in ,

5 Idea Menarik Untuk Family Day!

Sumber Gambar: http://adventurelembang.blogspot.com/

Hujung-hujung tahun ni ramai keluarga yang akan buat “Family Day” kan? Masa berkumpullah kita dapat eratkan hubungan silatulrahim antara anggota keluarga.. #Lunagirls nak buat family day korang lebih gempak tak? Jom cuba idea yang LUNARIA kongsikan ini!

BBQ

via GIPHY

Ini adalah antara aktiviti wajib kalau buat family day! Syoknya lepak with family sambil makan! Tapi #Lunagirls jangan lupa take turn untuk grill ayam dan sosej semua tu tau.. kasi chance family member lain untuk lepak pula.. Hihi!

MAIN GAME

via GIPHY

Sama ada indoor or outdoor games, bila ramai-ramai confirm syok! Hihi! Tapi kebiasaanya orang akan buat sukaneka seperti lari dalam guni, tiup belun sampai meletup dan bermacam lagi. Apa kata kali ini korang suggest main game Laser Tag! Jangan risau girls, tak mahal pun! Bukan selalu dapat laser tag family member korang.. Hehe! Korang boleh check out link ini okay!

TUKAR-TUKAR HADIAH

via GIPHY

Makcik-makcik dan mak kita mesti suka sangat buat aktiviti ni! Yelah, dapat pula hadiah set pinggan mangkuk atau set cawan baru.. mesti senyum sampai telinga! Haha! Walau apa pun hadiah yang korang akan bagi mesti ahli keluarga akan tetap hargai!

HARI ANUGERAH KELUARGA

via GIPHY

Lebih kurang macam hari penghargaan dekat sekolah, tapi kali ni korang boleh buat untuk hargai setiap ahli keluarga yang istimewa! Hihi! #Lunagirls boleh sediakan beberapa kategori dan minta ahli keluarga untuk vote pilihan mereka!

SESI BERGAMBAR DAN VIDEO

via GIPHY

Nampak macam simple tapi sangat bermakna #Lunagirls! Tahun depan boleh compare dengan tahun ni punya family day.. tengok ada yang bertambah orang atau tambah saiz badan tak? Hehe!

Keluarga merupakan orang yang terpenting dalam hidup kita! Merekalah yang menyerikan hari-hari kita walaupun kadang-kadang akan ada yang annoying.. hehe! #Lunagirls jangan lupa share and tag LUNARIA gambar family day korang nanti okay! Have fun girls..

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Variety Show #Lunagirls Kena Tengok!

Yay! Oppa Dah Nak Habis Khidmat Ketenteraan!