in ,

5 Sebab #Lunagirls Kena Pakai Losyen!

Sumber Gambar: https://www.sheknows.com

Cuaca panas lembap buatkan ramai orang tak suka pakai body lotion sebab takut kulit akan melekit dan berminyak! Tapi #Lunagirls nak tahu tak bahawa body lotion ni banyak manfaat untuk kulit tau.. Jom LUNARIA senaraikan benefits pakai losyen setiap hari!

LEMBUTKAN KULIT

via GIPHY

#Lunagirls jangan jadikan takut kulit berminyak satu alasan untuk tidak pakai lotion ya girls! Sebab ada sesetengah bahagian badan seperti siku, lutut dan tumit yang memerlukan body lotion setiap hari tau girls! Ia akan membantu kulit untuk lebih lembut dan tidak akan ada masalah kulit kering..

MEMBERI PERLINDUNGAN

via GIPHY

Bukan hanya membantu untuk lembutkan kulit tetapi juga boleh melindungi kulit tau #Lunagirls! Biasanya lotion akan melindungi kita dari sinaran matahari, mencegah bahaya UV A dan UV B untuk kekalkan kesihatan kulit.

MENCERAHKAN KULIT

via GIPHY

Matahari yang terik menyebabkan tona kulit kita tidak sekata.. #Lunagirls ada bahagian kulit badan yang berbelang sana sini? Haa korang kena pakai losyen! Dengan penggunaan lotion yang mengandungi vitamin B3 akan menjadikan kulit kita lebih sekata dan cerah!

MENCEGAH DEHIDRASI

via GIPHY

Bila kita selalu duduk dalam bilik berhawa dingin seharian, kulit kita akan kering! Cara terbaik untuk kekalkan kelembapan kulit ialah dengan menggunakan body lotion selepas mandi! Sebab waktu itu pori-pori kulit terbuka dan lebih mudah untuk body lotion di serap dalam badan!

BEBAS KUSAM

via GIPHY

Body lotion akan membantu proses pemulihan kulit mati dengan cepat supaya kulit #Lunagirls tidak akan kelihatan kusam lagi! Bila kita jarang pakai losyen pada kulit, kesan kotoran dan rekahan kulit akan nampak lebih jelas tau!

Dengan manfaat yang LUNARIA bagi ni, harap #Lunagirls tak lupa untuk pakai body lotion setiap kali selepas mandi dan sebelum keluar dari rumah.. Sebab siapa tak nak kulit lembut, licin dan cantik kan? Hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eww! Banyaknya Kelemumur!

Kenapa Dress Princess Asyik Warna Biru?