in ,

5 Idea Apa Nak Buat Dengan Duit Raya

Sumber gambar: Ohduit.com

Alaa, tahun ni punya duit raya tak masyuk macam tahun lepas la. Nak simpan pun macam tak cukup banyak je ni.

Siapa dekat sini dapat banyak duit raya? Agak-agak tahun ni lagi banyak ke lagi sikit berbanding raya tahun lepas? Confirm la berkurangan, tak macam tahun lepas kan? Hehe! Tak mengapalah geng, banyak atau tidak itu bukan la benda utamanya. Apa yang penting ialah apa yang korang nak buat dengan duit tu. Takkan nak habiskan buat shopping je? Nanti waktu terdesak nak pakai duit, boleh ke jual balik baju yang korang beli dengan menggunakan duit raya tu kan?

via GIPHY

Banyak je yang korang boleh buat dengan duit raya tu, antara nak atau taknak je. Korang boleh buat pilihan sendiri sama ada nak habiskan atau simpan untuk masa hadapan. Ainaa nak suggestkan korang gunakan duit raya tersebut untuk beberapa perkara ni…

MASUK DALAM AKAUN SIMPANAN

Ini Hukum Guna Duit Raya Anak Dan Cara Terbaik Nak Uruskan ...
Sumber gambar: Mingguanwanita

Since korang pun masih bersekolah, mesti banyak duit perlu digunakan pada masa hadapan nanti kan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan ya, mana tahu nanti dalam keadaan terdesak korang nak gunakan duit, boleh la pakai duit raya tu. Macam Ainaa dulu setiap kali dapat duit raya mesti akan kumpul semua hasil kutipan then bagi dekat mak untuk disimpan ke dalam bank. Berbaloi juga tau simpan dalam bank ni sebab sampai sekarang pun Ainaa tak pernah keluarkan lagi duit tu, boleh la pakai untuk masa depan nanti.

BELIKAN HADIAH UNTUK PARENTS

8 Hadiah Untuk Ibu Mertua.
Sumber gambar: Baituljannah

Kebetulan tak lama lagi ulang tahun perkahwinan parents korang, mesti la nak buat sesuatu untuk mereka kan. Disebabkan tak boleh nak ajak holiday, why not korang belikan sesuatu untuk mereka. Mesti mereka happy sebab korang sanggup korbankan duit raya untuk kebahagiaan mereka. Silap haribulan, korang dapat pulangan double daripada mereka sebagai tanda terima kasih. Buat baik kepada ibu bapa ni banyak kebaikannya tau bukan setakat dapat pahala tapi dapat keberkatan daripada mereka juga.

BAYAR HUTANG

masih menuggu budak nak bayar hutang - Still Waiting | Meme Generator
Sumber gambar: Memegenerator

Kadang-kadang kita ni tak ingat mungkin kita pernah berhutang dengan sesiapa, sama ada dengan adik-beradik atau kawan-kawan. Hutang ni jangan dibuat main tau, kena selesaikan takut nanti dekat akhirat banyak pula kita kena soal. Memandangkan tengah ada duit ni, cuba ingat balik mana tahu korang ada berhutang dengan sesiapa sebelum ni. Ini la masanya untuk korang bayar semula, jangan ditangguhkan lagi takut nanti terlupa pula.

AKAUN ASB

Tutorial Bergambar: Cara Mudah Simpan Duit ASB melalui MyASNB ...
Sumber gambar: Majalahlabur

Korang mesti pernah dengar tentang ASB kan? Sebenarnya ASB ni bagus tau, bukan sahaja menyimpan duit tapi setiap kali hujung tahun korang akan mendapat dividen yang mana membuatkan duit di dalam akaun bertambah. Tapi denagn syarat korang kena la selalu simpan supaya duit tu bertambah banyak, jangan la tunggu dapat duit raya baru nak masukkan dalam akaun ASB tersebut.

SELF TREAT

via GIPHY

Sekali sekala nak self treat pun apa salahnya kan? Walaupun dalam tempoh PKPB ni, kena la juga ada me time juga kan. Tapi jangan la pula korang me time sampai berjalan sana sini, takut kena tengah seronok me time tu kena tangkap pula, hehe! Cukup la sekadar korang gunakan duit tu untuk shopping online sikit. Tapi jangan habiskan semua duit raya tu, simpan la juga untuk kecemasan.

Apa pun, jangan lupa simpan juga duit raya tu dan jangan habiskan terus okay! Berjimat cermat kan amalan mulia, so jangan membazir ya girls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS Bakal Keluar Album Baru, ARMY Kena Ready Oktober 2020!

Gaya Rambut Paling Sesuai Untuk Gadis Berambut Nipis