in ,

5 Perbezaan Dunia K-Pop Dulu dan Sekarang

Sumber gambar: www.8days.sg

Pernah tak korang terfikir, macam mana agaknya zaman K-Pop dulu dengan sekarang? K-Pop sebenarnya dah lama ada, tapi bila semakin berkembang teknologi, semakin ramai pula peminat yang tertarik dengan K-Pop walaupun terdapat jurang bahasa antara kita. Akan tetapi semua itu bukan alasan betul tak? Dan sekarang ini, memang sudah banyak kemudahan yang memudahkan kita semua untuk mengakses semua benda tentang artis K-Pop yang kita suka? Jadi, jom kita tengok beberapa perbezaan yang terdapat pada dunia K-Pop dulu dan sekarang.

BELON- LIGHTSTICK

Sumber gambar: destinygyo

Sebelum adanya lightstick yang berwarna-warni yang menunjukkan korang fandom yang mana satu sama ada korang ini ARMY ke, NCTzen ke, Monbebe ke dan lain-lain. Peminat K-Pop sebelum ini menggunakan belon satu warna yang menandakan fandom mereka. Sebagai contoh, warna BTS ARMY kan warna purple, nanti memang satu stadium itu akan ada belon berwarna purple.Β 

KONTRAK SINGKAT

Sumber gambar: stararena

Jika nak dibandingkan kontrak K-Pop idol yang dulu dan sekarang, yang dulu adalah lebih singkat. Contohnya, mereka akan ada kontrak selama tiga ke empat tahun dan selepas tamat kontrak, biasanya mereka akan habis begitu sahaja dan boleh membawa haluan diri masing-masing. Tidak seperti sekarang, kontrak K-Pop idol kebanyakannya lebih dari lima tahun dan mereka boleh membuat keputusan untuk menyambung kontrak atau tidak selepas tamat tempoh.Β 

KEHIDUPAN IDOL MISTERI

Sumber gambar: sbs

Ini pula mungkin disebabkan faktor teknologi yang agak terbatas pada zaman dahulu. Memang tidak dinafikan kehidupan K-Pop idol lebih misteri dan susah untuk dicari sebelum ini sebab peminat hanya mengharapkan berita dari surat khabar dan majalah hiburan. Tetapi sekarang, semua A to Z kehidupan K-Pop idol, peminat boleh perhatikan lebih lagi mereka juga boleh mengakses Vlive iaitu aplikasi yang boleh membuatkan K-Pop idol berinteraksi dengan peminat.

PEKERJAAN PALING RENDAH

Sumber gambar: soompi

K-Pop idol dahulu dan kini memang berlainan, jika dahulu pekerjaan K-Pop idol dipandang paling rendah di Korea dan tidak mendapat apa-apa manfaat langsung. Jika kita lihat kini, ramai juga ibu bapa di Korea yang menggalakkan anak mereka untuk menjadi K-Pop idol dan sanggup berbelanja lebih supaya anak mereka menjadi K-Pop idol yang terkenal.

SILATURRAHIM-SKANDAL

Sumber gambar: tumblr

Kalau korang sempat dan pernah lihat interaksi antara K-pop idol pada zaman dahulu sehingga ke K-Pop idol generasi kedua, korang memang akan nampak hubungan silaturrahim yang amat baik antara mereka. Apa yang best, semua interaksi mereka tidak akan digosipkan sebagai hubungan yang lebih dari seorang kawan. Berbeza dengan K-Pop zaman kini, kebanyakan interaksi antara K-Pop idol akan digosipkan sebagai satu skandal dan lebih daripada itu. Contohnya, kalau Jungkook BTS itu berkawan dengan Jeon Somi, mesti ramai yang akan cakap mereka adalah sepasang kekasih. Ha! Dahsyat kan! Padahal mereka kawan saja, itu contoh sahaja lah ya! Hehe!Β 

Memang lain kan? Ada yang best dan ada juga yang tak best. Apa yang tak best bagi Zoe sendiri secara peribadi adalah silaturrahim antara idol sebab kalau kita tengok dulu, K-Pop idol boleh sahaja nak bergaul lelaki dan perempuan seperti adik beradik dan kawan tanpa perlu dianggap mereka ada skandal. Tidak tahu sejak bila, tetapi jika kita tengok sekarang ini, kalau contohnya ada idol lelaki yang rapat sikit dengan dengan idol perempuan yang lain, terus ramai cop mereka ada hubungan special, pada hal sebelum ini idol K-Pop yang lain tidak ada masalah pun untuk bergembira bersama-sama dalam banyak acara di dalam televisyen, setuju tak? Kalau korang ada nampak perbezaan lain dalam dunia K-Pop dulu dan sekarang yang Zoe tak sebut di sini, korang boleh lah komen dibawah, hehe!Β 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Apps Yang Boleh Buat Dark Mode

Tips Paling Onz Nak Stalk Crush