in ,

5 Sikap Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Diri Seseorang

Sumber gambar: Instagram @Lunariamy

Dah nak masuk penghujung tahun 2020, rasa macam diri ini masih belum berubah. Sama je….

Setiap orang mesti ada perasaan nak berubah tak kisahlah perubahan apa sekalipun, asalkan ianya berubah ke arah kebaikan. Tapi nak berubah ini bukannya mudah, waktu nak berubah itulah ada sahaja halangan yang datang. Cuma semuanya bergantung kepada diri kita sendiri, macam mana kita nak tangani halangan itu dengan sebaiknya demi perubahan positive dalam diri. Sebelum nak berubah, ada beberapa perkara yang kita kena sisihkan terlebih dulu. Antaranya ialah…

CANTIKNYA DIA, TAPI AKU?

ً on | Jimin funny face, Jimin funny, Bts meme faces
Sumber gambar: Pinterest

Pantang larang pertama kalau nak berubah ialah jangan pernah sesekali bandingkan diri korang dengan orang lain. Tak kisah bandingkan diri dalam segi pelajaran, kehidupan, kecantikan, kejayaan atau apa-apa sahaja. Korang sendiri tak suka kalau asyik dibandingkan oleh parents atau keluarga betul tak? Jadi jangan bandingkan diri korang dengan seseorang lain yang korang anggap lebih cantik atau handsome. Korang nampak dia sempurna tapi korang tak tahu kekurangan dia? Kita semua cantik dan kita semua bijak, cuma kita sahaja yang tak nak menghargainya.

CUBA BUAT ORANG LAIN HAPPY, TAPI…

aesthetic sad depression Image by River🌊
Sumber gambar: Picsart

Sibuk nak buat orang sekeliling happy walaupun hakikatnya diri kita sendiri pun tak happy dengan sesuatu perkara. Nak buat BFF happy punya pasal sampai sanggup lukakan hati kawan yang lain, cancel plan dengan orang lain sebab nak keluar dengan orang lain. Sikap macam ini kita kena buang cepat-cepat sebab ia seumpama memakan diri kita sendiri. Kita sibuk nak buat orang lain happy tapi kita sedih dan terpaksa hadap benda yang tak best pula disebabkan perkara itu. Gembirakan diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum nak buat orang lain happy okay guys?

OVERTHINKING BENDA TAK ADA KAITAN

overthinking | Me IRL | Know Your Meme
Sumber gambar: Knowyourmeme

Manusia dan sifat overthinking ini adalah satu combination yang begitu bahaya sekali. Tapi sampai bila kita nak overthinking? Bila nak berubah, sikap suka overthinking ini salah satu perkara paling penting yang kita kena buang jauh-jauh.. Tak perlu  nak overthinking tentang pandangan orang lain tentang diri kita, apa orang fikir dengan penampilan kita, rupa kita bila tak pakai makeup dan macam-macam lagi. No! Please buang sikap overthinking ini dalam diri sebab selagi ada sikap ini selagi itu kita takkan dapat berubah sepenuhnya.

HIDUP DALAM MASA LAMPAU

via GIPHY

Nak ubah diri belajar sungguh-sungguh, tapi asyik terfikir tentang result pertengahan tahun waktu form 1 dulu yang tak memuaskan. Ya, tak salah nak bagi diri motivasi dengan cara itu tapi kalau setiap kali exam asyik nak ingat pada kegagalan je, bila nak berjaya? Cuba korang buktikan kejayaan serta perubahan diri korang sebagai cara untuk ‘balas dendam’ pada seseorang. Cuma make sure cara balas dendam itu adalah cara yang baik dan bukannya dengan cara yang salah.

KAWAN DENGAN SEBULU JE

Pin de Alex Zimmer em instagram inspiration | Fotos de amigos ...
Sumber gambar: Pinterest.com

Biasanya di sekolah mesti ada geng masing-masing betul tak? Tak kisah perempuan atau lelaki mesti ada kelompok-kelompok mereka sendiri. Ada geng satu hal, sampai tak nak bergaul dan berkawan dengan orang lain itu cerita lain pula. Kata orang kawan biar seribu, musuh biar satu. Tapi kalau musuh lagi ramai daripada kawan macam mana pula? Bab kawan ini kita memang kena memilih sikit tapi tak semestinya kita kena kawan dengan geng kita je, kena juga bercampur dengan orang lain. Di sekolah korang perlu ada ramai kawan supaya tidak kekok utuk buat kawan baru di universiti nanti.

Nak berubah memang tak mudah tetapi jangan sesekali rasa down kalau orang lain putuskan semangat itu. Kita berubah sebab diri sendiri, bukan sebab orang lain. Jadi biar je orang nak cakap apa, at the end of the day nanti bila korang dah berubah mesti orang sekeliling akan tumpang bangga.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berkat Kesabaran, Akhirnya TREASURE Debut Dengan Lagu ‘BOY’

Cara Mudah Untuk Korang Hilangkan Sunburn Akibat Musim Panas