in ,

5 Jenis Kawan Dalam Group Kerja Sekolah!

Sumber gambar: https://www.scholarshippoints.com/campuslife/how-to-survive-a-group-project-in-college/

#Lunagirls ada kawan-kawan yang akan satu group kalau cikgu bagi kerja sekolah atau kerja kursus yang perlu buat secara berkumpulan tak? Korang akan boleh relate situasi ini! Tak semua group yang akan suka dengan ahli kumpulan masing-masing.. Ada yang terpaksa masuk sebab tak cukup orang, ada yang cikgu randomly pilih dan macam-macam lagi! Dan dalam setiap kumpulan akan ada pelbagai ragam nanti, antaranya ialah.. 

PALING RAJIN

Si dia adalah penggerak kerja dalam group tersebut dan biasanya dia juga yang akan cuba siapkan bahagian kerja dia cepat-cepat. Let’s say kalau ada antara korang yang dalam group tak siapkan kerja, biasanya si dia akan dipaksa-rela untuk siapkan kerja kawan korang tu! Ada antara #Lunagirls yang selalu jadi ‘si dia’ ini tak?

ON/OFF

Orang yang on/off pula biasanya dia akan tengok mood dia. Time dia tengah rajin memang dia akan buat kerja dia cepat tapi kalau malas dia dah sampai, goodluck untuk kumpulan korang siapkan kerja kursus sebelum tarikh hantar! Huhu!

Sumber gambar: https://www.teiss.co.uk/news/oxford-university-leaks-students/

THE BOSS

Biasanya the boss kerja dia bagi arahan je.. tapi kerja dia jarang sekali gerak. Kadang-kadang kawan-kawan yang satu group dengan dia akan rasa geram sikit kat dia. Tapi, sebenarnya ‘the boss’ yang paling berguna waktu nak push kawan yang tak buat kerja!

Sumber gambar: https://www.filmindependent.org/blog/mastering-the-mysteries-of-directing-actors/

LEPAS TEKAK

Ini adalah jenis ahli kumpulan yang paling menyakitkan hati sebab dari awal dia masuk group, memang dia akan buat muka slumber dan lepas itu krik krik tak ada update apa-apa dah. Sampai tahap bila korang tengah cari dan WhatsApp atau call dia pun memang dia tiba-tiba hilang macam hantu.

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=09IuJTFttoo

WEH…BUAT LAH NI…

Kalau kawan yang jenis ni dalam kumpulan, biasanya dia adalah orang yang paling lost sebab tak tahu nak buat apa..So, korang dan ahli kumpulan yang lain terpaksalah suruh dia macam “awak, buatlah yang ni” atau “awak, dah tahu ke awak kena buat apa?” Jangan give up okay! Asalkan kerja kursus tersebut dapat buat sama-sama!

Haa #Lunagirls selalunya ahli yang mama satu dalam kumpulan? Tak kisahlah, apa pun kita kena buat kerja sama-sama! Jangan ambil kesempatan atas kawan-kawan kita okay..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments