in , ,

5 Negara Kes Buli Paling Teruk!

Sumber gambar: www.dramabeans.com

Kes buli di mana-mana tempat memang tak best dan selalu beri kesan buruk pada banyak pihak, utamanya mangsa buli. Biasanya, kes buli ini memang kerap kita dengar berlaku di sekolah, disebabkan ada beberapa pelajar nakal yang mungkin selalu menganggap perilaku yang tidak bertanggungjawab itu nampak hebat dan cool, walhal tidak pun. Kalau korang nak tahu juga, kadang-kadang kes buli ini pun boleh berlaku di institusi pengajian tinggi juga dan bukan setakat itu saja. Malah di rumah, tempat kerja atau yang lebih dekat dengan kita semua adalah media sosial. Jom kita tengok top 5 negara dengan kes buli paling teruk di dunia.

RUSIA

Sumber gambar: daily mail

Bagi kita, sesetengah orang yang nampak lain dari kita, pasti akan dianggap unik dan eksotik. Akan tetapi di Rusia, kalau korang nampak lain daripada yang lain, korang akan dibuli. Ini memang fakta sebab kalau korang nak tahu, lebih kurang 27.5% di Rusia dibuli iaitu bersamaan dengan 1 daripada 4.Β 

AUSTRIA

Sumber gambar: youtube Steve Royall Entertainment

Jika di Austria pula, kes buli yang berlaku memang dahsyat sampaikan ramai pelajar takut untuk hadir ke sekolah. Austria juga antara negara barat yang tertinggi peratusannya dalam kes buli sebab hampir 21% tau! Korang sepatutnya bersyukur sebab di negara kita, masih ramai lagi yang suka datang ke sekolah dan belajar dengan harmoni bersama kawan-kawan. Antara faktor buli di Austria ini juga adalah kerana pengaruh keluarga juga tau! Erm! Memang dahsyat.

KOREA

Sumber gambar: koreaboo

Antara negara yang paling terkenal dengan kes buli tidak kira korang asal dari mana pun, tidak kira sama ada korang orang biasa atau pun selebriti popular. Korea adalah antara negara yang memang ada laman kritikan dalam komuniti website mereka tau! Bukan setakat itu, malah kebanyakan kes buli di Korea juga akan berakhir dengan kes bunuh diri disebabkan mangsa tidak tahan dengan tekanan hidup dan kata-kata kritikan orang sekeliling.

AMERIKA

Sumber gambar: youtube Ngt Official

Walaupun mereka merupakan salah satu negara yang termaju di dunia tetapi Amerika adalah salah satu negara yang kuat membuli dengan kerap menghakimi seseorang melalui bangsa, warna kulit, emosi, social level, mental disorder, body shaming dan lain-lain. Faktor seperti ini juga wujud di beberapa negara tetapi peratusannya tidak setinggi Amerika dan berdasarkan survei yang dilakukan, seramai 30% telah mengaku yang mereka suka membuli orang.Β 

JEPUN

Sumber gambar: live journal

Jepun adalah antara salah satu negara yang penuh dengan budaya yang sopan santun dan ketimuran. Akan tetapi, mereka juga adalah negara yang hidup secara berkumpulan. Jika korang berseorangan, korang akan dianggap sebagai orang yang lemah dan akan mudah dibuli. Buli di Jepun juga menyebabkan ramai mangsa yang mengalami depresi dan tekanan mental yang teruk tau!Β 

Memang dahsyat betul kesan yang jadi bila kes buli berlaku ini tau! Waktu korang buli orang, memang korang akan rasa diri korang hebat tetapi pernah tak korang yang what if korang berada di tempat orang yang kena buli itu? Sakit tau! Bagi korang yang nampak kes buli selepas ini, mungkin kita semua perlu lah jadi seseorang yang berani dengan mempertahankan orang yang dibuli itu sebab kadang-kadang mereka yang dibuli ini rasa diri mereka lemah dan tak ada kawan, jadi why not korang yang cuba jadi kawan mereka bagi mengurangkan lagi kes buli, betul tak?

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Restoran Buat Promosi, Ini Masanya Untuk Kita Serbu!

Sekolah Ada Norma Baru, Ini Norma Lama Yang Ramai Rindu