in ,

5 Perkara Perempuan Selalu Buat Yang Sebenarnya Bahaya

Sumber gambar: www.pinterest.com/KamisamaG

Perempuan memang gemar menjaga diri, lebih lagi kesihatan, kecantikan dan juga dalaman diri. Bukan setakat itu sahaja, perempuan juga adalah manusia yang sangat unik tetapi kadang-kadang boleh jadi pelik bila tiba masanya. Akan tetapi, ada beberapa hal yang menjadi kebiasaan para perempuan yang sebenarnya bahaya untuk diri mereka tetapi kita tidak sedar pun kita lakukannya. Nak tahu kebiasaan apa sahaja yang selalu perempuan buat dan beri mudarat? Jom kita baca…

CABUT KENING

Sumber gambar: ocd uk

Biasanya, ada sesetengah perempuan memang gemar untuk cabut bulu kening mereka sebelum menggunakan make-up sebab nak bagi kening itu nampak sama. Akan tetapi, sebenarnya kalau korang kerap buat macam itu, nanti ia akan buatkan pori kulit korang terbuka lebih besar dan nanti habis banyak kimia dan kotoran lain yang masuk dan sumbatkan kulit korang. 

SIKAT RAMBUT BASAH

Sumber gambar: rd

Tahu atau tidak yang sebenarnya salah satu faktor rambut boleh bercabang adalah sebab ramai di antara kita yang suka sikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Sebenarnya, korang perlu keringkan dulu rambut menggunakan tuala tapi jangan diusik, just “dab-dab” dan nanti korang gunakan hair dryer, barulah korang sikat okay?

IKAT RAMBUT PONYTAIL

Sumber gambar: lazada

Tidak dinafikan, sebagai perempuan memang kita lebih suka untuk ikat rambut gaya ponytail sebab ia lebih mudah dan simple. Akan tetapi, kalau korang kerap ikat rambut gaya ponytail lebih lagi ikat dengan kuat. Ia akan menyebabkan rambut korang senang botak. Jadi, bagi mengelakkan hal ini terjadi. Korang kenalah selalu longgarkan ikatan itu atau biarkan sahaja terlepas mengurai.

MASK MUKA TEBAL

Sumber gambar: beauty rocks blog

Memang ada sesetengah diantara kita yang suka menggunakan mask muka secara tebal dan sebenarnya ia sangat tidak elok untuk kulit korang sebab ia akan menyebabkan pori kulit korang tertutup dan kulit susah bernafas. Bila kulit jadi macam itu, kulit korang akan jadi tidak sihat dan akan menyebabkan macam-macam kesan tau.

DUDUK SILANG KAKI

Sumber gambar: oh my viral terkini

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa kebiasaan yang selalu sangat perempuan buat ini sebenarnya sangat bahaya untuk perempuan. Ini sebab kalau korang kerap duduk kaki bersilang, peredaran darah korang ke kawasan punggung akan menjadi lambat menurut pakar. Ada juga yang sebab kaki selalu duduk bersilang, tulang kaki mereka jadi tidak lurus tau.

Bila korang dah tahu semua ini, apa yang korang patut buat adalah cuba elakkan okay. Iya lah, sebagai perempuan memang semua ini adalah kebiasaan yang kita kadang-kadang tak pernah sedar dan perasan pun kita akan buat. Jadi, selepas ini bolehlah kita belajar slowly but surely supaya ia tidak memudaratkan diri kita. Setuju tak girls?

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Unik Terjadi Bila Ada SOP Di Sekolah

Perangai Pelajar Sekolah Bila Kena Pergi Sekolah Musim PKPP