in ,

5 Jenis Cikgu Semasa Online Class, Cikgu Korang Macam Ini Tak?

Sumber gambar: Facebook.com/jessica.robert.9231 / Instagram @Jash_jefri

Siapa cakap musim PKP tak ada kerja sekolah? Confirm la cuti tak cuti, kerja sekolah tetap akan ada. Betul tak guys?

Macam mana progress kerja sekolah korang? Ada yang masih tak sentuh buku lagi ke setakat hampir dua bulan ‘cuti’ ni? Tak kisah la korang dah sentuh atau belum kerja sekolah yang sebelum ni, tapi kerja sekolah yang latest pun kena siapkan juga kan? Online class pun masih berjalan seperti biasa kan?

Sekarang ni orang yang paling sibuk sekali dengan kerja sekolah sudah semestinya para guru. Dengan nak kejar syllabus lagi, online class, homework, kerja cikgu tu sendiri, hal urusan keluarga dan banyak lagi la. Banyak tau pengorbanan cikgu kita waktu PKP dan PKPB ni. So, korang jangan sia-siakan pengorbanan berat mereka ya. BTW sempena Hari Guru esok, Ainaa nak share beberapa gelagat para guru sepanjang online class dan mungkin korang boleh jumpa perangai comel ni dekat cikgu korang sendiri.

CAKAP SORANG-SORANG

via GIPHY

Daripada mula online class, sehingga la akhir. Hanya kedengaran suara cikgu tu sahaja tanpa dapat dengar suara korang dan kawan-kawan yang lain. Maksudnya banyak la ilmu yang cikgu korang nak sampaikan walaupun dalam online class. So, korang kena la extra focus waktu tu ya, jangan biar cikgu korang cakap seorang diri. At least beri respond sikit bila dia bertanya atau kalau ada yang tak faham.

SURUH OFF MIC

via GIPHY

Biasanya dalam kaedah online class, korang akan gunakan sama ada Zoom, Google Hangout atau apa-apa applikasi yang lain. Just imagine dalam satu kelas tu ada seramai 30 orang pelajar dan semua buat bising waktu online class. Tidak ke pening cikgu nak fokus nanti? Alamatnya setiap kali online class korang ‘diwajibkan’ untuk off mic tetapi ‘wajib’ on camera. Takut pula ada yang mengelat online class. Orang lain tengah belajar, korang off camera dengan mic dan buat benda lain pula dekat rumah tu. Elok juga kalau dah off mic ni, at least semua boleh fokus apa yang cikgu korang explain.

TIBA-TIBA KENA SUBMIT KERJA SEKOLAH

via GIPHY

Hari ini online class, tak beri tahu bila nak kena submit. Tapi esoknya tiba-tiba cikgu suruh submit semua kerja sekolah tu. Confirm kelam kabut semua orang waktu tu. Nak cakap kerja sekolah tertinggal dekat rumah pun tak boleh sebab korang memang ada dekat rumah. Jangan pula bagi alasan internet tak laju, then tak hantar kerja sekolah. Alasan tu dah lapuk sangat semenjak PKP ni, cikgu pun tak percaya benda tu. Apa yang pasti bila dia minta kerja sekolah, korang dah kena hantar dengan segera.

JARANG ONLINE CLASS, TAPI ADA HOMEWORK

via GIPHY

Ada certain cikgu lebih gemar berkomunikasi dengan pelajar menerusi applikasi Whatsapp sahaja. Maklum la, bukan semua pelajar ada kemudahan laptop atau komputer. So, nak mudah hanya menggunakan Whatsapp sahaja. Walaupun jarang buat online class, tetapi homework tetap homework ya girls. Mesti seminggu tu korang akan dapat banyak homework, ye la kalau bagi homework banyak-banyak pun mesti korang okay sahaja sebab ada banyak masa nak siapkan. Jangan terkejut pula kalau korang kena macam ni sebab perkara begini memang tak mustahil akan berlaku. Korang get ready sahaja okay!

SEMUA ADA BARU MULA CLASS

via GIPHY

Jangan ingat bila buat online class, korang dapat green light untuk tak join ya. Lagi kena alert dan sentiasa ‘hadir’ online class tu, tak boleh nak lari dah. Asalkan korang tak beri alasan tak logik pada cikgu sudah la. Selagi belum cukup jumlah pelajar dalam kelas, selagi itu la cikgu tidak akan memulakan online class tersebut. Maka dengan itu, korang kena la remind kawan-kawan yang lain supaya bangun awal dan get ready untuk online class.

Walau macam mana pun ragam cikgu-cikgu kita waktu musim PKP ni, korang tetap kena hargai usaha mereka untuk menyampaikan ilmu pada korang okay! Jangan buat-buat lupa dengan homework, siapkan awal supaya nanti tak perlu dah nak fikirkan tentang homework waktu dah nak masuk sekolah nanti. Selamat Hari Guru daripada team Lunaria!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rain & Zico Jadi Mentor Untuk Artis Big Hit Entertainment Dan CJ ENM?

Lagu Girl Group K-Pop Wajib Stream Bulan Ini!