in ,

5 Lagu Best Untuk Korang Buat Tiktok

Sumber gambar: cnet/scmp

Sekarang kalau kita tengok dimana sahaja mesti akan ada orang yang nak buat TikTok, setuju tak? Bukan dari kalangan kita sahaja, malah ada artis, cikgu, makcik, pakcik, instafamous dan ramai lagi orang yang bekerja pun sudah suka layan TikTok dan buat video khas untuk korang yang suka layan video TikTok. Jadi, kali ini LUNARIA akan kongsikan dengan korang antara lima lagu terbaik yang korang boleh buat TikTok.

BLANCO BROWN – THE GIT UP 

Apa lagi yang korang tunggu? Korang cepat-cepatlah buat #TheGitUpChallenge sebab lagu ini memang senang sahaja tariannya. Korang boleh ajak parents korang ke, kawan korang atau cikgu korang pun best! Memang harmoni dan tak terlalu over. Kalau korang tak tahu nak menari macam mana korang cari sahaja video TikTok #TheGitUpChallenge okay! 

LIL UZI VERT – FUTSAL SHUFFLE 2020

Lagu dia memang swag, tariannya pun memang swag. Jadi korang tak payah nak jadi seorang yang ketinggalan zaman dengan buat TikTok lame dan serlahkan bakat menari freestyle korang dengan lagu terbaru Lil Uzi Vert Futsal Shuffle 2020.

RED VELVET – PSYCHO

Kalau korang nak tahu, intro lagu Psycho oleh Red Velvet ini korang boleh buat TikTok yang unik seperti contohnya korang yang minat K-pop boleh tampal poster idol banyak-banyak dalam bilik dan dan cuba tiru tarian K-Pop yang paling korang suka dan sesuai dengan lagu ini.. Alaa, nak buat tarian sendiri pun boleh.. korang boleh cuba menari ala ala psycho!

TYGA – AYY MACARENA

Lagu-lagu Tyga memang tak pernah mengecewakan. Korang pernah dengar lagu Ayy Macarena yang baru sahaja tiga bulan lebih ini memang seronok untuk korang challenge diri korang untuk menari tarian yang agak seksi dan charming! Nak tunjukkan sisi cool korang dalam TikTok pun korang boleh guna lagu Ayy Macarena oleh Tyga ini.

ANDI BERNADEE – SHIMMY

 

View this post on Instagram

 

#Shimmy

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Lagu ini baru sahaja di release pada 14 Februari, dengan konsep yang agak seksi dan misteri ala vampire gitu, lagu-lagu Andi Bernadee tak pernah mengecewakan kita yang mendengarnya. Jadi, sebab lagu Shimmy ini baru release why not kita semua viral sama-sama? Kalau korang nak tahu, sebelum lagu penuh dikeluarkan pun, sudah ada Andidears iaitu peminat Andi Bernadee yang dah buat TikTok tau!!  

Selepas ini, bolehlah korang cuba bermain TikTok dengan kawan-kawan yang lain. Mana tahu, daripada ajakkan korang yang saja-saja itu, mereka lepas ini akan buat TikTok juga? Barulah TikTok korang akan banyak orang tengok.. Dan jangan lupa follow akaun TikTok LUNARIA di @Lunariamy!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahan ‘Rare’ Pengganti Makeup Remover

Orang Muda Juga Berisiko Kena Kanser? Biar Betul?