KALI PERTAMA TENGOK KITA

Sumber gambar:

Boleh tanya dulu bila kali pertama dengan tengok kita. Lepas tu baru tanya, apa yang mereka fikir dan rasa bila tengok kita buat kali pertama? Happy? Nervous? Excited? Speechless? Kalau dia jawab dengan jawapan yang positif maknanya si dia betul sukakan awak. Kalau dia jawab tergagap-gagap dan jawapan dia tak memuaskan, mmm.. mungkin kita boleh pergi soalan seterusnya?

EX-GIRLFRIEND MASIH DALAM HATI?

Sumber gambar:

Si dia masih contact ex-girlfriend? Itu okay je.. Don’t be insecure guys! Mungkin mereka nak keep it professional dan masing-masing dah move on.. Tapi kalau si dia masih lagi simpan surat cinta, message lama, dan selalu throwback gambar-gambar lama dia dan ex-girlfriend itu dah bahaya! Mulut kata dah move on, tapi hatinya tidak. Itu tandanya dia masih belum bersedia nak ada hubungan baru. Lebih baik kita bagi dia masa untuk lupakan kisah lama.

SI DIA SUKA ADVENTURE TAK?

via GIPHY

Relationship pun salah satu adventure tau! Kalau si dia tak reti nak explore the world and enjoy adventure yang bakal korang hadapi nanti macam mana? Takkan korang nak enjoy seorang diri betul tak? Sebab itu sangat penting untuk tahu adakah si dia ready untuk join adventure ini dengan korang atau dia sekadar nak main-main je?

SUKA TERIMA PUJIAN DARIPADA ORANG LAIN

via GIPHY

Amboi, suka dipuji ya bakal partner korang! Haha! Kalau korang selalu puji dia dan si dia masih lagi nak orang lain especially girls or boys lain untuk puji dia juga maknanya dia tak cukup satu sis! Fikir balik, adakah korang ready nak partner korang selalu dipuji oleh orang lain? Hmm.. macam pelik tapi memang ada boys or girls yang sukakan pujian orang luar walaupun dia in a relationship! Kita boleh kata si dia adalah attention seeker.

BESTFRIEND VS GIRLFRIEND

Sumber gambar:

Fuh, yang ini agak mencabar sikit! Tak semua lelaki ada kawan baik perempuan dan tak semua perempuan ada kawan baik lelaki. Tapi kalau pasangan korang ada kawan baik opposite gender, sangat penting untuk korang set boundaries dalam relationship nanti! Takut mula-mula korang okay je, lama-lama geram pula dengan kawan baik si dia tu yang kat sini pun dia ada, kat sana pun dia ada! LOL!

Nervous tak nak bawa relationship to the next level? Tak kisahlah korang nak bercinta macam mana pun, yang penting kita kena selalu utamakan pelajaran okay! Pastikan korang berdua berjaya dalam pelajaran supaya nanti boleh tunjuk dekat cikgu dan kawan-kawan lain yang kita bercinta pun boleh berjaya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

iKON Kena ‘Serang’ Dengan iKONIK, Sampai Keluar Surat Saman

Tanda² Korang Syok Sendiri!