in ,

5 Manfaat Jatuh Cinta Pada BFF Sendiri

Sumber gambar: youtube.com/Falcon

Orang selalu cakap yang persahabatan diantara lelaki dan perempuan akan ada salah seorang dari mereka yang jatuh hati. Ya, tak dapat nak dinafikan juga sebab kalau dah nama pun BFF, banyak masa korang akan luang bersama dan buat banyak aktiviti telah dilakukan bersama. Ala, macam  lirik lagu Jason Mraz katanya “I’m lucky I’m in love with my best friend”, jatuh hati dengan kawan sendiri ini pun ada banyak hal yang seronok juga tau! Jom tengok apa yang untung sangat jatuh cinta dengan BFF sendiri.

PLAYFUL PARTNER!

Sumber gambar: jogja tribut

Disebabkan korang dah lama BFF, of course korang akan menjadi couple yang sangat playful. Biasanya kalau BFF dah jadi lebih dari “itu”, korang akan ada banyak benda yang dah dikongsi. Bukan setakat itu saja, korang nak bergurau kasar pun rasanya dua-dua akan okay sebab dah kenal each other. Erti kata lain korang akan lebih selesa bersama.

LEBIH MEMAHAMI 

Sumber gambar: wherever i look

Selain itu, korang juga mesti lebih memahami sesama sendiri sebab daripada awal status korang sebagai BFF sedikit sebanyak membantu korang mengenali satu sama lain punya perangai. Korang juga mesti dah tahu sikap terbuka masing-masing dan kalau nak terasa pun mesti korang akan cari jalan lain seperti berkomunikasi untuk selesaikan masalah, betul tak?

BOLEH BUAT BANYAK AKTIVITI!

Sumber gambar: viu

Waktu korang jadi BFF dulu mesti dah ada banyak sangat to do list yang seronok korang buat sebagai BFF betul tak? Jadi, bila dah upgrade jadi kekasih, mestilah akan ada lebih banyak aktiviti yang mencabar korang boleh buat seperti travel, food hunting, mendaki dan banyak lagi tanpa perlu nak bermanja-manja.

KURANG CEMBURU/PERCAYA EACH OTHER

Sumber gambar: ini kpop

Ya, kalau sewaktu korang jadi BFF sudah percaya antara satu sama lain. Sifat cemburu pun agak kurang sebab dah tahu macam mana perangai masing-masing. Bukan nak cakap tiada langsung cemburu, tapi biasanya korang cemburu pun mesti sekejap saja dan nanti lama-lama mesti okay semula.

KELUARGA DAH KENAL

Sumber gambar: farhana jafri

Antara sebab yang paling best adalah korang dah tak perlu susah kan diri nak nervous bawa jumpa keluarga dah sebab biasanya kalau dah jadi BFF sejak awal. Mesti keluarga korang dah saling mengenali antara satu sama lain, setuju tak? Jadi, mesti tak akan ada masalah untuk korang yang bertukar status dari BFF ke kekasih.

Walau bagaimanapun, tidak semua antara kita yang ada nasib yang untung macam ini sebab ada ramai saja orang yang telah di friendzone oleh BFF masing-masing sebab perasan berkawan yang dianggap seperti adik-beradik itu lebih kuat daripada suka yang berlebihan. Akan tetapi, lebih baik kena friendzone daripada korang putus kawan, betul tak? Putus kawan itu lebih sakit hati tau daripada putus cinta.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekolah Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 15 Julai Ini

Kawan Alami Depresi, Ini Cara Kita Boleh Bantu