Pernah tak #Lunagirls tanya kepada kedua ibu bapa korang mengenai zaman kanak-kanak mereka, apa yang mereka lakukan tiap petang ye? Iyalah! Dulu mana ada phone macam kita sekaran ni. Kalau tak nak tanya takpe, LUNARIA share beberapa pemain traditional yang pasti akan mengamit kenangan.
TINGTING

Rasa ramai je tahu tingting ni kan, ni adalah permainan traditional yang tidak pernah asing. Even dimana-mana sekolah pun masih menyediakan petak untuk bermain. Tinting adalah permainan yang akan menguatkan otot kita, sekaligus mengajar kita untuk mengawal dan menyeimbangkan badan.
LOMPAT TIKUS

Permainan yang memerlukan kita untuk berlari, melompat dan merangkak bagi melepasi halangan. Permainan yang agak sedikit lasak, lagi-lagi pada sesiapa yang kena duduk dekat tepi ketika kita melompat tu, silap haribulan makan kaki pulak hihi.
BATU SEREMBAN

Permainan traditional yang nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan otak kita untuk peka dan focus dengan pergerakkan tangan dan batu atau bantal yang akan dibaling. LUNARIA kadang rasa macam perempuan melayu yang ayu tau bila main batu seremban ni sebab duduk bersimpuh hihi.
CONGKAK

Congkak adalah permainan yang akan melatih kita untuk fokus, mengira setiap pergerakkan batu untuk tahu dimana batu itu akan berhenti. Permainan yang seronok dimain oleh seisi keluarga.
MAIN LIDI

Jika dulu kita menggunakan lidi sate ataupun pensel untuk main permainan ini, tetapi kita telah dimoden kan dengan lidi berwarna warni. Permainan ini juga memerlukan beberapa teknik agar kita tak merosakkan permainan dengan tersentuh lidi lain. Siapa yang meriah lidi paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
Akibat peredaran zaman, kesemua permainan ini tidak lagi popular seperti dulu sebab itu LUNARIA cuba untuk memperkenalkan satu persatu permainan traditional ini kepada #Lunagirls agar tidak lupus ditelan dek zaman. Harap #Lunagirls dapatlah cuba semua permainan yang LUNARIA suggest ni, kalau tak tahu macam mana boleh tanya orang yang lebih tua takpun Youtube je.
Comments
0 comments