in ,

5 Penyanyi BBNU Perempuan Yang Miliki Vokal Hebat!

Sumber gambar: Instagram

Kalau kita tengok dalam industri hiburan khususnya muzik, kebanyakannya peminat lebih suka tengok artis yang ada aura dan lagu yang best betul tak? Tapi kita tak lah over sampai nak mendambakan mereka untuk jadi boyfriend atau girlfriend.. Dan korang nak tahu tak, sebenarnya bukan setakat artis K-Pop saja yang ada peminat yang nak girlfriend macam perempuan Korea itu. Di Malaysia pun ada dan biasanya artis BBNU perempuan pun mampu buatkan hati ramai jejaka Malaya kita ini tercyduk. Hey! Artis perempuan BBNU kita pun semua not bad dan vokal mereka bukan calang-calang okay! Semuanya dah lah cantik, manis, ayu, sopan dan comel belaka! Okay jadi kami akan kongsi dengan korang semua siapa saja lima artis perempuan BBNU yang selalu dijadikan crush para jejaka di luar sana. 

ERNIE ZAKRI

Sumber gambar: iluminasi

Orangnya comel dan kecil molek sahaja, Ernie Zakri memang antara girl crush ramai lelaki dan juga perempuan sebab kalau korang dengar vokal dia memang best dan sangat tinggi. Selain itu, dia pun ada bakat dalam bermain alat muzik dan cipta lagu. Iyalah, kalau dah jadi penyanyi ini, kebanyakan dari mereka memang pandai dalam berkarya. Jadi memang tak hairan pun, betul tak? hehe!

SARAH SUHAIRI

Sumber gambar: astro awani

Baru-baru ini memang kecoh yang dia persembahkan dangdut di Korea sampai buat Ahjumaa dan Ahjussi di sana suka dengan dia. Penyanyi berbakat ini pun memang menjadi dambaan ramai orang sebab dia nampak ayu sahaja bertudung tapi mampu nyanyi lagu Blackpink famous K-Idol dari Korea dengan fasih dan bersemangat. Hmm! Sukalah Blink Malaysia kan! Haha

WANI KAYRIE

Sumber gambar: gempak

Dah lah cantik, pandai dalam akademik, pandai menyanyi dan dia siap pernah mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California tahun 2018 dulu tau! Woah! Wani Kayrie ini memang hebat dalam banyak perkara. 

BABY SHIMA

Sumber gambar: mstar

Kalau siapa suka gelek, korang mesti suka lagu Baby Shima. Dia ini comel sahaja, kalau tonton muzik video dia semuanya nampak seksi dan comel. Uii! Tercyduk habislah korang yang lelaki ini, betul tak? Lagu-lagu Baby Shima memang rancak dan sebab itu dia bukan setakat dapat nama di negara ini sahaja, malah di negara jiran kita iaitu Indonesia pun not bad ramai tau jumlah peminat dia! 

ELEENA HARRIS

Sumber gambar: bukuliriklagu

“Terlalu rindu… terlalu rindu… jujur aku terlalu rindu…”, penyanyi dan pelakon berbakat ini memang comel sangat. Dia pun berbakat dalam banyak hal tau! Seperti bermain muzik, berlakon, menyanyi dan menulis lagu. Hmm, macam dah lama dia tak keluar lagu baru kan? Peminat dia mesti ramai yang wonder Eleena dia buat apa kan sekarang. Ala korang ini pun sabarlah. Dia ini muda lagi, mungkin masih busy dengan study. Kita beri peluang untuk dia fokus dulu lah okay

Semua dalam list ini semuanya memang cantik dan heloks belaka, betul tak! Hehe! Bukan setakat comel saja, suara pun sedap, perangai pun manis saja orang tengok. Siapa saja yang tak cair dengan mereka ini kan kan kan? Tapi kalau ada antara korang yang berangan nak jadi boyfriend mereka pun tak salah sebab berangan itu percuma! Silakan! Tapi berani ke korang nak hadap ayah mereka dulu ini? Dan jangan kecewa pula kalau mereka dah ada seseorang ya! Walau apa pun, kita perlu sentiasa support karya mereka okay sebab mereka memang berbakat!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Video Youtube Trending Sepanjang 2019

Gaya Bag Sekolah Luar Biasa 2020