in ,

5 K-Pop Idol Yang Nyaris Alami Kehancuran Karier

Sumber gambar: instagram.com

Kalau nak berjaya bukan mudah. Sudah pasti akan ada banyak ujian yang akan datang termasuklah oppa dan umnie kita. Walaupun kita selalu lihat K-Pop idol nampak gembira dan senang dengan kehidupan mereka yang kini tapi siapa sangka, bahawa disebalik kejayaan mereka itu ada beberapa diantara mereka yang nyaris mengalami kehancuran karier sebagai K-Pop idol. Nak tahu siapa? Jom kita lihat!

WOOSEOK UP10TION

Sumber gambar: wow keren

Dalam sebuah acara pada hujung tahun 2016, Wooseok UP10TION telah dituduh dengan sengaja menyentuh bahagian dada Somi. Agensi Somi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Wooseok tidak melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut dan bagi mengelakkan lagi hal itu terjadi, agensi Somi mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ini tidak akan ada lagi sebarang interaksi fizikal. Walau bagaimanapun, ramai pihak yang menuntut permintaan maaf Wooseok walaupun dia tidak bersalah dan kini Wooseok mengambil rehat demi memulihkan semula kesihatan mentalnya. Kesiannya Wooseok, hanya gara-gara video salah angle, dia dituduh…

JENNIE BLACKPINK

 

View this post on Instagram

 

🍦Coming this friday. Film by @lalalalisa_m back in Hawaii

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Sejak awal karier, Jennie BLACKPINK telah pun diserang dengan khabar yang tidak best oleh salah seorang haters. Penyanyi lagu Solo dan rapper BLACKPINK ini telah dituduh menjadi seorang pembuli semasa zaman dia bersekolah. Selain dari itu, antara tuduhan lain yang terpalit pada Jennie juga adalah bila dia dikhabarkan bercinta dengan salah seorang produser YG Entertainment iaitu Teddy Park.Β 

IU

 

View this post on Instagram

 

κ³ λ§ˆμ›Œμš” μ‚Όλ‹€μˆ˜!!!! β™₯︎πŸ₯΄β™₯︎ @samdasoostory πŸ’¦ #λ“œλ¦Ό

A post shared by μ΄μ§€κΈˆ (@dlwlrma) on

IU juga pernah hampir hancur kariernya gara-gara dia dituduh melakukan penipuan terhadap real estate investing. IU dikatakan telah membeli tanah di sebuah lokasi jalur GTX (Great Train eXpress) untuk dijual dengan harga yang tinggi. Pada waktu itu, ramai yang telah membuli IU dan selepas rumor itu didapati tidak benar dan salah. Ramai netizen yang telah meminta maaf kepada IU sebab dah buat kesimpulan tanpa berfikir panjang.

BAEKHO NUÉST

Sumber gambar: hallyu music

Isu skandal yang melibatkan disebalik dunia hiburan Korea memang tidak asing lagi dan Baekho NU’EST pun pernah menjadi salah seorang mangsa yang dituduh. Baekho pernah dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh kepada seseorang di komuniti online. Agensi Baekho, iaitu Pledis Entertainment juga telah mengambil tindakan dan membuktikan bahawa artisnya tidak bersalah dan tuduhan itu juga merupakan tuduhan palsu.. kesian betul Baekho, mesti dia tak tahu apa-apa, eh tiba-tiba kena tuduh!Β 

JISOO LOVELYZ

Sama juga seperti Jisoo Lovelyz, pada tahun 2014 lalu, Jisoo pernah dituduh ada isu seksual dan menyerang netizen. Namun, disebabkan hal itu juga Jisoo telah menghadapi tekanan yang melampau sehingga dimasukkan ke hospital. Awalnya, agensi Jisoo telah membantah rumor tersebut sampailah pada tahun 2015, orang yang menyebarkan khabar palsu itu telah ditangkap dan didapati bersalah.

Memang bukan calang-calang tuduhan yang dilempar kepada K-Pop idol. Iyalah, sebagai idola, sudah pasti setiap kelakuan mereka akan diperhatikan dan jika salah langkah, karier K-Pop idol mungkin terjejas. Selain dari K-Pop idol yang kami kongsi ini, siapa lagi antara K-Pop idol yang korang tahu yang hampir mengalami kehancuran karier mereka? Jom kongsikan di ruangan komen bawah..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Selebriti Perempuan Mula Bertudung, Cantiknya!

Suka Main Game? Ini Adalah Telefon Terbaik Untuk Gamers!