in

5 Lagu English Mudah Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Sumber gambar: www.panasonic.com

Sekarang ada pelbagai cara mudah untuk belajar bahasa. Ada yang belajar bahasa Korea dengan hanya menonton K-Drama. Kali ini, LUNARIA nak ajak korang asah bahasa Inggeris Korang nak belajar English dengan cara paling mudah dan tak payah buka dictionary tak? Lagu-lagu yang bakal kami kongsikan menggunakan bahasa yang mudah untuk kita faham dan ikut. Jadi korang jangan risau dan cabar diri untuk cuba cara kami.

THE ONLY EXCEPTION – PARAMORE

Lagu ini paling senang melekat dekat kepala. Sebab lirik dia berulang dan lagu ini akan ajar kita macam mana nak guna perkataan ‘I’ dan ‘You’ dan penyambungan kata nama seperti ‘Am’, ‘Are’ dan ‘Is’! Selain itu, lagu ini juga menceritakan tentang cabaran hidup seorang gadis yang mengharungi masalah rumah tangga ibu bapanya.

LOVE STORY – TAYLOR SWIFT

Lagu ini pula akan mengajar kita pengunaan perkataan “Have been” yang betul. Contohnya: “Romeo, save me I’ve been feeling so alone”, jadi setiap kali anda ingin menggunakan perkataan “Have been” pastikan kata kerja selepasnya ada “ing”. “Have been” fungsinya untuk mengambarkan sesuatu yang dirasa atau dilakukan dari dulu sampai sekarang.

VIVA LA VIDA – COLDPLAY

Yang ini bukan lagu Dato Sri Vida. Lagu Viva La Vida pula mengajar kita menggunakan perkataan “Used to” yang menjelaskan sesuatu di masa lalu…past tense!  Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang pernah menguasai dunia. Kalau korang belum pernah dengar lagi, korang boleh check out lagu-lagu dari Coldplay! Mereka ada banyak lagu best.

I’M YOURS – JASON MRAZ

Kebanyakan lagu Jason Mraz sangat sesuai untuk belajar English sebab he speaks so clearly and it is good for you to practice your pronunciation! It also can help your speaking muscles, so tak adalah tersasul-sasul nak menyebutnya. Korang boleh tengok di YouTube lirik video lagu Jason Mraz dan cuba ikut.

CALL ME MAYBE – CARLY REA JEPSEN

Lagu ini pula menggunakan simple English! For this song mengajar kita banyak tentang phrasal verbs in daily life expression, contohnya: “Just”, “Look right” at someone or “Came into my life”. So this one basic kita akan guna hari-hari. Haa untuk korang yang nak cuba fasihkan bahasa English, korang cuba dengar lagu ini.

Sebenarnya ada banyak lagi lagu bahasa English yang korang boleh belajar. Tak apa, sempat lagi untuk asah bahasa Inggeris kita! Never stop learning. Semoga tips LUNARIA share dengan korang ini membantu!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sedih & Memalukan, Artis Korea ‘Babi Fly’ Jadi Mangsa Cyberbully Netizen

Kelebihan Ada BFF Lelaki Berbanding BFF Perempuan