in ,

5 Perkara Kita Tak Perlu Kawal Untuk Elak Rasa Insecure

Sumber gambar: portaltiga.com

Dalam hidup ini sebenarnya, ada beberapa perkara yang memang tidak boleh dikawal langsung. Ia juga adalah salah satu perkara yang mungkin boleh terjadi secara tidak sengaja dan kita memang tidak akan sedar langsung tapi ia sebenarnya memberi kesan kepada aktiviti harian. Jadi untuk buat hidup kita lebih tenang dan stress free tanpa rasa insecure dengan diri sendiri, jom kita tengok apa yang kita patut biarkan ia berlaku..

RESPON SESEORANG

Sumber gambar: we heart it

Pertama adalah respon seseorang terhadap kita. Sebagai contoh, bila kita bertanya sesuatu mesti kita akan mendapat respon, betul tak? Jadi kita memang tidak boleh kawal sama ada respon dari seseorang itu akan beri baik atau buruk. Sama juga seperti diri kita sendiri, kita memang susah nak kawal apa respon yang akan kita beri pada seseorang jika sebaliknya. Jadi, kita perlu sentiasa beringat sebelum menyatakan sesuatu dan sebutlah yang baik-baik sahaja.

PANDANGAN ORANG TERHADAP KITA

Sumber gambar: pinterest

Kita juga tidak mampu untuk kawal apa pandangan pertama seseorang pada diri kita. Tak kenal maka tak cinta bak kata peribahasa. Oleh sebab itu, kalau kita nak ubah pandangan seseorang itu boleh jika kita dah saling kenal. Akan tetapi, pandangan orang terhadap kita itu memang akan sukar dikawal, sebab itu pandangan pertama itu wujud.. apa yang kita boleh buat? Sentiasa fikir positif dan bersangka baik.. biarkan saja sis and bro itu nak pandang kita.Β 

KEPUTUSAN NAK BERUBAH

Sumber gambar: pinterest

Setiap orang dalam hidup mereka, mesti akan ada terdetik untuk cuba berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Dalam keputusan nak melakukan perubahan juga sebenarnya adalah salah satu yang memang sukar dikawal. Now or never, jika korang nak berubah kepada yang lebih baik, buatlah sekarang selagi masih ada waktu. Tak perlu fikir apa orang kata asalkan apa yang kita buat itu adalah untuk yang lebih baik.

PERASAAN ORANG

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, hal lain yang kita tak boleh nak control juga adalah perasaan orang lain terhadap kita. Tidak kisahlah sama ada ia perasaan secara emosi atau fizikal. Kita sebagai manusia memang tidak boleh nak kawal perasaan seseorang pada kita. Kita juga memang disarankan untuk selalu buat kebaikan kepada orang lain pun sebab hal macam inilah. Senang cerita, kita kena layan orang macam mana kita nak orang layan kita okay geng?

APA YANG BAKAL TERJADI

Sumber gambar: pinterest

Ya, ini memang benar. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini sebenarnya sudah ditentukan oleh Tuhan. Sebab itu, kita memang tak boleh nak kawal apa yang bakal terjadi. Akan tetapi, sebagai manusia kita semua mesti kenal erti usaha dan sebab itu kita harus berusaha dalam hidup sehingga akhir hayat kita.

Kesimpulannya, sebagai manusia, ada benda yang kita boleh kawal dan ada juga benda yang kita tak boleh kawal. Akan tetapi, kalau kita boleh berusaha untuk sesuatu. Itu adalah perkara yang paling baik dan mungkin boleh mendatangkan kesan yang positif untuk diri. Setuju tak?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Stress? Ini Cara Orang Korea Amalkan Untuk Tanganinya

K-Movie Thriller Yang Korang Kena Tonton