in ,

5 Pelakon Korea Sudah Pergi Military Sebelum Popular

Sumber gambar: hellokpop.com

Kalau kita tengok sekarang ini, memang ramai sangat yang minat dengan industri hiburan Korea, bukan setakat muzik sahaja, malah filem dan drama mereka pun menjadi pilihan ramai orang disebabkan visual dan bakat yang terdapat pada para pelakon Korea itu sendiri. Kita juga sedia maklum yang setiap lelaki di Korea itu wajib untuk jalankan tanggungjawab negara mereka iaitu dengan masuk dalam military service untuk sekurangnya dua tahun dan tidak akan ada yang terkecuali walaupun korang artis paling popular seantero dunia sekali pun. Kita juga tahu yang ramai penggiat industri hiburan di Korea ini, peminatnya memang ramai dan satu dunia kenal mereka kan? Jadi, bila peminat mereka dapat tahu sahaja yang “oppa” dan idola mereka ini nak masuk military, memang ramai yang sedih sebab rasa dua tahun itu macam lama sangat nak tunggu comeback mereka, betul tak? Tapi untuk pengetahuan korang, ada beberapa pelakon Korea ini sudah pun menjalankan tugas military service mereka sebelum kecapi populariti yang menggunung seperti sekarang ini lagi. Nak tahu siapa? Jom kita tengok…

JUNG HAE IN

Sumber gambar: pinterest

Mesti ramai yang suka Jung Hae In, pelakon yang mukanya manis sahaja bila kita tengok. Kalau korang nak tahu, Jung Hae In antara salah seorang pelakon Korea yang sudah selesaikan military service dia sebelum dia popular lagi. Ya, sebelum Jung Hae In debut sebagai pelakon lagi dia dah settle! Jadi, korang boleh lah tonton semua lakonan dia dalam filem dan drama selepas ini! Hehe! 

PARK SEO JOON

Sumber gambar: wattpad

Sama juga seperti pelakon yang memang menjadi buah hati ramai orang ini. Park Seo Joon pun sudah jalankan tanggungjawab dia sebagai lelaki Korea sejati sebelum dia masuk dalam industri hiburan di Korea. Dia dah pun discharged dari latihan military awal sebab dia daftarkan diri pada umur 19 tahun. Terima kasih kepada kawan Park Seo Joon! Sebab kawan, dia ambil keputusan yang terbaik itu dan tak ada lah kita kena tunggu Park Seo Joon kan? Kalau tengok sekarang ini, memang banyak betul cerita dia kan! 

YOO SEUNG HO

Sumber gambar: allkpop

Sempat berlakon dalam salah satu drama yang popular pada tahun 2012 dahulu, iaitu drama “Missing You”. Yoo Seung Ho terus daftarkan diri untuk selesaikan latihan military dia pada tahun 2013 secara diam-diam dan mengejutkan ramai orang. Walau bagaimanapun, itu adalah salah satu keputusan yang terbaik diambil sebab lagipun dia masih muda dan mesti lepas ini lebih banyak lakonan dia yang kita boleh tengok. 

LEE KWANG SOO

Sumber gambar: koreaboo

Siapa sahaja yang tak kenal dengan si Encik Zirafah dalam variety show paling popular Running Man ini kan? Selepas Lee Kwang-Soo selesai sahaja dari latihan military service di Korea. Dia terus debut sebagai pelakon, korang pernah dengar tak yang di Korea katanya, kalau seseorang artis itu dah habis military, pasti agak susah untuk popular semula walaupun tak semua. Jadi, ini adalah salah satu keputusan yang paling terbaik Lee Kwang-Soo pernah ambil! Cuba bayangkan kalau Running Man tak ada dia? Mesti kurang best!

RYU JUN YEOL

Sumber gambar: kstarlive

Walaupun Ryu Jun Yeol antara salah seorang pelakon yang debut pada umur yang agak lambat. Filem pertama yang naikkan nama Jun Yeol iaitu dalam “Socialphobia” pada tahun 2015 lalu memang bawa tuah yang besar untuknya sebab waktu itu umur dia dah pun 25 tahun. Nasib baik dia dah pun selesaikan military sebelum debut, walaupun tak banyak kisah yang diperkata tentang Jun Yeol tapi sekarang ini ramai boleh tonton lakonan Jun Yeol yang memang hebat!

Mesti ada salah seorang dari mereka ini yang korang memang minat kan? Ha! Lepas ini dah tak perlu risau bila mereka nak masuk military service ke apa dah sebab mereka pun memang fokus dengan kerjaya mereka yang sedia ada ini saja. Mungkin ada juga di antara korang yang terfikir, kenapa ya jarang kita dengar K-Pop idol yang masuk military service awal-awal? Ini sebab biasanya mereka semua majoriti jadi trainee pada usia muda sangat dan ratanya sewaktu mereka bersekolah. Syarat nak masuk military service di Korea itu umur mesti 18 tahun dan sebab itu juga memang jarang kita dengar K-Pop idol pergi military service waktu umur 18 tahun ke 20 tahun. Jadi, untuk yang die hard fans K-Pop idol itu, korang terima sajalah kenyataan okay! Hehe! Tapi sekurangnya kalau K-Pop idol dah masuk military, korang masih ada banyak drama dan movie boleh layan! Setuju tak?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instagram Famous Dulu Bergaya Depan Kamera, Sekarang Beraksi Di Dapur

Perangai Aneh Adik Beradik, Korang Tersenarai Tak?