in ,

5 Perkara Kita Kena Cuba Bulan September!

Wassup girls! Lebih kurang lagi 2 bulan nak cuti sekolah, PT3 dan SPM pun tak lama lagi.. kejap je nak habis tahun betul tak? Jadi apa achievement korang untuk tahun ini? Ada yang berjaya dapat subjek Math A buat kali pertama? Atau lulus exam fizik? Hihi.. Disebabkan tak lama lagi korang bakal menduduki exam hujung tahun, PT3 atau SPM, meh kita buat checklist target bulan sembilan tahun ini! Hujung bulan kita tengok siapa yang berjaya, korang power!

BELANJA KAWAN

Sumber gambar:

Rezeki yang kita ada lebih berkat kalau dikongsi! Bulan sembilan ini pilih 3 kawan untuk korang belanja. Tak perlu belanja makan mahal-mahal, belanja makan dekat kantin sekolah pun boleh je! Tak salah pun girls.. Kalau nak lebih senang, korang buat sandwich dari rumah dan share dengan kawan-kawan dekat sekolah masa rehat nanti.

BELI PHONE BARU

via GIPHY

Yup! Untuk yang dah lama rasa nak tukar phone tapi tak berkesempatan lagi, kalau kami tak silap Apple akan keluarkan Iphone baru bulan ini.. Haa apa lagi gais? Jom kita aim beli phone baru.. Ala tak beli yang latest pun boleh je, kita beli ikut kemampuan. Lagi pun phone kejap je akan keluar model lain pula. Sampai kita pun tak terkejar betul tak?

CONFESS DEKAT CRUSH

via GIPHY

Sampai bila nak simpan perasaan sendiri girls? Mana tahu sebenarnya crush pun suka dekat kita. Rugi masa dah dekat situ! Haa, apa kata bulan ini, korang pilih satu date dan cuba beranikan diri untuk confess dekat crush korang! Jangan risau girls, takkanlah crush kita nak marah sebab kita suka dekat dia. Kalau dia tak suka dekat kita balik pun tak apa, kita move on cari crush lain! Eh? #jkjk

KEMAS BILIK

Sumber gambar:

Selalu tunggu mak ‘nyanyi’ baru nak kemas bilik betul tak? Apa kata bulan ini korang surprise mak korang dengan bilik yang kemas! Mesti mak bangga nanti.. Lagi pun girls, exam dah nak dekat.. Bila kita study dalam bilik yang kemas, bersih dan cantik, kita akan lebih bersemangat untuk study! Kawan-kawan nak datang study group sama-sama pun tak adalah segan sebab bilik kita dah kemas.

MENANG BTS DOLL

Sumber gambar:

INI BUKAN SCAM! LUNARIA memang nak bagi korang patung BTS khas untuk ARMY sejati! Untuk tiga minggu berturut-turut, kami nak kasi BTS doll mengikut bias. Minggu ini giliran Jimin dan RM stan! Korang belum masuk lagi contest giveaway? Klik link di bawah okay. Mana tahu rezeki korang dapat bias yang korang minat!

Klik: Jimin Tayang Abs, RM Power English + GIVEAWAY BTS DOLL!

Apa pun achievement korang untuk bulan September tahun ini, LUNARIA ucapkan tahniah! Sangat penting untuk kita puji dan bangga dengan pencapaian kita tau.. Tapi jangan sampai over pula puji diri sendiri tu.. Haha! Take care girls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepasni Jangan Main Gosok Je Tudung Tu…

Kenapa Perlu Mandi Sebelum Tidur?