in ,

5 Lagu TikTok Yang Wajib Korang Dengar!

Sumber gambar: kpopchart.net

Siapa di sini yang suka layan TikTok? Ha, korang bolehlah geng dengan #Lunasquad lepas ini sebab kami pun pun ada TikTok yang memang best korang boleh layan. Okay tapi tak nak merepek dah, kami nak kongsi dengan korang beberapa lagu TikTok yang memang best kalau korang dengar full sampai habis. Nak tahu lagu apa? Jom usha! Hehe

SURFACE-SUNDAY BEST

Kalau dengar lagu ini mesti korang rasa chill saja. Dan memang ramai tau dah buat TikTok dengan lagu ini. Siap ada tarian mereka sendiri. Jadi, lepas ini korang bukan setakat boleh layan saja, korang menari lah juga dengan kawan-kawan sambil buat TikTok guna lagu ini okay! 

PUBLIC-MAKE YOU MINE

Lagu ini boleh lah korang buat dengan crush korang atau orang kesayangan korang. Kan memang banyak sangat orang buat TikTok dengan lagu Make You Mine ini. Kalau tengok muzik video dia pun memang sweet saja jalan cerita dalam lagu ini sebab memang ala-ala kehidupan zaman belajar.

REX ORANGE COUNTY-BEST FRIEND

Pernah tak rasa ada perasaan tercyduk dengan best friend sendiri? Ha! Kalau ada, korang dengar lagu Rex Orange County Best Friend ini betul-betul sebab memang memang akan buatkan korang senyum macam kambing seorang diri. Lagu dia yang rancak tapi masih chill memang akan buatkan perut kita ada butterfly. Haha

SALES-CHINESE NEW YEAR

Woah tajuk lagu dia raya cina? Memang unik kan? Sama dengan lagunya juga. Awal-awal memang ramai yang akan tak percaya dengan tajuk lagu ini tapi lagu TikTok yang satu ini memang best tau! Korang boleh menari macam patung lidi dengan korang punya squad! Ikut lah kreativiti korang juga. 

DOJA CAT-SAY SO

Memang tipu kalau ramai tak tahu lagu Say So ini sebab di radio pun memang banyak kali dimainkan. Antara salah satu lagu TikTok yang memang viral habis dan ramai yang suka buat banyak kali. Dance lagu ini juga memang mudah untuk semua orang buat, setuju tak?

Ada tak, antara lagu-lagu ini memang dah jadi favourite korang dari dulu lagi? Macam Zoe, memang suka semua lagi Rex Orange County dan of course lagi Best Friend ini pun salah satu lagu yang memang Zoe suka dengar. Macam mana dengan korang? Cuba lah share sikit dan komen di bawah. Nak kongsi lagu TikTok apa lagi yang menarik dengan kami  #Lunasquad pun boleh, nanti bolehlah kami buat TikTok untuk korang lagi. Hehe

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Tambah Kawan Dengan Mudah

Cara Terbaik Kurangkan Rambut Gugur