in ,

5 Must Do Sebelum Mula Makeup

Sumber gambar: Tumblr.com

Sebelum pakai makeup nak tepek apa dulu ya? Terus pakai foundation kot? Then terus pakai bedak dan akhir sekali lipstick kan?

Ehh, tak ikut step langsung nampaknya tu sis. Main pakai je makeup ya, hehe! Tak mengapa, mungkin korang tak tahu yang sebenarnya kita mempunyai beberapa step penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memakai makeup. Step ini sebenarnya penting untuk memastikan makeup kita kekal lama dan tak bercapuk selepas beberapa jam pakai.

For those yang masih lagi berjinak-jinak dalam dunia makeup ni, artikel ini mungkin boleh digunakan sebagai rujukan. Mana tahu lepas ni makeup korang on point teruk sampai crush lalu pun dia tak berkelip mata tengok makeup korang, hehe!

CUCI MUKA

How To Clean Face At Home: 6 Steps You Need to Follow - NDTV Food
Sumber gambar: Food

Mungkin kita rasa muka ni dah cukup bersih sebab pagi tadi lepas mandi dah cuci muka, tapi sebenarnya tidak ya. Let say pagi tadi korang dah cuci muka then selepas itu korang terus ke dapur untuk masak sarapan. Confirm segala macam kekotoran yang ada sudah melekat dekat kawasan muka. Boleh jadi juga kulit muka sudah jadi berminyak, maka dengan itu korang perlu bersihkan semula muka korang sebelum mula memakai makeup. Kadang-kadang kalau muka ada habuk pun susah juga nak pakai makeup sebab nanti akan jadi gatal-gatal pula.

SKRUB MUKA SEKALI

DIY Coffee Scrub Face Mask — Rosie Hope
Sumber gambar: Rosieshop

Ada sesetengah orang langsung tak mementingkan penjagaan muka dengan teliti. Mungkin bagi mereka dengan hanya cuci muka pun dah bersih. Tapi hakikatnya korang kena skrub muka at least seminggu dua atau tiga kali supaya segala kulit mati akan tertanggal dari muka. Skrub muka ni bagus tau sebenarnya sebab selain mampu untuk menanggalkan sel kulit mati, ia juga mampu untuk melembutkan kulit wajah kita. Cuma jangan pula korang sental skrub tu kuat-kuat sudah la, sakit pula muka tu nanti. Seeloknya skrub itu disapu rata sekeliling wajah sehingga ke bahagian leher supaya sel kulit mati dekat kawasan leher pun boleh tertanggal sekali.

PAKAI SERUM

Serums to Apply Before Makeup | Makeup.com

Biasanya orang akan confuse bila sebenarnya nak kena pakai serum ni? Sebenarnya serum ialah produk pertama yang perlu dipakai sebelum korang teruskan dengan produk yang lain. Serum perlu meresak ke dalam kulit wajah kita, so sebab itu la ia merupakan produk pertama yang perlu digunakan untuk segala macam kebaikan, vitamin dan mineral dalam masuk ke dalam wajah. At the same time korang boleh juga gunakan serum sejurus selepas menggunakan skrub sebab waktu tu lapisan kulit kita masih terbuka. Kalau apply serum waktu dah pakai makeup, ia akan menyebabkan kulit muka berminyak kerana liang pori sudah tertutup dengan makeup.

APPLY MOISTURIZER

Your 10-Step Korean Skin Care Routine - L'Oréal Paris
Sumber gambar: Loreal

Moinsturiser ni ada banyak jenis dekat pasaran, semuanya terpulang pada kulit kita sendiri. Ada sesetengah moisturizer tak sesuai dengan kulit muka kita, so sebelum beli tu make sure test terlebih dahulu okay! Moisturizer berperanan untuk membuatkan kulit muka kita bertambah lembut dan mencantikkan lagi makeup. For those yang malas nak pakai sunblock, pastikan pilih moisturizer yang mempunyai SPF. Tapi seeloknya pakai la sunblock supaya kulit muka terlindung daripada sinaran UV matahari.

PRIMER

Tutorial | Korean makeup look, Ulzzang makeup
Sumber gambar: Pinterest

Primer ni selalu sangat kita skip sebab malas nak pakai katanya. Walhal primer ni berfungsi untuk ‘mencengkam’ makeup kita. Bila pakai primer, makeup akan melekat di wajah dan finishing makeup pun akan jadi lebih cantik lagi. Primer pun kena la pilih yang sesuai dengan kulit muka. Jangan pilih yang berminyak sangat sebab takut nanti makeup pun jadi bercapuk dek kerana primer yang berlebihan. Pakai pun jangan pakai banyak sebab okay!

Step terakhir ni korang dah boleh teruskan rutin makeup korang. Pakai makeup tu biar bersesuaian dengan tempat yang korang nak pergi ya, jangan setakat pergi kedai runcit depan rumah pun pakai makeup. Terkejut acik dekat kedai Aceh tu nanti, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alergi K-Pop Idol Yang Lain Daripada Kebiasaan Orang

Elakkan Buat Perkara Ini Jika Perut Dah Kenyang