in ,

5 Sebab Kenapa Wajib Pergi Penang Waktu Cuti Sekolah

Sumber gambar: instagram.com/ainaa_lunaria

Musim cuti tinggal lebih kurang sebulan sahaja, jadi korang dah buat apa sahaja setakat ini? Mesti ada yang tengah kerja part time, ada yang fokus untuk diet dan tukar gaya hidup supaya lebih sihat, pergi food hunting, jalan-jalan, betul tak? Okay, tapi kami nak tanya sikit dekat korang, yang bukan orang Pulau Pinang. Korang pernah pergi Pulau Pinang tak? Siapa yang pernah pergi itu, macam mana pengalaman korang? Best kan! Untuk yang tak pernah pergi itu, tak apa! Korang mesti dapat pergi satu hari nanti okay! Tapi sebelum itu, biar kami kongsi dengan korang antara lima sebab kenapa korang wajib pergi Pulau Pinang waktu cuti sekolah ini.

NASI KANDAR MILANI

Sumber gambar: kitepunye

Nasi kandar ini memang sebenarnya kita boleh dapat di mana-mana sebab banyak saja negeri yang jual nasi kandar. Akan tetapi kalau korang pergi ke Pulau Pinang, korang akan dapat makan nasi kandar milani. Memang sekali makan rasa nak lagi dan lagi. Apa yang penting, korang memang kena order yang ada milani sebab sedap sangat! Bukan macam nasi kandar lain yang kita selalu makan itu.

STREET FOOD

Sumber gambar: gopenang

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang banyak sangat makanan street food yang best selepas Melaka, Johor dan Kuala Lumpur. Korang kena cuba air kacang, cendol, ABC, rojak menari, laksa dan banyak lagi makanan yang best di Pulau Pinang. Cuba lupakan diet korang buat sementara waktu selama di Pulau Pinang dan yes enjoy your food! Hehe! 

GELONGSOR TERPANJANG

Sumber gambar: free malaysia today

Gelongsor air terpanjang di dunia ini sebenarnya terletak di Taman Tema Escape, Pulau Pinang saja tau! Jadi korang yang suka mandi-manda di taman tema sambil buat banyak aktiviti mencabar yang lain, korang boleh cuba untuk pergi ke Taman Tema Escape ini sebab banyak sangat benda yang korang boleh buat. Kalau pergi waktu cuti ini mesti lebih meriah sebab ramai pelancong.

SKYWALK

Sumber gambar: loopme

Cabar adrenaline diri korang untuk berjalan di Skywalk Penang sebab di sini korang boleh berjalan di atas kaca yang boleh nampak semua di bawah. Ya, nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang scaredy cat tau! Haha! Selain itu, korang boleh juga cuba The Top di situ juga untuk berjalan di luar menara Komtar itu tapi jangan risau sebab mereka ada menggunakan tali keselamatan dan kalau korang berani, lebih baik cuba cepat! 

TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Sumber gambar: Penang WS

Untuk pengetahuan korang juga, Georgetown, Pulau Pinang ini adalah salah satu tempat yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Jadi, kiranya ia merupakan bukti yang ketara kepada warisan pelbagai budaya dan tradisi Asia dan pengaruh penjajahan Eropah yang mampu menarik perhatian banyak pelancong. Jadi orang Penang, korang patut berbangga tau sebab  Pulau Pinang ini diiktiraf dunia! 

Jadi tunggu apa lagi korang! Tak akan nak duduk diam saja! Ajaklah mak dan ayah korang pergi Pulau Pinang sekarang! Sebab korang boleh lawat semua tempat ini dalam masa empat hari sahaja pun dah boleh cover semua tau! Lebih lagi kalau korang pergi hujung tahun ini, di Pulau Pinang ada Pesta Penang setiap tahun yang korang boleh berseronok makan dan bermain di taman tema di situ. Memang seronok habis! Pakat pi ramai-ramai na! Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kang Daniel Depress, Umum Undur Diri Seketika

Pengasas Telegram Suruh Delete Aplikasi WhatsApp?