in ,

5 Penyanyi Lelaki Muda Yang Ada Vokal Paling Layan!

Sumber gambar: weheartit.com/honeyvtae

Kita semua mesti akan ada sekurangnya seorang penyanyi kegemaran yang kalau boleh semua lagu dia kita akan mainkan sebelum nak tidur ke, waktu tengah down atau stress ke dan ia tergantung dengan mood kita untuk dengar suara vokal mereka yang menenangkan dan memberi inspirasi supaya kita lebih bersemangat, setuju tak? Tapi kali ini, Zoe nak tanya, dalam banyak-banyak penyanyi korang lebih suka vokal penyanyi lelaki ke wanita? Macam Zoe yang jenis tak kisah ini, Zoe dengar dua-dua sebab kalau dah mereka memang berbakat, kita support sajalah kan? Hehe! Dan cakap tentang ini, jom kita tengok antara 5 orang penyanyi lelaki! Yang muda! Ada vokal paling layan! Hehe! Mesti akan ada salah seorang dari mereka ini favourite korang!

NAIM DANIEL

Sumber gambar: xtra

Baru sahaja menang AJL 34, memang layak pun Naim Daniel bergelar juara sebab suara dia memang kena sahaja dengan genre yang dibawakan oleh Naim. Bukan setakat vokal dalam muzik video sahaja yang baik, kalau korang dengar suara Naim Daniel semasa live performance pun memang stabil sahaja dan kalau kita tengok Naim ini pun agak lincah menyanyi sambil bergerak ke sana sini di setiap show dia tanpa ada sumbang pun. 

CONAN GRAY

Sumber gambar: thelineofbestfit

Kalau kita dengar lagu Conan Gray, kebanyakannya memang menenangkan jiwa. Kiranya, lagu-lagu Conan Gray ini memang sesuai untuk dijadikan lullaby sewaktu tidur gitu. Disebabkan Conan bermula sebagai penyanyi lagu cover sahaja di Youtube, vokal dia semasa live performance memang tak dinafikan relax dan bersahaja untuk kita dengar. Bila lah kan dia nak datang perform di Malaysia? Hehe

HAQIEM RUSLI

Sumber gambar: kaki share

Rasanya geng-geng penyanyi muda ini, mereka mesti ada groupchat sendiri kan? Sebab selain Naim Daniel, kawan dia yang Haqiem Rusli ini pun lagu-lagunya memang best dan suara dia pun memang layan sangat! Hmm! Haqiem tak nak kolaborasi dengan Naim ke? Hehe! Zoe tanya saja, sebab kalau korang collab, mesti meletup kan! Confirm Qiemilio dan Naimians akan shooked

ISMAIL IZZANI

Sumber gambar: beautifulnara

Lembut sahaja vokalnya, Ismail Izzani memang antara penyanyi yang juga geng dengan penyanyi hebat lain. Selain boleh menyanyi dengan baik, Mael ini pun memang hebat dalam menulis lagu tau! 

JEON JUNGKOOK

Sumber gambar: Twitter

Memang bukan BTS ARMY sejati lah kalau Zoe tak masuk kan nation golden maknae yang seorang ini. Jeon Jungkook ini memang kita tahu, korang bagilah dia menari susah mana pun di atas pentas. Vokal dia masih lagi stabil dan bukan setakat itu sahaja! Dia juga boleh buat ad-libs yang memang akan buat ramai BTS ARMY menjerit, jiwa terseksa dan tercyduk adui ha gitu! Haha! 

Selain mereka, sebenarnya ada ramai lagi yang memang ada vokal paling best tapi Zoe dah cakap, nak kongsi dengan korang yang muda sahaja kan? Haha! Sebab kalau nak list kan yang lain, ramai saja yang satu geng suara best macam mereka ini seperti Andi Bernadee, Sufian Suhaimi, Ha Sung Woon, Zayn Malik, Syamel, Kim Seokjin, Kim Taehyung, Park Jimin, Lewis Capaldi, Bruno Mars, Justin Bieber dan ramai lagi tapi itu lah sayangnya, mereka dah level-level abang atau mungkin layak jadi Pak Su korang dah. Eh! Haha! Kita gurau saja okay! Alang-alang itu, cuba share sikit siapa korang punya penyanyi favourite kat bawah! 

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. I love jeon jungkook because he is my bias in bts, i love choi jongho because he is my bias in ateez, i love kang taehyun he is my bias in txt i love them because i love kpop an they are so cute and i am a kpopers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara K-Pop Idol Yang Pernah Pakai Braces, Memang Comel!

Keistimewaan Bulan Rejab Untuk Ganti Puasa