in ,

5 K-Pop Idol Pernah Ada Misai Bak Lelaki Macho

Sumber gambar: kpop.asiachan.com

Eee… apalah suka K-Pop! Perempuan sekarang ini tak habis-habislah suka mamat jambu! Tak ada taste langsung! 

Eh? Hello? Siapa kata semua mamat K-Pop ini jambu? Hmm, awak cemburu muka mereka jambu? Opss! Jealous jujur sajalah! Ala, bukannya kami tak suka lelaki yang handsome, tall and dark tapi janganlah sampai korang cakap semua K-Pop idol jambu sebab sekali dia tunjuk biceps dan kejantanan mereka pada public, ish bahaya tau! Haha! Dan kalau korang nak tahu mereka ini tak akan selamanya jambu, bersih dan licin tanpa bulu sebab ada yang dalam list LUNARIA yang pernah biarkan misai mereka tumbuh!

G-DRAGON BIG BANG

Sumber gambar: pinterest

Memang selalu paparkan imej bad boy walaupun ramai peminat tahu yang G-Dragon adalah seorang yang memang comel dan pemalu sangat! Korang sempat tak tengok gambar G-Dragon bela misai? Memang nampak macho sangat, lebih lagi dengan imej bad boy dia itu. Tercyduk sis!

DPR IAN 

Sumber gambar: instagram

Ya ampun! Sudahlah hebat dalam buat video yang best! DPR Ian atau Christian Yu ini dia banyak kali saja biarkan kumisnya berbulu tau! Nampak macho sangat dan dia suka pose muka serious tanpa senyum lagi buatkan ramai yang cair.

JACKSON GOT7

Sumber gambar: twitter

Leader GOT7 ini pun tak kalah juga ketampanannya bila bermisai. Dan kalau korang nak tahu, dia ini kelakar orangnya, paling caring dengan peminat, gentleman dan sebagainya ini memang buatkan Jackson tampak lebih manly tau bila ada misai. Aduh! Tercyduk lagi tau hati ini!

KAI EXO

Sumber gambar: twitter

Memang tak hairan kenapa bekas girlfriend dia boleh tercyduk hati dengan Kai EXO. Muka Kai walaupun dengan kulit sedikit tanned dan tanpa mekap, selepas itu ada misai pula memang buatkan ramai wanita terbius dengan pesona Kai tau! Nampak tak, tidak semua K-Idol lelaki akan pakai make up selalu.. 

V BTS

Sumber gambar: pinterest

Antara yang paling sentiasa terbuka dengan BTS ARMY tentang jerawat dia, muka dia yang kejap flawless kejap tidak, bare face dia, V BTS yang selalu memukau dan ada imej lelaki dalam komik ini pernah muat naik gambar dia ada misai yang nipis dan membuatkan ramai ARMY nampak dia lebih jantan tau! Walaupun misainya macam segan nak tumbuh, tapi masih macho ya! 

Ha! Siapa kata K-Pop idol plastik? Bukan nak nafikan tak ada langsung yang tak buat pembedahan plastik tapi cuba korang fikir balik? Kalau mereka ini plastik takkanlah boleh tumbuh misai? Plastik mana boleh ada misai. Ha! Sudah-sudahlah nak cemburu itu, why not korang ikut sekali cara mereka jaga kebersihan diri itu. Silap-silap orang Korea perempuan pula yang tergila-gila korang lelaki Malaysia tau!! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa BBNU Buat Sepanjang Kuarantin Di Rumah?

Tips Kekal Cantik Walau Hanya Duduk Rumah Sahaja