in ,

5 Perkara Rare Mungkin Kita Buat Selepas Bangun Tidur

Sumber gambar: Sbs.com.au

Bangun pagi gosok gigi, minum susu sambung tidur balik boleh tak? Sayang la nak tinggalkan katil ni, nanti rindu macam mana?

Dah berbulan dapat tidur selesa dekat katil takkan masih tak puas lagi kot? Lima hari je korang kena bangun awal, dua hari lagi boleh je bangun lambat. Tapi kena get ready je la telinga tu dengar mak membebel kalau pukul 11 pagi pun masih berselimut lagi dekat atas katil. Biasanya kalau bangun tidur apa yang akan korang lakukan? Adakah terus capai tuala dan menuju ke bilik air? Kami ada beberapa perkara rare yang sepatutnya kita lakukan sejurus bangun tidur. Check it out adakah korang tergolong dalam golongan mereka yang rare itu?

CHECK AIR LIUR BASI!

Selalu mengalami situasi begini ketika sedang nyenyak tidur?Ku ...
Sumber gambar: My.Toluna

Selalu bangun tidur terus check notification dekat phone, nak tengok sama ada crush ada like gambar dekat Instagram atau tidak kan? Tapi ada tak korang check air liur basi setiap kali bangun tidur? Ha, mesti jarang kan? Maklum la ada sesetengah orang taknak mengaku yang dia tidur keluar air liur basi. Selepas ini bangun je dari tidur make sure check terus air liur basi itu tau, takut nanti korang terus keluar pergi ambil parcel dekat luar dengan air liur basi penuh dekat muka tu ya.

TAKE 5 SEBELUM TERUS BANGUN

pinterest // @ouiouimaggie | Shadow silhouette, Photography, Shadow
Sumber gambar: Pinterest

Tak kisah la lambat macam mana pun korang nak ke sekolah, jangan sesekali terus melompat dari katil. Kami pasti, ramai yang selalu macam ini kan? Terkejut badan korang, terkeluar jantung tu nanti tau. Bukan setakat jantung sahaja yang sakit, satu badan pun akan turut terganggu. Tarikan graviti akan memberi kesan yang negative terhadap tekanan darah badan kita. Darah akan lebih cenderung untuk mengalir dengan banyak ke kaki berbanding terus ke badan sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Risau boleh pengsan je nanti kalau korang terus bangun je dari katil. Take 5 je, bukanΒ take 15 minutes sambung tidur semula ya.

TAK SNOOZE JAM LOCENG

LIFE | David Hayward | Flickr
Sumber gambar: Flickr

Mentang-mentang buat alarm setiap lime minit, sebab itu la tak risau langsung kalau nak snooze alarm berapa banyak kali sekalipun. Tapi masalahnya perbuatan itu mengganggu orang lain yang sedang nyenyak tidur dan perlu tidur lebih lama berbanding korang. Korang sangat rare kalau sekali je jam berbunyi korang terus bangun tanpa perlu tekan snooze. Power sis bro…

CHECK KAKI BERFUNGSI ATAU TIDAK

Bangun Tidur Tapi Tak Merasa Segar, Rasa Nyeri Leher dan Kram di ...
Sumber gambar: Tribunnews

Ada sesetengah orang bila bangun je daripada tidur dia akan jadi ‘lumpuh’ kerana kaki menjadi lembik. Sebelum terus bangun, korang boleh gerakkan dulu jari kaki, buat regangan sikit supaya kaki boleh terus berfungsi. Maklum la, malam tadi kaki dah penat ke sana ke sini membawa korang berjalan, kasi chance la dia berehat sekejap. Pernah tak bangun dari tidur rasa gigi kebas seakan-akan gigi dah tak ada? Sama la macam mcam rasa sakit gigi tu, yang mana korang akan rasa macam kaki tu dah hilang la.

KEJUT PARENTS

PlanetDERP ar Twitter: β€œ*mak kejut bangun sahur* mak:bangun ...
Sumber gambar: Twitter

Selalu parents yang akan kejut korang daripada tidur kan? Tidur la lambat macam mana sekali pun, confirm mak akan kejut bangun pagi untuk ke sekolah atau solat Subuh. Dikesempatan itu, korang pun tidur sahaja sampai mak kejut, selagi tak kejut selagi tu masih lagi sambung tidur. Why not kita jadi rare sikit, bangun awal dan kejut parents. Mungkin ada yang jenis bangun sendiri tanpa bantuan mak kejutkan, tapi for those yang mengharapkan mak kejut pagi, boleh la buat kelainan ya.

Agak-agak ada tak yang memang buat perkara ini setiap kali bangun tidur? Ainaa pasti part check phone tu mesti semua buat sebab kami sendiri buat macam tu, hehe! Sekali sekala kita buat benda yang kita tak pernah buat pun okay juga tau.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kafe Instagramable Worthy Untuk Korang Lepak Dengan Kawan

Tips Special Hadapi Cikgu Garang